Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 21 January 2012

SKANDAL NFC,BN BERTINDAK PERLAHAN DAN TIDAK TELUS SEPENUHNYA - CHUA SOI LEK


Skandal NFC yang didedahkan buat pertama kalinya oleh Ketua Audit Negara sebagai mempunyai masalah akaun yang "kelam kabut" di dalam Laporan Ketua Audit Negara pada bulan October 2011...

Kemudian PKR dan Jingga 13 mendapat maklumat dalaman bahawa sememangnya projek NFC mempunyai masalah dan tidak dapat mengendalikan projek ternakan lembu yang bernilai RM250 juta ke peringkat sasaran 60 ribu ekor lembu setahun...

Yang mampu dicapai hanyalah...
di dalam masa 3 tahun jumlah lembu yang berjaya dikeluarkan hanyalah berjumlah 8 ribu ekor sahaja..
sangat jauh dari sasaran kerajaan...

Kemudian dari maklumat dalaman juga mendapati NFC telah membeli harta yang tiada langsung berkaitan dengan
lembu,kerbau mahupun kambing...

Pembelian kondo mewah di Bangsar dan Singapore,pembelian tanah di Putrajaya dan pembelian kereta Mercedes yang berharga setengah Juta dan beberapa lagi skandal yang melibatkan jumlah wang yang besar yang langsung tiada kaitan dengan binatang mahupun serangga....

Kesemua pendedahan tersebut tidak pernah dinafikan oleh Pengerusi NFC yang juga suami Sharizat,Ketua Wanita UMNO...

Bos MCA melabelkan BN sebagai perlahan didalam mengendalikan skandal ini... beliau juga menganggap BN tidak telus sepenuhnya dalam mengendalikan skandal ini... 

Malaysian Insider
Tambah Dr Chua, sekiranya audit berkenaan mendedahkan kecelaruan dalam NFC, Shahrizat seharusnya tahu tindakan yang harus diambilnya..

“Beliau bukan ahli junior (dalam Kabinet), beliau sudah bertaraf senior.

“Firasat saya merasakan Shahrizat berkemungkinan tidak mendapat khidmat nasihat yang betul, dan juga mungkin menurutnya, jika Wanita Umno menerimanya, tiada masalah terhadap perkara itu,” tambahnya.

Najib juga tidak berani mengambil tindakan terhadap Sharizat menunjukkan pentadbiran Najib sememangnya "mesra penyelewengan"....

Sharizat hanya bercuti 3 minggu selepas menerima tekanan yang hebat dari skandal tersebut,namun tetap tidak mahu mengundurkan diri dari jawatan beliau sebagai Menteri..

kalau kita nak selamatkan duit rakyat...
selamatkan Malaysia dari kerakusan UMNO terlebih dahulu...

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...

    Mohon saudara link kan blog http://inderasipejuang.blogspot.com/ demi menyemarakan perang siber dalam mencari kebenaran... terima kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive