Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 16 February 2012

ISU ISRAEL PALESTIN DIKELIRUKAN MEDIA PRIMA - AIC HANTAR MEMORANDUM BANTAHAN.


Penyerahan Memorandum Bantahan Anwar Ibrahim Club Kepada Media Prima Berhad Berhubung Serangan Berat Sebelah Terhadap DS Anwar Ibrahim Berkenaan Polemik Negara Israel

 

ANWAR IBRAHIM CLUB (AIC)
17 FEBRUARI 2012.

Anwar Ibrahim Club (AIC) memandang serius tentang serangan media oleh Media Prima Berhad yang keterlaluan dan berat sebelah terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim berhubung isu Negara Israel yang begitu bersungguh-sungguh dimainkan oleh Buletin Utama, TV3. 

AIC melihat situasi ini seperti satu medan pembunuhan karakter yang terancang, bertujuan memburuk-burukkan serta menjatuhkan kredibiliti Dato Seri Anwar Ibrahim.

Sedangkan beliau tidak diberikan sebarang peluang untuk muncul di media-media naungan Media Prima Berhad untuk menerangkan fakta sebenar dan mempertahankan diri berhubung isu tersebut.

Maka esok...
17 Februari 2012 jam 11.00 pagi, 
AIC akan menyerahkan memorandum bantahan ini kepada,

Datuk Johan Jaafar, 
Pengerusi Lembaga Pengarah Media Prima Berhad di  
Sri Pentas,No. 3 
Persiaran Bandar Utama, 
Bandar Utama,47800 Petaling,
Selangor, Malaysia..

Bagi menyatakan pendirian tegas kami berhubung perkara ini. 

Dijemput, rakan-rakan yang mendukung kebebasan media bagi sama-sama hadir ke penyerahan memorandum ini. Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan terima kasih. 

GENERASI PENGGERAK ZAMAN

Saifuddin Shafi Muhammad
Presiden
Anwar Ibrahim Club (AIC)

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive