Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 15 February 2012

KERAJAAN UGUT PENGILANG - TIADA SUBSIDI JIKA TIADA LOGO 1MALAYSIA.


Macam mana le orang tak perbodohkan kerajaan kita ni...
kadang-kadang benda yang remeh-temeh dorang utamakan sehingga menidakkan hak orang....

Satu contoh yang ketara adalah arahan yang mewajibkan pengeluar makanan asas negara supaya mencetak logo 1malaysia di barangan mereka...

Jika pengilang gagal berbuat demikian kerajaan akan
menghentikan subsidi kepada mereka...

Malaysiakini

Menurut sumber industri yang dipetik akhbar China Press, kerajaan juga telah menetapkan spesifikasi bagi pembungkusan barangan berkenaan.

NONEIni termasuk logo, yang mesti bersaiz  sekurang-kurangnya 4cm dan dicetak dengan ketara. 

Ia juga diwajibkan mengandungi perkataan "harga minyak masak ini (atau produk berkenaan) di subsidi oleh kerajaan Malaysia".

Sesetengah pengusaha telah menyatakan rasa tidak puas hati kepada akhbar-akhbar Cina. 

Mereka mendakwa bahawa arahan itu "tergesa-gesa" dan mereka memerlukan lebih banyak masa untuk mematuhinya.

Kita kena ingat..
tambahan cetakan "berwarna" kepada setiap pembungkus produk akan melibatkan "kos"....

Peniaga ni pulak mereka tidak akan membayar kos tambahan dengan sewenang-wenangnya tanpa ada apa-apa usaha untuk mengembalikan kos tambahan tersebut...

Jadi kemungkinan nanti pengeluar barangan yang diwajibkan  meletakkan logo 1Malaysia di barangan keluaran mereka besar kemungkinan akan menaikkan harga runcit yang kesannya akan kembali kepada rakyat...

BN mahu promosi 1Malaysia masuk ke setiap rumah rakyat di negara kita ini,tetapi kita pulak yang akan jadi mangsa kenaikan harga barang...

Balik-balik rakyat juga yang kena...

Kalau nak tengok macam mana cetakan tu....
korang beli le gula pasir Prai....
dah ada logo 1 malaysia dah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive