Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 17 February 2012

AIC CABAR TV3 BERI RUANG EKSKLUSIF PADA ANWAR.


Seperti yang telah diwar-warkan semalam..
Anwar Ibrahim Club (AIC) menghantar memorandum kepada Media Prima Berhad bagi menyatakan bantahan terhadap liputan "berat sebelah" secara keterlaluan terhadap kenyataan Anwar Ibrahim dalam isu Israel Palestin yang telah diputar belitkan dan tidak disampaikan secara menyeluruh sehingga menyebabkan rakyat keliru....

Memorandum "Mendesak Media Prima Berhad Menghentikan Serangan Berat Sebelah Terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim Berhubung Polemik Israel dan Palestin" tersebut telah berjaya diserahkan pagi tadi di Sri Pentas, Bandar Utama dalam keadaan aman...

Club (AIC) diwakili Presiden, Saudara Saifuddin Shafi Muhammad dan Timbalan Presiden, Saudara Al Azadi Al Johari.... 




Kehadiran AIC disambut oleh Puan Mastura Adnan, Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Korporat yang mewakili Datuk Johan Jaafar yang tidak dapat menghadiri sesi tersebut. 
Puan Mastura menerima memorandum tersebut kira-kira jam 11.30 pagi setelah mendengar penjelasan dan isi kandungan memorandum yang ingin disampaikan...

Presiden AIC, Saifuddin Shafi Muhammad mencabar TV3 agar memberikan satu ruang eksklusif kepada Anwar Ibrahim bagi menjawab segala tuduhan dan serangan berkaitan isu Palestin Israel ini di dalam Buletin Utama...

Selama ini TV3 menyerang Anwar Ibrahim tanpa memberikan beliau peluang untuk menjawab balas...
ini adalah satu perbuatan yang tidak bertamadun dan jauh dari prinsip demokrasi...

Menghentam seseorang di saat tiada ruang untuk individu itu menjawab diruang yang sama kembali adalah satu perbuatan yang "bacul!!"

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive