Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 20 February 2012

KAPAL ISRAEL BERLABUH DI WEST PORT - JINGGA 13 RAKAM VIDEO SEBAGAI BUKTI


Pada tarikh 16 February 2012 baru-baru ini...
Jingga 13 telah melakukan penyiasatan dan intipan terhadap kemasukan dua buah kapal Israel ke Pelabuhan Klang di "West Port"...
kapal-kapal tersebut telah belayar dari Haifa,Israel terus ke Pelabuhan Klang...

Kapal-kapal tersebut adalah:-
1) ZIM USA.
2) ZIM ATLANTIC.

Dalam kenyataan media Jingga 13,melalui Ketua Koordinatornya,Fariz Musa mendedahkan..

Tanggal 16 Februari 2012  baru-baru ini , dua buah kapal milik ZIM INTEGRATED SHIPPING SERVICES LTD telah berlabuh di Westports , Pelabuhan Klang . 


Kehadiran ZIM USA yang sebelum ini didaftarkan di Haifa,Israel ( 25.10.2010 ) dan kini didaftarkan di Republic Of Liberia ( 9.2.2012 )  dan ZIM ATLANTIC yang turut didaftarkan di Republic Of Liberia adalah dua kapal milik Israel melalui Israel Corporation dengan pegangan saham sebanyak 98%, iaitu salah satu syarikat besar yang  dimiliki oleh Israel. 


Manakala  Kumpulan Ofer Brothers memegang (57%) saham dalam Israel Corporation manakala saham selebihnya dipegang oleh Bank Leumi L’Israel  (20%) dan pegangan awam.

ZIM USA dan ZIM ATLANTIC yang tiba di Westport, Pelabuhan Klang pada 16 Februari 2012 telah disahkan berdasarkan sebuah laman menyemak jadual ketibaan kapal-kapal dagang. 

Jadual ZIM USA.

Jadual ZIM ATLANTIC.

Malah pihak Kastam Diraja Malaysia Cawangan Pelabuhan Klang Barat melalui K1 CHIT CUSTOMS STATION <B18>  No. Resit B18102009813  diterima pada 15 Februari 2012 juga mengesahkan kehadiran Z8937 ZIM ATLANTIC di Voyage No. YAC5 .

Atas informasi tersebutlah JINGGA 13 telah membuat penyiasatan bagi mengesahkan kewujudan hubungan dagang antara Kerajaan UMNO/BN Malaysia dengan Kerajaan Israel  dengan kehadiran kedua-dua buah kapal tersebut .

JINGGA 13 telah melihat sendiri akan kewujudan kapal kargo milik ZIM INTEGRATED SHIPPING SERVICES LTD serta turut mengambil gambar dan rakaman video pada 16 Februari 2012 di Westports, Pelabuhan Klang sekitar jam 3:45 - 6:00 petang.

JINGGA 13 turut memperolehi beberapa dokumen secara sulit oleh individu yang tidak diketahui mengirim salinan Sijil SHIP CLEARENCE yang dikeluarkan oleh ASHDOD PORT COMPANY LTD “THE ECONOMIC GATEWAY OF ISREAL” mengesahkan bahawa kapal ZIM ATLANTIC telah berlayar secara terus dari Ashdod Port , Haifa , Israel ke Pelabuhan Klang, Malaysia .


Sebuah lagi salinan pendaftaran kapal ZIM ATLANTIC oleh Republic Of Liberia , Sijil No. 7HO-2266LBRDOC yang mengesahkan nama dan alamat syarikat perkapalan tersebut ialah ZIM INTEGRATED SHIPPING SERVICES LTD, dan 9 Andrei Sakharov , Haifa 31016 , Israel.

Berdasarkan dokumen dan rakaman video serta gambar menunjukkan BUKTI nyata bahawa Kerajaan UMNO/BN Malaysia telah sekian lama menjalinkan hubungan erat perdagangan eksport dan import  dengan negera Israel, ini membuktikan bahawa kerajaan UMNO/BN MENGIKTIRAF negara Israel walaupun tanpa wujud hubungan diplomatik antara Malaysia – Israel .

Tindakan mewujudkan hubungan erat dengan Israel adalah langkah melampau dan zalim apabila Malaysia juga turut sama sebagai penyumbang ekonomi negara Isreal dan juga sebagai penyumbang ‘peluru’ dan ‘senjata’ bagi merobek umat Palestin yang dizalimi dan dibunuh tanpa perikemanusiaan.

JINGGA 13 kesal terhadap kenyataan Menteri Pengangkutan yang turut mengiktiraf hubungan dagang antara Malaysia dan Israel tanpa rasa bersalah dan bertanggungjawab . Adakah wujud dasar atau polisi yang membenarkan hubungan dagangan dan perniagaan antara Malaysia – Isreal ?

JINGGA 13 MENDESAK agar Menteri Pengangkutan , Menteri Dalam Negeri , Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri , Menteri Pertahanan dan Menteri Luar Negeri menjelaskan kepada rakyat terhadap kehadiran kapal-kapal Isreal yang melibatkan hubungan erat Malaysia – Isreal dalam hubungan perdagangan....

Sedangkan dasar negara ialah tidak wujud hubungan diplomatik dengan negara Isreal lebih-lebih lagi ZIM INTEGRATED SHIPPING SERVICES LTD adalah merupakan sebuah syarikat GLC milik Isreal Corporation di mana 50% adalah milik Kerajaan Isreal .

JINGGA 13 MENCABAR Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak merangkap Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional menjawab isu tersebut termasuk terhadap polisi Kerajaan Malaysia yang telah mewujud dan mengiktiraf perdagangan dengan kerajaan Israel termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin berkaitan isu tersebut .

JINGGA 13 meminta agar seluruh rakyat Malaysia bangkit untuk menentang dasar hubungan perdagangan antara Malaysia – Israel dan menolak tindakan hubungan erat perdagangan kerajaan UMNO/BN dengan Israel yang sudah sekian lama yang turut menyumbang ‘peluru dan senjata’ kepada umat Palestin walaupun secara luaran mereka tidak mengiktiraf kerajaan haram Israel . 

Saksikan Video yang sempat dirakam oleh Jingga 13 ketika melakukan intipan secara rahsia di West Port,Pelabuhan Klang.



Lain-lain bukti bergambar yang sempat dirakam adalah seperti dibawah..




Jadi...
siapa yang merupakan penyokong utama Israel..?
Pakatan Rakyat atau pun BN..?

Sehingga menjadikan malaysia termasuk antara 15 negara terbesar rakan dagang Israel.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive