Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 29 February 2012

BUKTI JELAS - JINGGA 13 P.PINANG DEDAH UMNO SEREMBAN YANG MENYERANG HIMPUNAN HIJAU P.PINANG.



JINGGA 13 Pulau Pinang mendesak polis menyiasat insiden wartawan Kwong Wah Yit Poh, Adam Chew, 29 yang menerima 8 jahitan di lengan dan Lee Hong Chun, 25, dipukul dengan topi keledar gara-gara diserang oleh sekumpulan pemuda di Himpunan Hijau 2.0 di Padang Kota Lama dekat George Town pada Ahad lepas.

Group provokator berkenaan rata-ratanya memakai topi "Umno Seremban". 


Dari gambar yang didedahkan, beberapa pemuda liar berkenaan dikenal pasti sebagai pemuda Umno Balik Pulau.


Jingga 13 Pulau Pinang tidak menolak kemungkinan bahawa Ketua Bahagian
Umno Balik Pulau merangkap Adun Telok Bahang, 

Datuk Seri Dr Mohd Hilmi
Yahya mungkin mengetahui siapakah dalang sebenar
di sebalik tindakan liar
pemuda berkenaan menyerang wartawan dan rakyat yang menyertai perhimpunan aman tersebut.

Ini kerana, dilaporkan, Umno Balik Pulau dengan partisipasi kira-kira 50 pemuda Umno Seremban mengadakan Program Gotong Royong Perdana di Sekolah Agama Rakyat Sungai Pinang, Balik Pulau sebelum pergi ke Padang Kota Lama.

Pemuda yang memakai topi "Umno Seremban" dalam gotong-royong tersebut adalah antara mereka yang terlibat dalam aksi provokasi tersebut.

Malaysia adalah negara yang aman, rakyat tidak perlu amalan politik liar dan provokasi. Jingga 13 Pulau Pinang mendesak polis menyiasat segera kumpulan provokator yang menyerang wartawan terbabit.


TOLAK BUDAYA POLITIK SAMSENG

Amizudin Ahmat
Koordinator
Jingga 13 Pulau Pinang


BUKTI BERGAMBAR.

Lihat gambar-gambar persediaan samseng-samseng UMNO sebelum menyerang perhimpunan aman Anti Lynas.

Gambar yb dr helmi yahya bersama pemuda umno Seremban...

Muka-muka samseng kampung dusun...tak belajar makna demokrasi dorang ni..



Menunggu untuk diperkudakan...
Adakah perancangan untuk melakukan serangan didalangi oleh Dr Helmi..?
Bukti jelas samseng-samseng ini diimport dari Seremban,hanya BAKA Seremban sahaja yang boleh dikudakan
Dengan menaiki motor kapcai abah masing-masing mereka mula bergerak..
Samseng-samseng UMNO mula bergerak ke Padang Kota untuk buat kacau..
Memulakan acara samseng mereka..
Sedang melakukan aksi-aksi tidak bertamadun,mengganggu perhimpunan aman!
Menjerit dan menengking peserta perhimpunan aman dan menyuruh peserta bersurai.


Itu aksi bergambar....
yang ni...saksikan pulak video kebodohan Melayu UMNO yang menggganggu majlis dan acara rakyat Malaysia yang mahu menggunakan saluran demokrasi bagi membantah projek Lynas,sebuah projek  yang akan memudaratkan orang ramai jika ianya diteruskan...

Program anjuran UMNO tidak pernah pula diganggu seperti ini..
 


UMNO sekarang semakin kerap menggunakan cara samseng mengganggu acara,program dan ceramah-ceramah Pakatan rakyat...

Mereka seakan-akan bangga menunjukkan aksi samseng mereka dengan bangga sekali sedangkan rakyat teramai mengeji tingkah laku mereka...

Buangkanlah prinsip perjuangan bangsa melayu dari UMNO memandangkan lagak dan aksi mereka tidak langsung mencermin kan budaya melayu yang penuh adab...


UMNO mengamalkan budaya samseng...
Rakyat Malaysia tidak perlukan samseng untuk mentadbir negara ini...

Gambar : SharpShooter.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive