Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 14 February 2012

KENYATAAN NAZRI BUKTIKAN ANAK SHARIZAT BERBOHONG!


Nazri Aziz ni mungkin dah begitu bosan dengan sikap Najib dan UMNO yang mendiamkan diri dalam skandal fidlot ni..

Mungkin juga beliau nak jadi hero... tak tahu ler aku...

Baru-baru ini beliau menggesa Sharizat supaya membayar balik wang RM250 juta yang diberikan kepada Syarikat suami
Sharizat kepada kerajaan semula...

Hari ini sekali lagi Nazri Aziz mengeluarkan kenyataan mengenai skandal ini yang sekaligus mendedahkan  pembohongan anak Sharizat, Wan Shahinur Izmir terhadap rakyat Malaysia....

Nazri Aziz berkata  "telah berlaku kes pecah amanah. Duit tersebut, yang seharusnya digunakan untuk tujuan penternakan lembu telah digunakan untuk tujuan lain.."

Sedangkan pada kenyataan media anak Sahrizat si Izmir tu pada 9 February 2012 lalu..
beliau dengan rasa tidak bersalahnya menyatakan bahawa "perjanjian pinjaman itu tidak menyatakan sebarang larangan untuk membuat pelaburan."

MalaysiaKini
Senang nak faham...
Andaikatalah Najib bagi duit kat aku suruh aku bina jambatan bengkok...

Tapi aku dengan selamba dan ensemnya bina hotel 5 bintang guna duit tadi..
lepas tu bila Najib tanya kat aku kenapa tak buat jambatan bengkok....

Boleh ker aku dengan selambernya menjawab..
"eh,hari tu kau tak cakap pun kat aku yang aku tak boleh bina hotel..? 

kah..kah..kah....
Kira-kiranya macam tu ler..
kalau nak bagi orang UMNO tu mudah faham...

Ok.. berbalik cerita Nazri tadi...
Nazri Aziz kata...
“Dana berkenaan telah diserahkan berdasarkan projek yang diserahkab kepada NFCorp, yang mana mereka harus menternak lembu dan menjualnya dengan kadar yang lebih rendah,”


Pinjaman itu diberikan hanya bagi tujuan itu. Sekiranya dana itu digunakan bagi tujuan lain, kita tidak perlukan peguam untuk mengetahui samada berlaku pecah amanah atau tidak, sangat mudah,” kata menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio undang-undang itu.

Menteri itu berkata lagi, beliau mengambil berat terhadap perkara itu dan menyatakan isu itu “tidak mati” walaupun apa pun tindakan yang diambil kerajaan, kerana rakyat ingin tahu ke mana wang itu digunakan.
 

“Sekiranya penyiasatan SPRM membuktikan berlakunya pelanggaran akta, mereka akan didakwa.


“Kemudian keluarkan tender dan berikan pembida tertinggi terhadap projek itu,” tambah Ahli Parlimen Padang Rengas ini lagi.


Menurutnya, perletakan jawatan Shahrizat ketika ini tidak akan memberi “kesan” dan berkemungkinan akan lebih berkesan sekiranya dibuat lebih awal.


“Kita perlu tunggu sehingga siasatan selesai ... masyarakat kurang sabar, tiada petunjuk, dan tiada arah ke mana mereka hendak tuju,” tambah Nazri.

Nazri kata nak dakwa mereka...?
nak dakwa keluarga Ketua Wanita UMNO..?
pakai takde ler....
Nak masukkan dorang semua ni kedalam..?
senang jer...
pilih Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti....
 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive