Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 12 January 2012

LAPORAN POLIS TERHADAP "JAMIL KHIR ASNAF" PADA PAGI INI!


Umum telah mengetahui bahawa Jamil Khir dan 2 orang sahabat selewengnya telah menggunakan wang zakat sebanyak RM63,650 untuk membayar kos gumanan beliau dan 2 rakannya..

Walaupun Jamil Khir mengatakan bahawa beliau tidak menggunakan wang zakat,tetapi mengikut laporan Ketua Audit Negara adalah sebaliknya...

Ketua Audit Negara secara jelas menyebutkan dalam laporannya tentang wang zakat dan bukan wang berasingan dari sumber luar..

Takkan Ketua Audit Negara berbohong pulak..?

Jingga 13 sebelum ini telah menghantar surat kepada Ketua Audit Negara pada 5 January 2012 [SINI] bagi meminta Ketua Audit Negara menjelaskan perkara yang sebenar....

Kenyataan Rasmi Jingga 13 berhubung laporan polis ini.
JINGGA 13 hari ini mengambil tindakan untuk membuat laporan Polis Diraja Malaysia serentak bersama Yb Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat terhadap YB Dato Seri Jeneral (B) Senator Jamil Khir Baharom , Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang berportfolio menguruskan Hal Ehwal Agama Islam....

Laporan yang akan dibuat adalah di atas tindakan salah guna kuasa Menteri tersebut menggunakan wang zakat bagi tujuan yang bertentangan dengan hak pengeluaran wang zakat tetapi digunakan bagi tujuan untuk membayar kos guaman sejumlah RM63,650 sepertimana yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara dalam menghalang kes qazaf yang difailkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara , wang zakat itu dibayar kepada firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bagi mewakili Dato Seri Jeneral (B) Jamil Khir Baharom, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.

JINGGA 13 menganggap tindakan Dato Seri Jeneral (B) Jamil Khir Baharom , Datuk Che Mat bin Che Ali dan En. Shamsuddin bin Hussain bukan sahaja melakukan salahguna kuasa tetapi dalam masa yang sama telah menzalimi dan mengkhianati golongan asnaf dengan tindakan kepentingan peribadi membiayai kos guaman sedangkan sangat mengetahui ianya adalah satu kesalahan.

Laporan Polis ini akan diadakan di Balai Polis Daerah Dang Wangi pada 12 Januari 2012 pada jam 11.00 pagi. Rakan-rakan dialu-alukan hadir sama pada sesi laporan Polis ini. Sekian.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI
SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD
Setiausaha Jingga 13
12 JANUARI 2011

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive