Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Sunday, 22 January 2012

PERKASA CABAR NFC BUAT LAPORAN POLIS NAFIKAN PERBELANJAAN KAD KREDIT RM600,000


Buat pertama kalinya PERKASA menunjukkan keberanian mencabar Syarikat NFC yang dianugerahkan oleh Muhyiddin Yassin satu projek ternakan lembu bernilai RM250 juta, untuk membuat laporan polis....

Laporan polis tersebut didesak dilakukan bagi menafikan dan membalas laporan polis yang dibuat oleh NGO Jingga 13 yang mengemukakan bukti asas bahawa keluarga Sharizat telah menggunakan kad kredit sebanyak RM600,000 dan membayarnya pula melalui akaun NFC....
 
Bos Perkasa...
Ibrahim Ali secara spesifiknya menyebut laporan itu mesti dibuat oleh pengarah eksekutif NFC Wan Shahinur Izmir Salleh kerana beliau sebelum ini pernah menafikan...

tetapi hanya penafian di hadapan media sahaja...

"Saya cabar Izmir. Biar dia buat laporan polis pula dan nyatakan (dakwaan oleh NGO sebelum ini) itu laporan palsu," katanya dalam satu sidang media.

Perkasa dan beberapa NGO Melayu hari ini diberikan taklimat oleh pengerusi NFC Datuk Mohamad Salleh Ismail selama lebih dua jam di sebuah hotel di Kuala Lumpur...


Namun...
Dalam masa yang sama juga beliau meminta Ketua Audit Negara supaya mengeluarkan kenyataan rasmi dengan menyatakan akaun NFC tidak berada di dalam keadaan "kucar kacir"...

Ibrahim Ali mengatakan, Pengerusi NFC Datuk Mohamad Salleh Ismail menceritakan kepada beliau dalam pertemuan hari ini bahawa (konon-kononnya) Ketua Audit Negara pernah "mengakui secara peribadi" yang akuan NFC berada dalam keadaan yang baik dan tersusun..

Pada laporan Ketua Audit Negara October lalu...
Ketua Audit Negara melaporkan bahawa akaun NFC berada dalam keadaan "kucar kacir.."

Takkan dalam usaha nak menyelamatkan NFC dan nama baik UMNO,Ketua Audit Negara sanggup tukar kenyataan laporan kot..?

Bagi aku..
NFC,Sharizat dah tak boleh diselamatkan lagi dah...
semua bukti memang nyata dan tidak pernah dinafikan oleh pengurusan NFC kecuali mereka hanya memberi alasan tentang keperluan "penyelewengan" yang dilakukan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive