Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 4 February 2012

DARI MULUT MUHYIDDIN - SAH!! TAK LAMA LAGI HARGA GULA AKAN NAIK!


Sebelum ini aku pernah mengutarakan masalah kenaikan harga gula.... [PENIAGA MELAYU TOLAK UMNO

Seperti biasa...
kalau BN nak naikkan harga gula,masalah kesihatan akan menjadi alasan...

Seolah-olah kalau naikkan harga gula tu kita semua ni takkan ambil gula lagi dah....

Rakyat tetap juga ambil gula dalam kehidupan mereka... 
sebab gula adalah keperluan asas...
jadi rakyat akan sekali lagi dibebankan dengan masalah
kenaikan harga barang....

Lepas tu mungkin akan timbul kat RTM & TV3 iklan-iklan yang berkaitan gula...
  • iklan diabetes ler..
  • iklan sakit gigi ler..
  • iklan racun serangga untuk sembur semut,sebab semut  banyak sangat kat rumah..
  • iklan gigi rongak ler..
Semua alasan yang mengarut tu hanya kerajaan BN sahaja yang boleh buat...
sebab kerajaan yang bijak tidak akan mampu memikirkan alasan yang "sebodoh" itu untuk rakyatnya...

TPM..
Muhyiddin Yassin mengakui bahawa peningkatan kos bagi penjagaan kesihatan yang berpunca daripada pengambilan gula mungkin akan mendesak kerajaan memansuhkan subsidi terhadap barangan keperluan komoditi tersebut untuk jangka masa panjang...

Kerajaan baru-baru ini menerima kecaman hebat akibat meningkatkan kadar subsidi kepada RM567 juta tahun ini berbanding RM262 juta sebelumnya selepas menandatangani perjanjian jangka panjang pembekalan gula pada harga mati USD26 (RM78.20) setiap seratus paun bulan lalu walaupun harga pasaran global gula hanya pada USD23 (RM69)...

"Mungkin akan ada keperluan untuk itu," jelas Muhyiddin, merujuk kepada dakwaan Persatuan Pengguna Penang (CAP) bahawa kos penjagaan kesihatan berkaitan gula seperti diabetes berkaitan dengan pemberian subsidi tersebut.

"Bagi jangka masa panjang, kita akan lihat sama ada terdapatnya keperluan untuk mengurangkan kadar subsidi gula dan menyalurkannya ke sektor lain." Tambah muhyiddin lagi..

CAP telah mengutarakan bahawa rakyat Malaysia akan mengambil 26 sudu teh gula setiap hari termasuk pemanis tambahan - menjadi punca kepada penyakit kanser, diabetes, obesiti, masalah jantung, osteoperosis, dan masalah ginjal, serta asma termasuklah alergik..

CAP turut berkata, kebarangkalian diabetes di Malaysia telah meningkat kepada 2 peratus pada 196+ kepada 14.9 peratus pada 2006, atau seramai 4.2 juta pesakit.

"Dengan menjual gula pada harga pasaran, kerajaan sebenarnya mendapat kadar penjimatan lebih dari RM567 juta kerana kerajaan sebenarnya akan menjimatkan jutaan ringgit terhadap kos penjagaan kesihatan kerana tidak perlu membayar untuk penyakit berkaitan gula," jelas Presiden CAP, SM Mohamed Idris dalam satu kenyataan awal minggu ini.

Aikk... 
Naikkan harga gula masalah Diabetes akan hilang terus ker...?
tahun lepas kita dihantui dengan masalah "ketiadaan" gula di pasaran...
kerajaan, pada waktu tu menyalahkan rakyat...
kerajaan kata rakyat yang beli banyak-banyak dan simpan kat rumah...
"pembelian panik" kata kerajaan...

Tapi..
apabila harga gula dinaikkan,terus berlambak gula kat pasaran..
rakyat tak panik lagi kot bila harga gula naik..?

Sekarang ni pulak dikatakan negara kita  takkan ada masalah Diabetes lagi kalau harga gula dinaikkan ke paras maksima....

Hebat negara kita ni....
naik harga penyakit sembuh....
kah..kah..kah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive