Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 30 January 2012

BERITA PELIK!! HARGA MURAH TAPI KERAJAAN UMUM SUBSIDI GULA MENINGKAT 54 SEN?


Apabila harga gula dunia semakin turun harga... 
maknanya harga semakin murah ler...
dan sepatutnya kalau kita beli barang murah ni duit kita jimat sebab barang tu murah..

Tetapi itu jika kita berada di dalam dunia yang normal...
tetapi jika kita berada di dalam negara Malaysia..
lain pulak ceritanya...

Jika di Malaysia...
apabila kerajaan beli gula dipasaran dunia yang semakin murah...
kerajaan jadi rugi... 

macam mana jadi macam tu aku pun tak tahu...

Seolah-olah ianya dibeli pada kadar mahal...
dah le macam tu.. lepas tu kerajaan kata yang kerajaan terpaksa menaikkan subsisi gula..


Tony Pua meminta Menteri KPDNKK, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan macam mana boleh subsidi jadi naik  sedangkan harga pasaran gula dunia secara keseluruhannya mengalami penurunan.

Jelas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini...
berdasarkan laporan akhbar, kementerian berkenaan telah meningkatkan kadar subsidi gula sebanyak 20 sen kepada 54 sen sekilogram bagi mengekalkan harga gula pada RM2.30 sekilogram ekoran "kenaikan kadar gula dunia."


Menurut Tony..
"Kerajaan perlu menjelaskan kenaikan kadar subsidi gula tersebut,  berikutan kenaikan kadar subsidi sehingga 170 peratus setahun itu adalah tidak relevan berikutan harga pasaran gula dunia mengalami penurunan.

"Apa yang menjadi persoalannya, adakah harga pasaran gula dunia sejak enam bulan lepas terus meningkat sejak kali terakhir pada Mei 2011, sedangkan pasaran dunia menunjukkan penurunan.

"Malah, sejak meningkat pada nilai USD29.47 (RM89.66) seratus paun pada Julai 2011, harga gula mengalami penurunan berterusan setiap bulan, dengan 
  • USD28.88 (RM87.87) pada Ogos 2011
  • USD26.64 (RM81.05)  pada September 2011
  • USD26.30 (RM80.02)  untuk Oktober 2011
  • USD24.52 (RM74.60) pada November, dan 
  • USD23.42 (RM71.26)  untuk Disember pada kadar seratus paun," katanya.
Semakin menurun harganya... macam mana pulak kita boleh kata subsidi gula naik..?


"Apa yang lebih mengelirukan adalah, jumlah subsidi kerajaan telah meningkat kepada 170 peratus bagi disesuaikan dengan "peningkatan mendadak" kadar semasa gula yang tidak wujud," katanya lagi.

Memang kerajaan kita ni selalu mengadakan perkara pelik..
kalau lipan tahu ni malu kita...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive