Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 19 January 2012

AZWAN ALI "SOPAN" SELEPAS DITAHAN POLIS.


Azwan Ali yang selama ini dikenali sebagai celebriti yang  lantang dalam melontarkan kata-kata di dalam dunia hiburan,kini mendapat pengajaran baru di dalam dunia politik...


Aku pada mulanya kurang berminat nak ulas isu ugutan Azwan Ali terhadap Umi Hafilda tu..
sebab aku pun tahu tahap kelantangan dan "laser"nya mulut Azwan Ali ni...

Tapi malam tadi aku agak tertarik dengan kisah dua beradik
ni bila melihat Azwan Ali menjadi begitu bersopan dihadapan adiknya yang sudah 7 tahun tidak bertegur sapa tu...

Seluruh rakyat Malaysia sebelum ini sudah pun mengetahui Azwan Ali ada menghentam beberapa individu di dalam twitternya...antaranya...
  • Saiful Bukhari
  • Umi Hafilda
  • Najib dan Rosmah,dan juga
  • Tun Mahathir

Azwan juga secara terang-terangan menunjukkan dia sokong dan gembira di atas penghakiman mahkamah yang memutuskan Anwar Ibrahim tidak bersalah dalam fitnah liwat siri kedua...

Dia siap nyatakan di dalam twitternya bahawa dia siap melakukan solat hajat buat Anwar Ibrahim...



begitu marahnya Azwan kepada Umi Hafilda yang banyak menyebarkan fitnah

Namun...
Bila Azwan Ali membuat satu kenyataan kontroversi di twitternya,yakni  mahu  membakar mayat Umi Hafilda...

Maka peluang ini diambil oleh Umi Hafilda untuk membuat laporan polis...
polis pulak sepantas kilat membuat tangkapan terhadap Azwan Ali...

Dia disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan..

Disinilah Azwan Ali baru mengetahui betapa adiknya si Umi Hafilda tu memang "dijaga rapi oleh Kerajaan BN..."

Yang membuatkan aku tersenyum sinis adalah apabila...
Azwan Ali yang dikenali sebagai berhati keras,"berani mati"  dan bermulut lantang tu telah melakukan beberapa perkara pelik selepas di soal siasat polis...
  • Azwan terus mencari Umi Hafilda sebaik sahaja di bebaskan dari soal siasat polis..
  • Siap buat surat akuan bersumpah lagi bahawa dia tidak akan menghina Umni Hafilda...
  • Membuat pengakuan bersumpah menggunakan nama Allah dihadapan media,bahawa beliau tidak akan menghina Umi dan insan-insan lain lagi..
  • Mengatakan bahawa dia dihasut oleh pihak tertentu bagi mengeluarkan ugutan tersebut..konon-kononnya dia mendapat arahan Azmin..
  • Ingin menutup terus akaun twitternya..

Sekali kena tahan... 
Azwan yang lantang, terus jadi sopan dan terus akur dengan syarat-syarat yang ditetapkan adiknya yang sudah 7 tahun tidak bertegur sapa tu...

Dari menyokong Azmin Ali..
Azwan terus membuat kenyataan bahawa dia di "arahkan" oleh Azmin Ali...


Nampaknya Azwan terpaksa akur dengan kekuatan dan pengaruh yang dimiliki oleh Umi Hafilda demi keselamatan dan punca rezeki beliau di bumi malaysia ini...

Azwan Ali kata...
sebagai celebriti,agak sukar bagi dia untuk melakukan pengakuan dihadapan media macam malam tadi...

Jadi bila Azwan sampai sanggup melakukan pengakuan terbuka seperti itu,kita kena faham betapa dia "terpaksa" melakukannya....


P/S : aku faham.. 
tak semua orang akan tabah dan berani bila diugut...
dan Azwan hanyalah seorang artis,bukanlah seorang pejuang dalam politik....
jadi bila dia buat U-turn bertentangan dengan kenyataan dia terdahulu selepas dia di tahan polis... 
aku boleh faham..


kita semua faham akan konsep di Malaysia ini....
Anwar yang menjadi orang no. 2 dalam negara, sewaktu di dalam tahanan pun boleh di bogel dan dipukul dengan tangan terikat.. 
inikan pula kita rakyat biasa..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive