Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 3 February 2012

BAKAR KERETA,SERANG CERAMAH,KEPALA BABI DALAM MASJID - MULA MAIN KOTOR


Politik bagi mereka yang semakin terhimpit dan tersepit mula menunjukkan politik ganas dan kotor...

Kita baru-baru ini sudah dikejutkan dengan gelagat samseng UMNO Jalan Kebun yang menyerang ceramah Pas sehingga terpaksa diberhentikan... 
[LELAKI INDIA DIPUKUL] DAN 
[PROVOKASI PERKAUMAN UMNO]

Dari maklumat penduduk setempat aku diberitahu budak-budak tu dapat upah dan diarahkan supaya menyerang ceramah tersebut dan menimbulkan kemarahan kaum india apabila seorang pemuda india turut parah dipukul...

Sumber tersebut juga memaklumkan bahawa pemimpin
UMNO yang mengarahkan supaya bertindak sedemikian rupa kerana bengang dengan pentadbiran PR yang menyebabkan dia tidak lagi mewah dengan "projek" seperti di zaman UMNO...

Lepas tu ada pulak kepala babi diletakkan di pintu masuk Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, Selangor, pada 31 january 2012 baru-baru ini...


Hari ini...
kurang seminggu dari kejadian di Rawang tu... 
sekali lagi kita digemparkan, juga dengan kepala babi...
kali ini kepala babi ditemui pula di luar sebuah masjid Hidayah di Sentul, Kuala Lumpur...
ini adalah kes kedua dalam tempoh kurang seminggu...

Hari ini juga..... awal pagi tadi
dua kereta milik timbalan pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad serta tingkat bawah rumahnya di Taman Universiti, di Johor Bahru hangus terbakar dalam satu kejadian dipercayai perbuatan khianat awal pagi ini.

tenang pas pc 290111 dzulkefly ahmadMenurut laporan Harakahdaily, kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 pagi sewaktu beliau dengan enam anggota keluarganya sedang nyenyak tidur di tingkat atas

"Ketika itu kami semua sedang tidur. Tiba-tiba terdengar satu letupan kuat. Saya kejut isteri dan saya lihat enjin kereta BMW terbakar dan ada api di tingkat bawah rumah.

"Tidak lama kemudian satu lagi letupan kuat berlaku. Kami kejut semua anggota keluarga dan buat keputusan untuk keluar ke pintu belakang dan terus menghubungi pihak bomba," kata Dzulkefly yang dihubungi akhbar rasmi PAS itu.

Menurutnya, pihak bomba yang tiba kira-kira beberapa minit kemudian berjaya memadamkan api daripada terus marak.

"BMW keseluruhannya hangus...
sebuah lagi kereta Camry yang diletak di sebelahnya, separuh terbakar tapi saya rasa masih boleh dibaiki.

"Bagaimanapun saya bersyukur sebab tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya lagi dipetik oleh Harakadaily sambil memaklumkan laporan polis telah dibuat.

NONESementara itu, ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman dalam SMS kepada Malaysiakini berkata beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu ada kaitan dengan pihak yang tidak berpuas hati dengan Dzulkefly.

Ini kerana, timbalan pesuruhjaya PAS itu banyak mendedahkan isu-isu panas di Johor.

“Dahsyat! Kereta dalam garaj dipercayai disimbah minyak meletup. Api marak ke ruang tamu. Beliau dan  ahli keluarga sempat keluar ikut pintu belakang.

“Kejadian jam 3.40 pagi ini di Tmn Universiti, Gelang Patah. Botol minyak tanah lima liter ditemui,” tulisnya.

Menurut laporan Harkahdaily, Mazlan yang turut bergegas ke tempat kejadian awal pagi tadi mendesak pihak polis menjalankan siasatan terperinci agar pihak bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan.

"Kita yakin dengan kepakaran pihak polis, dan kita harap polis menjalankan siasatan terperinci," katanya..


Kalau bab mainkan api perkauman...
.....mainkan  sentimen keagamaan antara agama negara ini..
dan perlakuan samseng....

Kita dah boleh agak dah siapa punya kerja...
lepas tu bila kita "serang"..
dia akan menyorok di belakang Sultan....

kah..kah..kah...
Parti berkeris ler siapa lagi....
Tak pernah putus asa dalam membuat dosa.... 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive