Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 18 January 2012

UMNO BERI RM200 - RM1,000 UNTUK BELI UNDI DALAM PRU - TAN SRI ABDUL KADIR SHEIKH FADZIR


Kalau Anwar yang kata UMNO ni sememangnya parti yang mengamalkan budaya rasuah dan menggunakan taktik kotor untuk memenangi Pilihanraya,mesti makcik felda dengan Ketua JKKKP tak percaya...

Mereka "dibawah" yang tidak tahu cara politik pemimpin atasan UMNO memang tidak akan percaya..
bagi mereka UMNO ni perjuangkan bangsa melayu,walaupun selama ini ekonomi melayu telah jatuh ke tempat ketiga selepas bangsa Cina dan India.. [BACA SINI]

Tapi bila pendedahan dilakukan sendiri oleh Bekas Menteri UMNO yang masih lagi menjadi ahli UMNO bahawa UMNO ini memang menggunakan taktik kotor yang melibatkan wang
bagi mendapatkan undi di dalam Pilihanraya,mungkin akan membuka mata ramai ahli UMNO yang selama ini menganggap UMNO adalah parti yang "bersih dan sentiasa benar"..

Malaysian Insider
Abdul Kadir berkata semasa beliau masih memegang jawatan dalam Umno..
beliau mahu mengingatkan mereka tentang “Amanah Merdeka”  yang bermaksud memberi rakyat hak untuk mempunyai pilihan raya bersih dan adil.


Beliau turut menggesa Umno agar tidak perlu takut untuk kalah sekiranya ikhlas dalam perjuangan.


“Jika anda kalah, terimanya, rakyat ubah kerajaan banyak kali di USA dan Australia,” katanya.


Abdul Kadir juga menjelaskan bahawa pemimpin UMNO sanggup menggunakan wang yang begitu banyak demi memastikan kemenangan mereka semasa Pilihanraya adalah kerana ramai pemimpin UMNO yang bimbang mereka akan diambil tindakan di atas kesalahan mereka dalam kerajaan sekiranya mereka tidak lagi berkuasa....

“Saya adalah ahli Umno, saya tiada masalah jika kalah....
Jika anda berada di sana untuk menggunakan jutaan ringgit untuk diri sendiri dan kroni anda atau jika saya mempunyai bilion ringgit dan saya akan ditangkap selepas saya kehilangan kuasa, maka saya akan gunakan semua tipu helah ini."


“Jika anda ikhlas, tiada apa yang perlu ditakutkan,” tambahnya.

Aku percaya...
bahawa bila sudah sampai masanya....
kita akan bosan dan muak dengan kepincangan yang dilakukan oleh pemimpin parti pemerintah....
Lantas menyebabkan kita mendedahkan salah laku pemimpin pemerintah, seperti yang dilakukan oleh Abdul Kadir Sheikh Fadzir ini...

5 comments:

  1. alah...tak payah ckplah...parti lain pon pnh bg duit kat aku suh undi dia..tak heranlah..mana2 parti semua ada...pigi dah...agaknya dah nak kena tendang, tak laku mcm2lah citer dia wat kuar...

    ReplyDelete
  2. ade bukti parti lain bagi duit. entah2 kau ni baghal umno. fitnah sana sini semata-mata nak menang undi.

    ReplyDelete
  3. kau tu yg dah kena brainwash dgn pembangkang penyokong israel.anwarsime.sikit2 modal kau FITNAH. abis selama ceramah depa takda menuduh ke apa?takda fitnah.sialla kalau kepala kau tu dah bersarang dgn rasa benci,apa pun org buat tak betul dah.biasela.ini pemikiran stendet melayu.

    ReplyDelete
  4. Aku dapat parti duit dari parti pkr rm100 mase undi taun lepas..pastu aku dapat rm50 barisan bagi sebab bawak 2 org member tuk undi n pasang bendera bn kt kereta..pas aku undi aku dapat lagi rm50..bagi aku dua2 same je jumlah die bagi..tapi aku pangkah barisan gak..pakatan bagi la beribu kt aku pun aku pangkah barisan gak..

    ReplyDelete
  5. Aku dapat parti duit dari parti pkr rm100 mase undi taun lepas..pastu aku dapat rm50 barisan bagi sebab bawak 2 org member tuk undi n pasang bendera bn kt kereta..pas aku undi aku dapat lagi rm50..bagi aku dua2 same je jumlah die bagi..tapi aku pangkah barisan gak..pakatan bagi la beribu kt aku pun aku pangkah barisan gak..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive