Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 25 January 2012

JINGGA 13 BAWA ISU PERBELANJAAN MEWAH ROSMAH KE SPRM !!


Jingga 13 hari ini mengambil satu langkah yang ditunggu-tunggu seluruh rakyat Malaysia dengan membawa isu perbelanjaan mewah Datin Seri Rosmah Mansor di Sydney, Australia kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi mendapatkan penjelasan sebenar.

Pendedahan Morning Sydney Herald tentang perbelanjaan mewah bernilai RM 325,000 itu harus segera
disiasat....

Kerana wujud kesangsian untuk seorang isteri Perdana Menteri berkemampuan untuk berbelanja semewah itu di butik milik Carl Kaap.

Justeru Jingga 13 menjemput rakan-rakan media untuk hadir ke SPRM Selangor (berhadapan Blue Wave Hotel)  pada 26 Januari 2011, jam 11 pagi. 

Kehadiran rakan-rakan media seharusnya nanti akan membantu mewujudkan gelombang penolakkan terhadap kerakusan dan penyalahgunaan wang rakyat sewenang-wenangnya.

Muafakat*Prihatin*Berani

SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD
Setiausaha
Jingga 13

Lepas ni,mungkin SPRM kata bukan bidang kuasa mereka lak..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive