Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 20 January 2012

MAHKAMAH RAYUAN UNTUK FITNAH LIWAT,MUNGKIN SEJARAH PERAK AKAN BERULANG?


Saiful bersama pegawai Najib
Kes fitnah liwat kedua yang menjadi modal UMNO selama ini untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim telah gagal, ianya juga adalah kegagalan buat kali kedua apabila pada 9 January 2012,mahkamah putuskan bahawa Anwar tidak bersalah...

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika menyampaikan keputusannya pada 9 January 2012 yang lalu menegaskan bahawa mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik...

Mahkamah juga tidak dapat menerima keterangan Saiful tanpa bukti yang dapat mengaitkan Dato' Seri Anwar Ibrahim di dalam kes fitnah liwat siri kedua tersebut...


Itu penghakiman mahkamah tinggi pada 9 january 2012....
Petang tadi jam 4:15pm,Pihak pendakwaraya telah memfailkan rayuan berhubung keputusan penghakiman mahkamah tinggi yang telah membebaskan Anwar dari tuduhan fitnah liwat...

Kita sedar...
kita berada di Malaysia..
sebuah negara yang penuh dengan "kepelikan" 

Keputusan mahkamah tinggi yang mempertikaikan integriti sampel DNA tidak terusik..
dan juga tiada keterangan Saiful yang dapat diterima yang boleh menyabitkan Anwar Ibrahim dengan tuduhan liwat,
kemungkinan akan menjadi lain apabila masuk ke mahkamah rayuan..

Kita sebelum ini pernah menyaksikan keputusan yang berlainan dari mahkamah rayuan...

Walaupun keputusan yang disampaikan oleh mahkamah rayuan itu berdasarkan fakta kes yang sama dengan mahkamah tinggi...

Dari tidak bersalah menjadi salah...
dari bersalah pula boleh menjadi kepada tidak bersalah..

Aku bagi contoh kes MB Perak...
mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Nizar adalah MB Perak yang sah berdasarkan tiadanya undi tidak percaya di kalangan anggota DUN...
tengok sini...


Tetapi apabila pihak pendakwaraya membuat rayuan ke atas keputusan mahkamah tinggi yang mengatakan Nizar adalah MB Perak yang sah...
keputusan mahkamah rayuan menjadi sangat berbeza dengan mahkamah tinggi..

Mahkamah rayuan membuat keputusan Zambry adalah MB Perak yang sah pula,walaupun pada ketika penghakiman dibuat,masih juga tiada undi tidak percaya ke atas Nizar bagi menggugurkan beliau dari jawatan MB Perak....

Apakah kejadian seperti ini akan berulang..?
dari tiada air mani,akan menjadi adanya air mani pula..?

Ingat..
kita berada di Malaysia...
Negara "BolehLand"...

Satu-satunya negara yang akan meletakkan anda sebagai "tidak Bersalah" dengan hanya bersumpah junjung Al Quran,walaupun sekiranya anda berada pada tahap terlibat dengan pembunuhan seorang wanita....


Selamatkan Malaysia....!

1 comment:

  1. ya...siapakah yang menggalakkan semua ini berlaku ? usah salahkan orang lain. Rakyat sendiri yang salah...sokong bergegak gempa... bila dapat sikit duit mulalah pi undi orang tu....contohi kelantan !!! berubah tetap berubah ..duit ambil..kain sarung ambil... pangkah tetap yang ada dalam hati...kuasa di tangan rakyat...selagi anda undi mereka//mereka gunakan kuasa mereka untuk menyusahkan rakyat...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive