Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 6 January 2012

TEMPAT LETAK KERETA SEBAGAI LOKASI PERHIMPUNAN 901 TELAH DIBENARKAN OLEH POLIS - AZMIN ALI (video update)


Berikutan kenyataan Ketua Polis Negara yang mengatakan bahawa polis tidak akan mengharamkan perhimpunan pada 9 january 2012 nanti..lihat kenyataan Ketua Polis Negara.

Maka pimpinan PKR yang diketuai oleh YB Azmin Ali telah pun mengadakan pertemuan dengan Ketua polis Kuala Lumpur pada pagi tadi...

Dan pada jam 3:40pm sebentar tadi,YB Azmin Ali mengadakan sidang media khas berkenaan dengan perkara tersebut...

Dalam sidang media tersebut Azmin mengatakan bahawa..
pihak polis telah bersetuju untuk membenarkan
perhimpunan itu diadakan di satu kawasan letak kereta berhadapan kompleks mahkamah Jalan Duta.. 

Polis juga bersedia untuk membenarkan kereta-kereta untuk "parking" di sepanjang jalan dihadapan kawasan letak kereta berdekatan dengan tempat berhimpun... 

Azmin juga meminta kerjasama polis supaya memudahkan laluan untuk memasuki ke kawasan jalan Duta...
dan beliau juga memberitahu di dalam sidang media tersebut bahawa polis telahpun bersetuju untuk memberikan kerjasama yang baik dalam memastikan laluan ke kawasan berhimpun dapat dimasuki oleh peserta perhimpunan..
 

Menurut Azmin Ali lagi,beliau telah pun memberitahu polis bahawa hanya ada satu lokasi perhimpunan pada hari tersebut...

Dan tempat itu adalah di kawasan letak kereta di hadapan kompleks mahkamah sahaja,tanpa ada perarakan







So...
apa lagi....
turunlah beramai-ramai...


Video penerangan Azmin Ali semasa sidang media tadi..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive