Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 12 January 2012

SHARIZAT CUTI DARI MENTERI 3 MINGGU MULAI ESOK.


Sharizat telah memohon cuti dari menjalankan tugas sebagai menteri mulai esok...
setelah hampir 3 bulan skandal NFC didedahkan ini adalah kali pertama Sharizat ambik cuti panjang sebagai menteri...


Mungkin beliau dah tak mampu untuk menangani skandal keluarga beliau sendiri yang telah menggunakan sebahagian dari wang pinjaman mudah yang sepatutnya digunakan
untuk  membangunkan projek lembu feedlot bernilai RM250juta..


Keluarga beliau sebelum ini didedahkan membeli 2 unit kondo mewah di Bangsar bernilai RM13.8juta...
satu unit kondo mewah di Singapore bernilai RM9.9juta..
dua lot tanah di Putrajaya berharga Rm3.3 juta yang bersebelahan dengan kediaman Perdana Menteri dan beberapa lagi pembelian harta yang tiada kaitan langsung dengan lembu,kerbau mahupun kambing...

Tidak cukup dengan hanya Sharizat ambil cuti...
Najib sehingga kini berdiam diri dalam soal NFC...
sepatutnya kerajaan mengambil tindakan membekukan segala aset NFC sehingga siasatan selesai...

Ini menandakan kerajaan BN tidak pernah serius dalam membenteras penyelewengan wang rakyat oleh para pemimpin-pemimpinnya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive