Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 24 February 2012

MALAYSIA AKAN IKTIRAF JIKA ISRAEL IKTIRAF KEDUDUKAN RAKYAT PALESTIN - MAHATHIR.


Tun Mahathir hari ini mengakui Malaysia akan mengiktiraf Israel sekiranya Israel mengiktiraf hak Palestin....

Dalam kenyataan Tun, beliau berkata,
"Malaysia tidak akan ada apa-apa hubungan dengan mereka (Israel) selagi mereka tidak mengiktiraf kedudukan rakyat Palestin,"  

Tun mengatakan demikian dalam satu jawapan bertulis kepada Israel yang meminta Malaysia mengubah pendirian terhadap Israel sewaktu beliau masih lagi menjadi Perdana Menteri malaysia...

Bermakna..
Pendirian Malaysia pada ketika itu adalah,sekiranya Israel mengiktiraf Palestin dan menerima tuntutan Palestin,Malaysia bersedia mengubah pendirian terhadap Israel...


Jawapan bertulis Mahathir tersebut (ketika itu beliau PM Malaysia) adalah berdasarkan kepada keadaan semasa ketika itu yang Israel tidak mahu mengiktiraf palestin dan terus menzalimi rakyat Palestin..

Berita Harian

Itu kenyataan dari Tun M...
dimana kenyataan beliau dianggap tidak bersalah oleh UMNO...

Tetapi bila Anwar mengatakan yang sama, [BACA SINI] Anwar di hentam cukup-cukup seolah Anwar telah menggadaikan akidah... 
sedangkan kenyataan Anwar turut disertakan dengan "syarat" dan "pendirian" pemimpin Hamas dan juga rakyat Palestin...

Syarat yang di letakkan Anwar juga adalah sama dengan perjuangan rakyat Palestin selama ini...
pertemuan dengan pemimpin Hamas, Khalid Mash’ad dan Menteri Kebudayaan Qatar awal bulan feb 12
Syarat-syarat itu juga telah dijelaskan kepada pemimpin Hamas dalam pertemuan baru-baru ini...
Anwar juga telah menerangkan kepada pemimpin hamas tentang kenyataan "bersyarat" beliau itu BERGANTUNG kepada :-

1. Penarikan balik semua pasukan Israel dari wilayah Palestin,
2. Henti pada semua tindakan keganasan oleh Israel,
3. Menghentikan sekatan ke atas Gaza,
4. Pengiktirafan Jerusalem sebagai ibu kota Palestin.

Pemimpin Hamas,Khalid Mash’ad beritahu Anwar dalam  pertemuan mereka baru-baru ini mengenai kenyataan Anwar itu,beliau berkata kepada Anwar...
‘Brother Anwar, I know the word contingent’. It is clear," 

Tetapi yang patut kita berasa marah sebenarnya adalah urusan dagang Malaysia dengan Israel di saat ketika Israel masih lagi membunuh kanak-kanak Palestin dan membuka penempatan baru serta menzalimi rakyat Palestin...

Jangan dikelirukan oleh pihak yang sentiasa mengelirukan rakyat....
 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive