Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 4 January 2012

BEBASKAN ANWAR 901 ADALAH KEHADIRAN RAKYAT SECARA AMAN.


 Aku menjadi pelik dengan sikap kerajaan kita ni..
mereka sangat fobia apabila rakyat mahu keluar dan menzahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kezaliman-kezaliman yang dilakukan kerajaan selama ini..


Kerajaan kini sedang menggiatkan kempen "anti demo bebaskan Anwar 901" dengan menggambarkan bahawa akan berlaku huru-hara pada hari tersebut..

Polis memberikan contoh gambar-gambar dan video-video rusuhan di luar negara..


Soalnya,kenapa perlu tunjukkan gambar dan video rusuhan di luar negara..?

kita sudah melalui beberapa kali siri demontrasi besar-besaran di dalam negara kita sebelum ini..

Jika benar demontrasi rakyat adalah ganas..

aman dan tidak ganas
Tidak ada langsungkah gambar-gambar dan video-video demontrasi yang dilakukan rakyat Malaysia sebelum ini yang dapat ditonjolkan keganasannya...?

Sehingga kerajaan terpaksa mengambil gambar rusuhan luar negara dalam niat menimbulkan suasana panik dikalangan rakyat....?

Walaupun setiap kali sebelum berlakunya demontrasi..
polis seringkali mengluarkan kenyataan demontrasi  yang mahu dilakukan akan menjadikan negara huru-hara..

Jadi aku cabar..
kalau betul demontrasi-demontrasi sebelum ini ganas dan menyebabkan negara huru hara...

Maka keluarkan bukti bergambar dan video dan jangan mengambil gambar dan video rusuhan luar negara sebagai kempen "anti demo bebaskan Anwar 901" oleh kerajaan..

Contohnya Bersih 2.0..
polis beriya-iya mengatakan bahawa Bersih 2.0 jika diteruskan jugak,negara akan menyaksikan huru hara- yang paling dahsyat...

Akan ada pertumpahan darah dan juga pergaduhan antara kaum..

Tetapi kita semua sudah pun melihat sendiri perhimpunan Bersih 2.0 yang berjalan dengan aman tanpa ada kerosakan harta benda dan pergaduhan yang dikatakan oleh polis..

Yang ada hanyalah kecederaan peserta himpun akibat keganasan yang dilakukan oleh pihak polis sendiri...

Jadi,dengan pengalaman kita semenjak tahun 1998...
aku berani mengatakan bahawa,bebaskan Anwar 901 tidak akan menyebabkan negara huru hara...
Kerana, semua yang datang hanya membawa mesej keamanan dan perjuangan keadilan di dalam sistem negara kita..
mahkamah jalan Duta

Kita perlu hadir pada 9 January 2012 di Mahkamah Jalan Duta nanti demi memberikan isyarat kepada kerajaan bahawa kita,rakyat Malaysia sudah jijik dan bosan dengan sistem yang zalim,yang berat sebelah yang diamalkan oleh kerajaan selama ini..

Bak kata Azmin Ali..
"bebaskan Anwar 901" ini bukanlah hanya semata-mata batang tubuh Anwar..
"apa yang berlaku ke atas Anwar hanyalah merupakan satu contoh simbol kezaliman kerajaan BN,hari ini adalah hari Anwar yang kena..."
"dan jika kita tidak ubah,mungkin suatu hari nanti akan kena pada diri kita,adik beradik kita,anak kita.."

Kita perlu berani berubah demi perubahan sistem keadilan negara kita...


Itu belum termasuk amaran demi amaran terhadap blogger yang berkempen "bebaskan Anwar 901" ...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive