Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 23 January 2012

NIK AZIZ KATA TAK ADA MASALAH ISYTIHAR HARTA,MENTERI BN BILA LAGI?


Sebelum ini Nazri Aziz menyatakan bahawa cadangan supaya para Menteri mengisytiharkan harta sebagai bahaya kepada diri mereka...

Sedangkan para Exco Pulau Pinang yang telah pun mengisytiharkan harta mereka sehingga kini tidak pula berada di dalam keadaan bahaya...

Terkini..
MB Kelantan pula menyatakan kesediaan beliau untuk mengisytiharkan harta beliau kepada SPRM..

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia mengisytiharkan hartanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika peraturan memintanya berbuat demikian.

Beliau yang juga mursyidul am PAS berkata isu pengisytiharan harta oleh semua penjawat awam, termasuk pemimpin kerajaan merupakan isu lama.

"Saya dan semua exco kerajaan negeri boleh mengisytiharkan harta, jika peraturan mahu berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian watikah pelantikan penghulu dan majlis penghulu mukim di Kota Bharu hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan naib presiden Pertubuhan Angkatan Generasi Muda Melayu Kelantan (AGENDA) Arif Hakimi Zulkifli yang mendesak beliau dan keluarganya mengisytiharkan aset mereka kepada SPRM bagi memastikan mereka benar-benar telus dan bersih daripada kegiatan rasuah.

Menteri besar itu berkata sebelum ini, beliau pernah membuka pintu siasatan seluas-luasnya kepada SPRM untuk menyiasat beliau.

"Soal mengisytiharkan harta semua pihak boleh isytihar, cuma pokok pangkalnya terletak atas ketaqwaan seseorang kepada Allah, kerana taqwa merupakan kunci segala perkara, termasuk ketelusan dalam pentadbiran," kata Nik Aziz.

Setakat ini hanya pemimpin BN sahaja yang takut issytiharkan harta...

Pemimpin BN terlalu takut untuk isytiharkan harta mereka kerana imembahayakan masa depan mereka sekiranya rakyat tahu mereka mengambil duit rakyat berjuta-juta...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive