Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 20 January 2012

ANWAR JAWAB FITNAH HASSAN ALI.


KUALA LUMPUR 20 Jan: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berkompromi dengan isu seks bebas dan homoseksual serta tetap mempertahankan institusi perkahwinan di negara ini.
 
Beliau berkata demikian mengulas fitnah pihak tertentu terhadapnya ekoran satu wawancara dengan media luar negara, baru-baru ini.

Sebagai muslim dan saya yakin majoriti bukan Islam di Malaysia yakin dan percaya bahawa perkahwinan antara lelaki dan perempuan itu adalah kemuliaan insan....


Saya tidak akan mengambil sikap bermaaf dalam soal ini,” katanya di majlis kesyukuruan di rumahnya semalam.

“Ini menjawab semua bahawa kita tidak mendokong seks bebas atau homoseksual atau lesbian,” tegas beliau.

Anwar turut menyelar fitnah bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr hasan Ali kononnya beliau menyokong undang-undang homoseksual dilaksanakan di negara ini.

“Saya tegaskan dalam wawancara itu bahwa undang-undang liwat ini lapuk, jumud kerana ia diguna untuk fitnah orang, zalimi orang dan saya tidak pertahankan, tegas beliau.

“Kalau Hasan Ali kata wawancara Anwar tidak jelas dan kita minta supaya kita jelaskan tidak apa, tapi ini soal hukum dan beliau buat andaian kononnya kalau saya jadi perdana menteri saya akan sahkan undang-undang ini.

“Saya ulang bahawa undang-undang lapuk sedia ada ini memang lapuk kerana ia hanya alat pemerintah untuk zalimi dan fitnah orang demi kepentingan politik sempit mereka,” tegas beliau.

Majlis kesyukuran berkenaan yang diadakan sempena pembebasan beliau oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 9 Januari lalu, dihadiri kira-kira 500 tetamu.

Antara yang hadir bekas imam Masjid Damansara, Shamsul Firdaus, dan Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty, Pengarah Penerangan Selangor, Dr Badrul Amin Bahron...
Turut kelihatan hadir ialah bekas menteri Barisan Nasional, Tan Sri Dr Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

sumber : KeadilanDaily.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive