Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 27 January 2012

NFC JANGAN CAKAP BANYAK!! DEDAHKAN SAJA PENYATA PERBELANJAAN SYARIKAT


Anak Sharizat hari ini berjumpa dengan pemimpin-pemimpin NGO pro kerajaan...

Beliau menjelaskan isu yang melanda NFC kepada pemimpin-pemimpin NGO yang sememangnya sudah siap sedia untuk relakan diri mereka ditipu....

Kenapa anak Sharizat si Wan Shahinur Izmir Salleh tu sibuk-sibuk nak berjumpa dengan NGO dan menafikan dakwaan NFC telah menyalahgunakan pinjaman mudah yang sepatutnya digunakan untuk ternakan fidlot dihadapan mereka sahaja..?


Malaysiakini


Adakah NGO-NGO tu mempunyai kelayakan untuk menentukan samada NFC bersalah atau tidak dengan hanya mendengar penerangan dari anakSharizat tu..?

Apa yang sepatutnya dibuat oleh anak Sharizat adalah mengemukakan penyata-penyata perbelanjaan Syarikat termasuk penyata kad kredit kepada SPRM bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan terhadap akaun NFC...

Sekarang ni Wan Shahinur Izmir Salleh hanya sibuk hendak mencipta persepsi  mereka tidak salah dan berada di pihak yang benar..

Penerangan kepada NGO-NGO yang pro kepada kerajaan itu hanyalah sebagai mengaburi mata rakyat seolah-olah mereka sedang melakukan perkara yang betul...

Yang patut diterangkan adalah kepada SPRM..
bukan kepada pemimpin-pemimpin NGO yang sudah menyiapkan diri mereka untuk ditipu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive