Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 24 January 2012

ROSMAH SAMAN SYDNEY MORNING HERALD!!


najib pun tak boleh kawal rosmah
Rosmah Mansur memang patut menyaman akhbar Australia Sydney Morning Herald kerana menyiarkan berita mengenai perbelanjaan mewah beliau sebanyak RM325,000 di sebuah butik di Australia..

"Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar," kata Rosmah kepada Malaysiakini dan The Sun ketika ditemui dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur.

"Saya selalu menjadi mangsa," katanya ketika ditanya tentang dakwaan yang dibuat dalam harian Australia Sydney Morning Herald.


NAMUN...
itu hanyalah tajuk berita yang sedang rakyat nantikan dari Rosmah supaya beliau mengambil tindakan menyaman bagi membersihkan nama beliau...

Dan itulah juga tindakan yang sepatutnya Rosmah ambil sekiranya berita itu beliau katakan sebagai tidak benar dan fitnah..

Rosmah kata dia jadi mangsa,kalau mangsa fitnah saman je lah....
kenapa takut sangat nak saman..?

TETAPI..
kenapa sehingga sekarang Rosmah hanya menafikan sahaja,tetapi tidak berani mengambil tindakan terhadap akhbar tersebut..

Ianya sama juga dengan dakwaan pembelian cincin USD24 juta.. tiada laporan polis dilakukan,dan tiada juga saman dilakukan....

Begitu juga dengan dakwaan yang mengatakan beliau terlibat dengan pembunuhan Al Tantuya..
sehingga sekarang Rosmah hanya menafikan perkara tersebut dan tidak berani untuk menyaman orang yang menyebarkan cerita tersebut...

Kalau Anwar yang difitnah macam tu...
beliau akan segera membuat laporan polis..
supaya polis menyiasat si pelaku penyebar fitnah..
kerana Anwar tahu dan yakin beliau tidak bersalah..

Tetapi Najib dengan Rosmah ni tidak pernah mahu membuat laporan polis mahupun menyaman si pembawa berita jika benar-benar mereka difitnah..

Jika hanya satu dituduh sekali dan tidak buat laporan polis mahupun menyaman...
boleh lah kasi alasan malas nak layan...

Tapi kalau dah berkali-kali didakwa secara umum melakukan itu dan ini masih juga tak berani buat laporan polis ataupun saman... 
rakyat akan menganggap berita itu sebagai benar...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive