Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 14 February 2012

BERANIKAH NAJIB MEMINTA SHARIZAT BAYAR SEMULA WANG RM250JUTA?


Baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri menggesa Sharizat dan keluarga supaya mengembalikan semula wang RM250 pinjaman yang telah diberikan kepada syarikat keluarga Sharizat...

Pinjaman mudah tersebut adalah bagi menjalankan ternakan lembu secara "feedlot" namun sebahagian wang tersebut telah digunakan untuk membeli harta yang langsung tiada kaitan dengan ternakan lembu mahupun ayam serama...
 lihat artikel ini..



Hari ini...
Lim Guan Eng menggesa pula supaya Najib mengulas gesaan menteri kabinetnya itu..
Malaysiakini
“Ini adalah pengakuan kali pertama oleh seorang menteri kabinet bahawa Shahrizat bukan sahaja terlibat kepada skandal lembu dan kondo tetapi juga (mengakui) bahawa kesalahan telah berlaku,” kata Lim yang juga mempersoalkan mengapa wang berkenaan harus dikembalikan jika tidak berlaku sebarang penyelewengan.

Beliau merujuk kepada laporan Sinar Harian, semalam yang memetik Mohd Nazri meminta keluarga Shahrizat membayar balik pinjaman yang diberikan kerajaan itu.Harus letak jawatan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dilaporkan berkata dengan berbuat demikian, maka Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno boleh mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.


Namun, menurut Lim, pengembalian wang itu tidak memadai kerana tindakan juga harus diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab, selain Shahrizat juga harus meletak jawatan.

“Ini bukan sahaja tidak boleh diterima tetapi merupakan penghinaan kepada standard kebiasaan kewangan, amanah dan kebertanggungjawaban. Rakyat Malaysia menuntut supaya tindakan diambil serta merta.

“Kegagalan untuk bertindak menunjukkan kegagalan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) membasmi rasuah di bawah Program Transformasi Kerajaan,” katanya.

Najib perlulah ulas perkara ini...
sekarang ni Najib seolah-olah "BISU" didalam skandal NFC ini....

Adakah Najib merestui penyelewengan yang dilakukan oleh menteri beliau..?

Sharizat perlu meletakkan semua jawatan beliau, kerana adalah tidak mungkin syarikat suami beliau,yang langsung tiada pengalaman langsung dalam bidang ternakan ini boleh mendapat tender ternakan yang berharga RM250 juta ... 

Sudah pasti berlaku penyelewengan kuasa disini...
Sahrizat dan suami beliau perlu dibawa kemuka pengadilan untuk diadili kerana mereka telah menggunakan pinjaman yang diambil dari dana rakyat...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive