Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 28 January 2012

HASIL PASIR SELANGOR!! ZAMAN BN RM2.9 JUTA VS ZAMAN PR RM16 JUTA


Apabila kita memilih kerajaan yang baik..
maka kita akan dapat hasil yang baik...

Namun jika kita memilih kerajaan yang korup dan tidak bijak menguruskan ekonomi..
maka hasil negara dan hasil negeri tidak akan dapat ditangani dengan cekap dan telus...

Ini dapat kita lihat perbezaan yang sangat ketara dari segi jumlah hasil kutipan pasir Selangor di zaman
pemerintahan BN dan ketika Selangor dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat pada masakini..

Lihat jumlah yang sangat ketara seperti tertera dibawah ini...


Menurut  Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr.Yaakob Sapari...
peningkatan hasil kutipan pasir adalah kerana pentadbiran PR menukar sistem pemberian permit melombong secara tender terbuka.

Pada zaman Umno....
kerja-kerja menguruskan pasir ini diserahkan kepada satu Konsortium sahaja...
segala urusan pasir di selangor diuruskan semuanya oleh Konsortium tersebut,yang secara jelasnya adalah satu sistem MONOPOLI....

Menurut Yaakob Sapari, "itu zaman BN.. dalam Pakatan Rakyat kita tenderkan semua sekali.”

"Boleh semak dengan semua operator kerana mereka dapat melalui tander..." tambah Yaakob Sapari lagi..

Besar rupanya perbezaan kutipan hasil pasir dizaman UMNO dan zaman PR ni...

Sekiranya kontraktor UMNO semasa pemerintahan UMNO di selangor ini mengeluarkan kuantiti pasir yang sama seperti di zaman Pakatan Rakyat kini...
kemanakah pula perginya wang dari hasil kutipan pasir tersebut..?

Masuk poket ker..?

2 comments:

  1. terbaik.. Good Job Pakata Rakyat. Semoga menjadi Kerajaan yg cekap & amanah.

    ReplyDelete
  2. buat buat lupa yg katanya boleh dapat 150 juta setahun semasa kempen pru 2008

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive