Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 28 January 2012

BANTUAN BN RM500 SEPANJANG 54 TAHUN,SELANGOR BAGI RM528 DALAM MASA 4 TAHUN


Kesian kita tengok pada Najib dan Muhyiddin yang bangga sangat dengan BR1M ni...

Selama 54 tahun... 
inilah kali pertama Kerajaan BN terasa nak bagi RM500 pada rakyat..

54 tahun baru terasa nak bagi pada rakyat..?
selepas 5 buah negeri tumbang ke Pakatan Rakyat..?
selepas melayu semakin bijak..?

Maka dengan bangganya Ketua Bahagian UMNO mendabik
dada dengan bantuan yang tiba-tiba hadir selepas 54 tahun...
atau pun RM85.00 setahun selama 54 tahun...

Dalam negeri Selangor...
jumlah peruntukan seperti ini sudah ada tanpa disedari,
rakyat Selangor mendapat bantuan  setiap bulan dari kerajaan negeri tanpa mereka sedari...
iaitu 20 meter padu air PERCUMA! 
Dan oleh kerana rakyat Selangor tidak membayar 20meter padu ini ataupun RM11 sebulan...
mungkin rakyat Selangor tidak perasan berapa banyak duit mereka telah dijimatkan oleh Kerajaan Negeri Selangor...

Aku nak kira macam ni... 
pada bulan January 2012 ini telah genaplah 3 tahun 7 bulan rakyat Selangor menerima 20meter padu air percuma yang kiraannya RM11 sebulan..

Kerana pemberian ini dimulakan pada bulan June 2008 yang lalu.. 3bulan selepas kemenangan PR di Selangor..



43 bulan X RM11 bersamaan dengan = RM473 

Maknanya setelah 3 tahun 7 bulan program 20meter padu air percuma ini dilaksanakan,kita sudah jimat RM473
hanya beza lagi RM27 dengan BR1M tu...

Dan jumlah penjimatan ini semakin hari semakin bertambah..

Jika dikira pada bulan June 2012 nanti, apabila sudah cukup 4 tahun genap, pemberian 20meter padu air percuma ini..

Dalam masa 4 tahun (pada june nanti) Kita sudah dapat menjimatkan wang kita sebanyak RM528...
RM28 lebih dari BR1M yang diberi KALI PERTAMA oleh kerajaan BN sepanjang 54 tahun pemerintahan mereka...

Rakyat Selangor dapat merasai penjimatan ini kerana kita telah menolak BN di Selangor pada tahun 2008 lalu...

Jika BN menang pada pilihanraya tahun 2008 dulu..
sudah tentulah di Selangor tidak akan diberi 20meter padu percuma ini....

Dalam tempoh 4 tahun sahaja jumlah penjimatan wang rakyat yang dilaksanakan Kerajaan Negeri Selangor sudah melebihi RM500..


Dalam 4 tahun sahaja...
PR Selangor dapat memberi rakyat negeri tersebut dengan jumlah yang sebegitu...

BN Selangor dulu memerintah berpuluh tahun tidak pernah terfikir untuk memberikan kita 20 meter padu air secara percuma pun..

Bijak menilai...
Bijak memilih...

2 comments:

  1. umno apa yg die tahu...asik2 sex, duit dan kekayaan....rakyat kemudian...yg penting kroni2 kenyg2 dulu..barulah skrg nk ambil hati rakyat...dahlah fitnah sentiasa berlarutan....kepada semua rakyat MALAYSIA..berubahlah..demi masa depan negara yg cemerlang...insyallah...bukalah mata anda....

    ReplyDelete
  2. --->Pengiraan anggaran kasar subsidi yang di terima rakyat Selangor mengikut jumlah bil.rumah<------

    i -Bilangan bulan sepanjang pemerintahan PR di Selangor,Q=43Bulan
    ii -Harga Air,P=RM11.00/20meter padu/month
    iii-Purata rakyat selangor,X= 5,411,324orang.
    iv -Purata bilangan isi rumah di selangor,Y= 3.93
    v -Purata bilangan rumah di selangor,Z=X/Y

    Z=X/Y = 5,411,324/3.93 = 13,76927.2

    .:Purata subsidi yang diterima rakyat selangor SEBULAN,S=

    Z.P= RM5,411,323.90

    .:Purata subsidi SEPANJANG PEMERINTAHAN PR di Selangor=

    S.Q= RM232,686,928------>DALAM MASA HAMPIR 4TAHUN SAHAJA.

    KERAJAAN BN BERANI COMPARE TAK MASE PEGANG SELANGOR DULU?
    KEMANA HASIL KEKAYAAN HASIL BUMI SELANGOR? POKET KRONI KAMU KER???


    **SUMBER MATLUMAT http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=350%3Apreliminary-count-report-population-and-housing-census-malaysia-2010&catid=130%3Apopulation-distribution-and-basic-demographic-characteristic-report-population-and-housing-census-malaysia-2010&lang=bm

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive