Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Sunday, 29 January 2012

HIMPUNAN AMAN RAYUAN QAZAF 301 ANWAR IBRAHIM TERHADAP SAIFUL DI MAHKAMAH SYARIAH KL.


Esok..
Anwar akan mengemukakan hujah balas didalam tuntutan beliau di dalam permohonan Qazaf terhadap bantahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua yang lain...

Mari kita hadirkan diri beramai-ramai di Mahkamah Tinggi Syariah kuala Lumpur di Jalan Sri Hartamas esok seawal jam 09:00 pagi... 

Sedikit penerangan tentang kes Qazaf Anwar terhadap Saiful ini...

Pada 7 January 2010...
Anwar Ibrahim telah menyerahkan afidavit di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bagi mendakwa Saiful Bukhari atas kesalahan Qazaf atau tuduhan palsu berhubung kes fitnah liwat siri kedua...

Permohonan  itu bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya mendakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan di bawah Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 kerana membuat tuduhan palsu. 

Namun..
sehingga kini Mahkamah Tinggi Syariah masih belum memulakan perbicaraan memandangkan permohonan Anwar untuk kesQazaf ini dibicarakan di mahkamah Tinggi Syariah telah dibantah oleh 3 individu...
  • Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain; 
  • Pengarah Jabatan Agama Islam (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali dan 
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom
Dan Mahkamah Tinggi Syariah ni pulak telah membenarkan bantahan awal 3 individu terbabit dan menolak permohonan Anwar supaya pihak pendakwa syarie memulakan prosiding qazaf terhadap Saiful Bukhari Azlan

Kes Qazaf inilah di mana penyalahgunaan wang zakat oleh 3 individu tersebut menjadi kontroversi bermula...

Yang penting...
hadirkan diri esok...

4 comments:

  1. xpyh lah mai ramai2....nk htr mak esk p keja susah...polis ttp jalan

    ReplyDelete
  2. kita kena tunjukkan sokongan supaya mahkamah syariah ambil berat tentang kes qazaf ini... janganlah mahkamah syariah ini dibuat hanya untuk kes nikah cerai sahaja.. kes liwat dimahkamah sivil dah selesai,anwar bebas dan tidak bersalah...
    kini giliran untuk kita tuntut kes ini dibicarakan dimahkamah syariah..

    ReplyDelete
  3. saya setuju biar mahkamah syariah memutuskan kes tersebut.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive