Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 5 January 2012

JINGGA 13 SERAH SURAT KEPADA KETUA AUDIT NEGARA BERHUBUNG KENYATAAN JAMIL KHIR


Baru-baru ini Jamil Khir ada mengeluarkan kenyataan menafikan beliau menggunakan wang zakat bagi membiayai kos guaman  sepertimana yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara..

Kenyataan Jamil Khir itu juga dilihat bercanggah dengan kenyataan Timbalan Menteri Jabatan perdana Menteri , Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, pada 21 Jun 2011 yang mengakui bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan wang zakat ketika menjawab soalan YB Saifuddin Nasution.

Jadi,demi merungkaikan kekeliruan yang berlaku di atas percanggahan kenyataan dua orang Ahli Parlimen BN ini...

Maka Jingga 13 telah menghantar surat kepada Ketua Audit
Negara bagi menjelaskan perkara yang sebenar..
Surat tersebut telah diterima oleh P.A. Ketua Audit Negara,Puan Junaidah Binti Jais...


Berikut adalah surat yang dihantar kepada Ketua Audit Negara jam 2:45pm tadi..

Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Setia Haji Amrin bin Buang ,

Ketua Audit Negara ,
No. 15 , Aras 4 , Persiaran Perdana ,
Persint 2 ,
62518 Putrajaya .


Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Setia ,

MOHON PENJELASAN TERHADAP ISU PENYELEWENGAN DAN PENYALAHGUNAAN WANG ZAKAT MAIWP OLEH YB SENATOR MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI DATO’ SERI JAMIL KHIR BAHAROM , PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KETUA PENDAKWA SYARIE WILAYAH PERSEKUTUAN

Adalah dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk .

2.      Untuk makluman Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Setia bahawa kami Jingga 13 telah membuat laporan dan aduan rasmi di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 30 Disember 2011 berkaitan isu penyelewengan dan salahguna kuasa menggunakan wang zakat terhadap YB Senator Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Jamil Khir Baharom , Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pandakwa Syarie Wilayah Persekutuan En. Shamsuddin Hussain .

3.     Berdasarkan laporan pemeriksaan audit telah dijalankan di MAIWP terhadap pembelanjaan bagi kos guaman RM63,650 bersabit kes tuntutan qazaf YB Datuk Seri Anwar Ibrahim , Ahli Parlimen Permatang Pauh sepertimana laporan yang dihantar kepada YB. Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara , rujuk Fail :  AUDIT/BBP/147/379/15(12) bertarikh 21 November 2011 oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Setia menyatakan :

    3.2      YBhg. Datuk Haji Che Mat bin Che Ali telah meluluskan bayaran interem berjumlah         RM 31,500 menggunakan peruntukan sumber am bagi perkhidmatan perundangan         pada 28 januari 2010 . Bayaran ini diluluskan pada 9 Februari 2010 melalui baucar      no. 2010B01304 menggunakan peruntukan zakat terlebih dahulu kerana geran  Kerajaan belum diterima pada tarikh tersebut .

    3.3     Pada 29 April 2010 , MAIWP telah membuat pembayaran baki kos guaman berjumlah         RM 32,150 ( termasuk perbelanjaan pelbagai berjumlah RM650 ) menggunakan         peruntukan sumber zakat terlebih dahulu . Bayaran ini dibuat apabila menerima         laporan penuh perbicaraan daripada Tetuan Zainul Rijal Talha Dan Amir setelah kes         selesai.

4.    Kenyataan YB Senator DatO’ Seri Jamil Khir Baharom , Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pada 31 Disember 2011 sepertimana dilaporan oleh Bernama , bertajuk “Jamil Khir Perjelas Dakwaan Seleweng Wang Zakat” ternyata menyimpang daripada laporan tersebut dan cuba memutarbelitkannya malah memperlekehkan laporan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak jabatan yang diketuai oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Setia selaku Ketua Audit Negara . 


5.    Kami tidak menafikan bahawa berlaku pembayaran balik wang zakat tersebut oleh MAIWP pada bulan Disember 2010 sepertimana dijelaskan oleh laporan pihak Y.Bhg Tan Sri Dato’ Setia sepertimana di bawah :

     3.4    MAIWP telah menerima geran Kerajaan berjumlah RM700,000 pada 22 Jun 2010 untuk peruntukan sumber am . Pada bulan Disember 2010 , MAIWP telah menyelaraskan perbelanjaan peruntukan wang zakat yang telah dibayar untuk kos guaman berjumlah RM63,650 kepada peruntukan sumber am melalui jurnal pelaras . Dengan pelarasan ini, wang zakat berjumlah RM63,650 telah dikembalikan kepada sumber zakat dan kos guaman dikenakan kepada peruntukan sumber.

6.    Isu pembayaran balik oleh MAIWP adalah tidak timbul namun laporan tersebut telah mengesahkan bahawa wujud penyelewengan dan salahguna kuasa terhadap wang zakat selama hampir sebelas (11) bulan ( Februari – Disember ) yang cuba dinafikan oleh YB Senator Menteri yang mengurustadbir Hal-Ehwal Agama Islam malah kini memutarbelitkan kenyataan dan fakta .

7.    Pada 21 Jun 2011 , Timbalan Menteri Jabatan perdana Menteri , Datuk Dr. Mashitah Ibrahim telah mengakui bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan wang zakat ketika menjawab soalan YB Saifuddin Nasution , Ahli Parlimen Machang dalam perbahasan Perbekalan Tambahan 2011 di Parlimen .

8.    YB Senator Dato’ Seri Jamil Khir juga secara nyata dan jelas telah MEMPERLEKEHKAN INTEGRITI DAN KREDEBILITI laporan daripada jabatan yang dipimpin oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Setia dan BERBOHONG kepada seluruh rakyat Malaysia .

9.    Sehubungan dengan itu , kami memohon jasa baik Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Setia menjelaskan kepada umum berkaitan percanggahan fakta yang telah di buat oleh YB Senator Dato’ Seri Jamil Khir Baharom yang menyangkal bahawa penggunaan wang zakat oleh beliau dan dua yang lain .

Sekian , terima kasih .

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

Saya yang menjalankan tugas ,
 

( FARIZ MUSA )
Ketua Koordinator Jingga 13



Berikut adalah gambar-gambar Jingga 13 sewaktu di Jabatan Audit Negara tadi..


Sebelum Jingga 13 menghampiri Bangunan jabatan Audit Negara,mereka terlebih dahulu dihampiri oleh pegawai polis yang meminta mengisi borang bagi menjelaskan kenapa Jingga 13 mahu pergi ke bangunan Jabatan Audit Negara..

Sememangnya sejak Jingga 13 sampai ke kawasan bangunan jabatan Audit Negara,didapati beberapa orang SB sedang memerhati kumpulan Jingga 13 dari jauh..

 

polis meminta Jingga 13  menerangkan tujuan mereka datang ke jabatan audit negara
Memasuki bangunan Jabatan Audit Negara.


serah surat kepada Puan Junaidah bt. Jais,P.A. Ketua Audit Negara

Polis sentiasa mengekori Jingga 13

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive