Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 7 January 2012

FITNAH : SAIFUL DAN BLOGGER UPAHAN UMNO BAKAL DISAMAN?


Saiful bersama pegawai Najib sebelum laporan liwat dilakukan
Saiful ni memanglah jenis manusia yang akan berkata apa sahaja demi perut dia..

Kalau dia buat fitnah, kering jer muka dia..
seolah-olah dia tak takutkan azab api neraka..
heran aku....

Selepas membuat fitnah terbesar di dalam negara kita ini
dengan memfitnah Anwar Ibrahim meliwat beliau walaupun pemeriksaan di hospital mendapati jubur beliau tiada kesan diliwat..

Kini dia memfitnah pulak Ahli Majlis Pimpinan pusat PKR,Fariz Musa.

Kali ini Saiful bekerjasama dengan blogger upahan UMNO yang dikenali "RBF Online" bagi memburukkan Fariz Musa dan berniat mengelirukan pembaca di blog tersebut bahawa kononnya Saiful adalah "mangsa liwat" dan kononnya ada pemimpin PKR mempercayai beliau..

Dalam blog RBF online itu,si penulis memaparkan 3 fitnah yang amat jelas apabila menyatakan...
  • Saiful dan Fariz Musa mengadakan pertemuan sulit di Hentian Sebelah Lanchang, Lebuhraya Pantai Timur...
  • Saiful ada menjelaskan kisah dia diliwat Anwar kepada Fariz Musa.
  • Fariz Musa mendoakan kejayaan Saiful di dalam kes liwat.

Ini adalah satu pembohongan dan fitnah yang nyata dan jelas berniat jahat bagi menjatuhkan maruah Fariz Musa dan cubaan mengelirukan pembaca di blog tersebut..

Kejadian sebenar yang berlaku adalah...

Tiada langsung pertemuan sulit...
apa yang berlaku adalah...
Fariz Musa secara kebetulan "terserempak" dengan Saiful semasa berhenti untuk merehatkan badan di hentian sebelah Lanchang...

Fariz Musa pada ketika itu sedang dalam perjalanan pulang ke Shah Alam selepas bercuti sempena hari raya Idul Adha ditemani oleh isteri beliau,adik ipar dan juga seorang rakan lelaki.

Saiful yang kebetulan berada di situ juga sedang dalam perjalanan pulang ke KL...

Apabila "terperasankan" Fariz Musa, Saiful telah menghampiri untuk menyapa Fariz Musa yang ketika itu bersama isteri,adik ipar dan seorang rakannya.
 
Ketika itu,tiada langsung perbualan sulit antara keduanya..

Yang berlaku hanyalah sapaan biasa...
dan Fariz Musa hanya menanyakan kepada Saiful  
“ Bila engkau bicara lagi ?” , 

Saiful pula menjawab “pergulungan nanti” . 
dan Fariz bertanya lagi “so macam mana?” 
dan Saiful hanya menjawab “ terserah kepada hakim” 

Perbualan singkat di dalam pertemuan yang berlaku secara kebetulan itu disaksikan isteri dan rakan Fariz... 

Fariz Musa juga menafikan ada mendoakan kejayaan kepada Saiful di dalam kes liwat fitnah yang akan diputuskan pada 9 january ini...

Fariz Musa juga ada menceritakan kejadian "terserempak" dengan Saiful itu kepada para peserta kursus Media baru Jingga 13 pada pada 8 November 2011, di tanjung Karang...

Beliau juga turut menceritakan pertemuan yang dianggap  "sial" itu kepada semua Jawatankuasa Sekretariat Jingga 13 di dalam mesyuarat Jingga 13 di rumah beliau pada 15 November 2012

Jika ianya pertemuan sulit sebagaimana difitnah,kenapa pula Fariz Musa menceritakan kepada begitu ramai orang tentang pertemuan tersebut..?
Maka,demi menegakkan keadilan dan "mengajar" orang yang suka buat fitnah ini..

Fariz Musa akan membuat satu laporan polis terhadap fitnah yang direka oleh Saiful dan juga pemilik blog tersebut yang turut dikenali sebagai "ruangbicarafaizal"..

laporan polis akan dibuat di IPD Shah Alam,
Tarikh : 7 January 2012
Waktu : 10am

Kesemua rakan-rakan seperjuangan dijemput hadir bagi menolak budaya fitnah yang diamalkan secara meluas oleh UMNO dan blogger upahan mereka..

Kalau bukan fitnah bukanlah UMNO namanya...
pemilik blog tersebut juga ada menyatakan KONONNYA memiliki video perbualan Fariz Musa dan Saiful..

Kalau betul..
Dedahkanlah video tu..
buat apa simpan..? 
tunjukkan kebenaran,jangan hanya pandai lempar fitnah..!

Dengar khabar,tindakan menyaman kedua-dua kaki fitnah ini akan menyusul...



1 comment:

  1. Saudara-saudara dan Saudari-saudari Yang Di Hormati
    Bahawa MCA Gombak pegurusi YIP KUM FOOK dan anaknya Yip Jiun Hann (Permuda MCA Gombak) bukan sahaja menggunakan kuasanya menghisap wang KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI(Thai) No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia. Tetapi lebih dahsyat, ialah menipu wanita-wanita dan merosakan keluarga orang lain. Mereka sebenar-benarnya orang yang jahat dan tak bermoral

    Saya mengemukakan kesal yang benar ini, tujuan ialah harap orang ramai, khasnya wanita dapat mengambil perhatian supaya jangan terjerat oleh manis-manis mulutnya akhir akan meninpa kerugian dan kesakitan yang besar

    马华公会鹅唛區会主席叶金福律师与马华公会鹅唛區会叶君瀚青年圑長, 不但无耻的利用KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI(Thai) No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia.宗教之名捞取权和私利之外, 叧一大罪悪是, 他们仗着权势, 甜言蜜語, 誘骗良家少女, 骗财骗色, 三妻四妾, 破坏别人的家庭. 父子两人, 无悪不做, 实是大色狼, 大老千,缺德的败娄.

    今天我把实事公告大家, 是希望公众, 特别是良家少女, 要多多小心, 提防这一娄假面具的佛教徒, 以免一失足成千古恨.

    Brother And Sister Of the respectfully
    That YIP KUM FOOK, MCA Gombak chairman and his son Yip Jiun Hann (Youth MCA Gombak) they are not only used of power to suck Temple’s money of SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE(Thai) No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia. But far worse, they are cheating women and make people family broken. They truly wicked and immoral

    Bring forward. I regret that this is true, the purpose is to hope for public, and especially women take care not to be trapped by the end of sweet mouth will override of great loss and pain

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive