Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 31 December 2011

JINGGA 13 AKAN MEMOHON MENGADAP AGUNG DALAM KES JAMIL KHIR?


LAPORAN SALAHGUNA KUASA DAN PENYELEWENGAN WANG ZAKAT TERHADAP YB SENATOR JENERAL (B) JAMIL KHIR BAHAROM , DATUK CHE MAT CHE ALI DAN ENCIK SHAMSUDDIN HUSAIN 
JINGGA 13 semalam mengambil tindakan drastik membuat laporan SPRM terhadap YB Dato Seri Jeneral (B) Senator Jamil Khir Baharom....
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang berportfolio menguruskan Hal Ehwal Agama Islam.

Terhadap tindakan salah guna kuasa menggunakan wang zakat bagi tujuan yang bertentangan dengan hak

DATUK NFC CERIA SEBAB "KERJA SUDAH SELESAI",


Nampak sangat semua ni hanya lakonan semata-mata..
mula-mula dituduh merasuah polis dengan wang sebanyak RM1.75juta bagi menghalang polis daripada melakukan siasatan ke atas NFC..

Tapi bila di bawa ke mahkamah,lain pulak jadinya..
Datuk NFC ni, dituduh pulak menipu Pengerusi Eksekutif NFC,Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail., (suami Sharizat) sehinggakan Suami Sharizat mengeluarkan cek berjumlah RM1.75juta..

Ini semua wayang jer..
tengok muka Datuk NFC semasa kat mahkamah tu semalam

DUA DARJAT : RAKYAT BERLANTAIKAN BUMI vs PEMIMPIN BERKONDOKAN 9.9JUTA


Dizaman ini masih ada lagi rakyat yang mengutip makanan dari tong sampah..
tidur beralaskan debu jalan...
berselimutkan embun...
berbumbungkan langit..

 
Antara dua darjat dalam zaman moden ini bukanlah antara

Friday, 30 December 2011

DATUK "NFC" DIDAKWA, PETANG INI,SHARIZAT DAN SUAMI SELAMAT.


Pantas dan cekap je polis dan SPRM buat kerja untuk menahan,menyoal siasat dan mendakwa deorang ahli perniagaan bergelar Datuk atau pun kini dikenali sebagai "Datuk NFC"..

Lelaki berusia 45 yang sebelum ini didakwa mempunyai hubungan kekeluargaan

Thursday, 29 December 2011

BETUL KAH SHARIZAT TIDAK TAHU KEWUJUDAN KONDO 9.9JUTA DI SINGAPORE?


Macam mana seorang isteri yang juga seorang pemimpin wanita UMNO langsung tidak tahu kewujudan sebuah kondominium yang dibeli oleh suami dan anak-anaknya yang berharga RM9.9 juta di Singapura..?

Adakah Suami Sharizat pergi bercuti dan menginap di kondo mewah tersebut hanya dengan anak-anak Sharizat sahaja tanpa Sharizat..?

Adakah mereka pergi bercuti ke Singapura secara senyap-senyap tanpa pegetahuan Sharizat..?

Kalau nak katakan suami Sharizat nak buat Suprise pada Sharizat, langsung tak logik sebab pembelian tersebut sudah dilakukan hampir 2 tahun..

Takkan suaminya tak jumpa langsung waktu yang sesuai untuk men"suprise"kan Sharizat?

Menurut Ketua Koordinator Jingga 13,Fariz Musa..
"Dato' Seri Sharizat Jalil sering manafikan bahawa dia tidak terlibat dalam skandal NFC ini.."
persoalan kita sekarang ini adalah,dia pernah tidur atau tidak di dalam satu unit kondominium mewah yang dibeli oleh keluarga beliau,takkan tidak tahu...?"

"beliau sering menyatakan bahawa dia tidak tahu menahu dan tidak terlibat,dia hanya sekadar isteri Pengerusi Eksekutif NFC..."

"dan apakah beliau tidak pernah sama sekali sepanjang pembelian pada 27 January 2010 sehingga sekarang menginap atau pun menjejakkan kaki di kondominium ini..?"
tambah Fariz Musa lagi..

Video sidang akhbar di Ibu Pejabat Keadilan 2:30pm tadi..

Kalau nak menipu pun agak-agak lah kak Jat oiii...
9.9 juta kondo tu... 
takkanlah Kak Jat langsung tidak tahu mengenai pembelian yang sebesar itu..?

Rumahtangga Kak Jat ada masalah ker sehinggakan langsung tak bercakap dan berbincang dengan suami..?

Kadang-kadang bila kita dedahkan skandal pemimpin UMNO,kita akan dengar banyak alasan yang lawak tapi tak berapa nak lawak...

IKAN INI MENGGIGIT "TELUR" LELAKI SEHINGGA MATI .


Hari ini seorang lelaki British memberitahu bahawa dia berjaya menangkap sejenis ikan yang membunuh beberapa lelaki dengan menggigit buah zakar mereka..
 

Jeremy Wade, 53, menghabiskan masa berminggu bagi menangkap ikan tersebut di Papua New Guinea selepas beberapa penduduk tempatan melaporkan terdapat "binatang misteri" yang menggigit buah zakar ketika berada didalam air..

Wednesday, 28 December 2011

UJIAN DARA GADIS DI DALAM TAHANAN DIARAH HENTI.


Macam-macam perkara pelik kat dunia ni...
kat Mesir,ada pulak pemeriksaan dara bagi tahanan wanita semasa dalam tahanan di penjara tentera..
macam mana dorang check tu tidaklah pulak aku tahu..

samira ibrahim
Namun..
baru-baru ini..
Mahkamah Mesir telah mengarahkan supaya amalan memeriksa dara gadis dan wanita di secara paksa penjara tentera dihentikan..

KAJIAN PASARAN BURUH - 38% PEKERJA DI MALAYSIA BERGAJI DIBAWAH RM700


Rupa-rupanya rakyat malaysia semakin ramai  menjadi miskin bandar..

Najib boleh kata kat orang kampung bahawa program trasformasi ekonomi sebagai berjaya..

Namun hakikatnya corak pemerintahan Najib menambahkan lagi bilangan rakyat miskin..

BERAS NAIK HARGA LAGI DALAM 6 BULAN INI?


Besar kemungkinan beras akan dinaikkan harga dalam tempoh 6 bulan ini..

Dan kita dapat mengagak...
semua tu mungkin akan berlaku selepas sahaja selesai Pilihanraya ke 13..
masa tu rakyat nak marah pun marah lah..
BN peduli apa.. janji Barang Naik...

Kemungkinan-kemungkinan kenaikan harga beras ini diakui

Tuesday, 27 December 2011

PERHATIAN SEMUA!! ANDA MUNGKIN TERIMA SMS FITNAH 9 JANUARY 2012


Minta perhatian buat semua...!!
Kini..Terdapat perancangan jahat yang kemungkinannya datang dari balaci-balaci UMNO untuk memberikan tanggapan salah kepada orang ramai bahawa tarikh 9 January 2012 akan berlaku kekecohan...
Sebaran jahat ini dilakukan melalui SMS...

TPM KATA BELUM ADA KEPUTUSAN "BERHENTI" ATAS SHARIZAT


Walau sejauh mana teruknya skandal NFC ini dalam menyeleweng dana kerajaan untuk kepentingan keluarga Sharizat yang sehingga kini dijumlahkan sebanyak RM27juta telah dihabiskan untuk membeli harta yang tiada langsung kepentingan dengan lembu mahupun kerbau... 

Kerajaan Najib tetap juga tidak mahu mengambil tindakan menasihati Sharizat untuk meletakkan jawatan mahupun

SOGOK POLIS 1.7 JUTA SUPAYA TAK SIASAT NFC,TAPI TIADA KENA MENGENA DENGAN NFC?


Lelaki yang ditahan pihak polis selepas dipercayai mempunyai hubungan dengan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan melakukan cubaan merasuah pegawainya dengan sejumlah RM1.7 juta telah ditahan semula pihak polis.

Ahli Perniagaan berusia 45 tahun itu yang ditahan sejak Rabu lalu dibebaskan selepas reman kali keduanya tamat semalam.
Dia kemudiannya ditahan semula pihak polis atas dakwaan kes berlainan semalam.

Terdapat spekulasi bahawa lelaki berkenaan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Datuk Seri Dr

Monday, 26 December 2011

MOHON PINJAMAN TAPI DIHALAU KERANA TIDAK KENAL KETUA CAWANGAN UMNO


Seorang rakyat marhaen yang ingin membuat pinjaman dari Tekun untuk mengubah hidup,telah diperlekehkan oleh seorang pemimpin UMNO dihadapan orang ramai...

Pemohon tersebut Abdul Naaim bin Azaddin,48 tahun telah "disuruh balik" oleh Ketua UMNO Bahagian Jerai, Datuk Mohd Suhaimi bin Abdullah...

 Mungkin jawatan beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian Jerai sudah cukup tinggi untuk "menghalau balik" rakyat miskin yang datang untuk meminta bantuan..

Sunday, 25 December 2011

HASSAN ALI KE TV3 KERANA MAHUKAN LIPUTAN LEBIH LUAS UNTUK DIRINYA.


Seminggu dua ni kecoh pasal Hassan Ali..
Hassan Ali menimbulkan tandatanya dikalangan penyokong beliau dan ahli PAS yang lain kerana menggunakan media musuh yang paling suka buat fitnah di Asia Tenggara ni iaitu TV3...

Hassan Ali memberi ruang kepada TV3 dan UMNO untuk menggunakan kenyataan beliau sendiri bagi memburuk-

PENGHINAAN TERHADAP RAJA MELAYU OLEH TUN M [VIDEO]


Selama ni cikgu KEMAS di Kampung-kampung dimomokkan dengan fitnah jahat oleh UMNO bahawa konon-kononnya pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ni derhaka kepada Raja-Raja Melayu..

Tanpa mengetahui bahawa penderhaka besar sebenar kepada Raja-Raja melayu adalah UMNO dan Mahathir..

Mahathir adalah presiden UMNO yang paling lama sekali

Saturday, 24 December 2011

SAMUN RM20 PENJARA 36 BULAN,SAMUN RM3 JUTA PENJARA HANYA 12 BULAN


Macam mana dengan sistem keadilan negara kita ni...?
kalau pemimpin UMNO yang menyamun duit rakyat berjuta-juta macam Khir Toyo tu kena hukum penjara selama 12 bulan jer...

Semalam Khir Toyo dijatuhi hukuman penjara 12 bulan atas kesalahan mendapatkan  dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta... 
songlap RM3 juta hanya penjara 12 bulan...
Tetapi apabila rakyat biasa yang menyamun hanya RM20..
dikenakan hukuman penjara 36 bulan..

INILAH ANTARA SEBABNYA PENIAGA MELAYU TOLAK BN


Kali ini aku mahu membawa kisah seorang peniaga melayu yang terpaksa menanggung kos kenaikan harga gula..
beliau menjalankan perniagaan kecil-kecilan sebagai penjual air...

Menurut beliau...
kenaikan harga gula banyak memberikan kesan didalam hidup beliau dan juga banyak mempengaruhi pandangan beliau terhadap kerajaan BN..

Peniaga melayu tu nak kongsikan kepada kita semua

BANGUNAN BARU KEMENTERIAN SHARIZAT,SEMPAT KE NAK PANASKAN KERUSI?


Walaupun diselak kain Kak Jat berhubung skandal Fidlot yang melibatkan keluarga Kak Jat..
tapi Kak Jat masih selamber..
sebab nampaknya Najib dan UMNO seakan merestui segala penyelewengan yang dilakukan oleh syarikat keluarga beliau..

Disamping menjaga lembu fidlot,Sharizat juga tengah sibuk berpindah ke Pejabat baru Kementerian beliau
di Presint 4,Putrajaya...

Friday, 23 December 2011

HAMID OTHMAN MENINGGAL DUNIA JAM 5:00PM TADI




Al - Fatihah...

Bekas Penasihat Agama Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman, 72, meninggal dunia akibat strok di pejabat beliau di Maju Junction, di sini, pada kira-kira 5 petang tadi.

Allahyarham yang juga Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) mengalami serangan strok ketika sedang bertugas.

SPRM RAMPAS DOKUMEN DAN CPU DARI PEJABAT NFC.


Kalau kita tengok pada gaya sekarang ni...
SPRM macam dah melakukan sesuatu untuk menyiasat NFC..

walaupun dulu SPRM kata bukan bidang kuasanya dan diserahkan kepada polis...

Siang tadi..
8 pegawai SPRM telah pergi pejabat NFC dan merampas dokumen dan satu unit CPU komputer di ibu pejabat Pusat Fidlot Nasional, National Feedlot Corporation (NFC) di Solaris Mont Kiara...

Anggota SPRM yang diketuai oleh Pegawai Operasi SPRM Putrajaya,

KHIR TOYO "DIKAMBING HITAMKAN" UNTUK PRU13?


Khir Toyo telah pun dijatuhi penjara selama 12 bulan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan mendapatkan untuk beliau dan isterinya dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta, empat tahun lalu...


Khir Toyo yang merupakan bekas MB Selangor sebelum Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat tidak pernah disiasat oleh

Thursday, 22 December 2011

SUDAH HAMPIR 2 BULAN,SUAMI SHARIZAT MASIH MEMIKIRKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG?


Sewaktu skandal NFC mula-mula didedahkan...
Suami Sharizat seakan-akan garang dan membuat kenyataan...
"mahu memikirkan tindakan undang-undang ke atas Rafizi.."

Kenyataan dia tu mampu memberikan sedikit "modal" kepada ketua JKKKP untuk sembang-sembang di warung..

Tapi lepas tu dia kata nak fikir dulu..

SKANDAL NFC : "DATUK" 45 TAHUN DIREMAN.


Selepas berkali-kali membuat laporan Polis dan juga SPRM...
polis hari ini mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman seorang ahli perniagaan yang dipercayai berpangkat 'Datuk' bagi membantu siasatan kes dana Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan pembelian sebuah kondominium mewah di ibu negara.
  
Perintah reman sehingga esok dikeluarkan terhadap lelaki

PELANCARAN MARAH OLEH DATO' SERI ANWAR IBRAHIM 5 JANUARY 2012


KENYATAAN MEDIA JINGGA 13 / GERAKAN MARAH BERHUBUNG PENANGGUHAN PELANCARAN MARAH 
JINGGA 13 secara rasmi ingin memaklumkan bahawa Pelancaran MARAH di Dewan Kampung H, Kampung Pandan yang dijadualkan pada 22 Disember 2011 iaitu hari Khamis (malam ini) terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh baru iaitu pada 5 Januari 2011 berikutan beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.
Terdapat beberapa masalah teknikal yang berlaku yang menyukarkan program tersebut untuk dilaksanakan dengan jayanya.

Pihak penganjur memberi jaminan untuk menyelesaikan

HASSAN ALI TAK MAMPU MENGAKU DIA MASIH BERSAMA PAS


Hassan Ali yang namanya kembali hangat ekoran beberapa kenyataan beliau yang dilihat "sengaja cari pasal" baru-baru ini....

Hassan Ali baru-baru ini secara selamba dan "bermuka kering" telah mempetikaikan Konsep Negara Berkebajikan yang telah diputuskan di dalam Muktamar Tahunan PAS pada bulan Jun 2011..
 
Hassan Ali juga turut menuduh PAS telah tersasar dari perjuangan asal...

Wednesday, 21 December 2011

AWANG ADEK AKHIRNYA MENGAKU MEMANG ADA DUIT MASUK AKAUN PERIBADI.


Timbalan menteri kewangan Datuk Dr Awang Adek hari ini menjelaskan bahawa deposit wang ke dalam akaun peribadinya, seperti didakwa satu blog, merupakan sumbangan untuk program sosial.

Ketua bahagian Umno Bachok itu mengakui telah menerima sumbangan yang dipertikaikan itu melalui salah satu daripada tiga akaun peribadinya.

Tuesday, 20 December 2011

PERKASA UGUT TAK MAHU KELUAR MENGUNDI JIKA DAKWAT KEKAL DIGUNAKAN DI PRU13.


SPR dah setuju untuk menggunakan dakwat kekal..
ianya adalah selaras dengan tuntuan Bersih 2.0 yang meminta penggunaan dakwat kekal dalam 8 tuntutan bagi menjamin pilihanraya yang bersih...

Pengerusi SPR juga mengumumkan bahawa dakwat kekal ‘silver nitrate’ akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 nanti..

Pakatan Rakyat tak ada masalah dengan penggunaan dakwat kekal ni..

PANAS! SHARIZAT BELI KONDO MEWAH RM10 JUTA DI SINGAPURA PULAK.


Setelah mendedahkan pembelian dua unit kondo mewah oleh Syarikat milik keluarga Sharizat di bangsar dengan harga RM13.8juta...

PKR hari ini membuat pendedahan terbaru berhubung dakwaan

BUKTI BN BERKEMPEN MELALUI BIL TNB [GAMBAR]


PRU13 memang dah tak lama lagi..
sekarang ni BN sudah pun memulakan pelbagai strategi untuk menunjukkan bahawa BN ni prihatin kepada rakyat..

BN nak rakyat tahu walaupun beratus-ratus  juta wang rakyat telah di"kebas" oleh kroni-kroni mereka..
BN tetap ingat pada rakyat terutamanya apabila pilihanraya semakin hampir..

Strategi BN adalah menggunakan wang rakyat untuk memberi sesuatu kepada rakyat dan menamakannya sebagai "subsidi..."

Dan kemudiannya...

Monday, 19 December 2011

KAJIAN UM : RAKYAT TIDAK PERCAYA FITNAH TERHADAP ANWAR IBRAHIM.


Satu-satunya modal blogger upahan UMNO adalah, memfitnah Anwar Ibrahim dengan mengaitkan Anwar terlibat dalam skandal seks...

Blogger UMNO sememangnya dilihat tidak mampu untuk memikirkan isu yang lebih besar dari itu..

Kalau kita lihat dalam kebanyakan blog-blog pro UMNO ini,boleh dikatakan 95% daripada mereka memainkan

TURUN BENDERA NAJIB 5 MINIT = SALAH? HINA NABI TAK SALAH PULAK..?


Bila pemimpin UMNO seperti Mahathir menghina Nabi..
tak pulak dia disiasat oleh polis... atau pun Jakim...

Mahathir siap kata "Nabi berjanggut kerana pada zaman dulu tak ada pisau cukur gillette.."

Najib pulak kata  "negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan"

Ini..
bila Mahasiswa turunkan bendera yang ada muka Najib selama 5 minit..

KENYATAAN MEDIA JINGGA 13 & GERAKAN MARAH BERHUBUNG SKANDAL LOT TANAH NFC .


KENYATAAN MEDIA JINGGA 13 / GERAKAN MARAH BERHUBUNG SKANDAL PEMBELIAN DUA LOT TANAH OLEH NFC DI PUTRAJAYA


JINGGA 13 pada 1 Disember 2011 telah tampil membuat laporan polis terhadap kes skandal NFC apabila keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil telah melakukan pecah amanah jenayah wang rakyat bagi tujuan iaitu :

TANAH RM3,363,507 JUTA KELUARGA SHARIZAT BERSEBELAHAN SERI PERDANA?


Tanah keluarga Sharizat di Putrajaya yang dibeli melalui akaun NMLC rupa-rupanya bukanlah diceruk hutan..
bukan juga di kawasan tanah ragut untuk lembu-lembu Ketua Wanita UMNO tu..

Dan oleh kerana lokasinya jugalah maka aku tak terperanjat harga yang dibeli oleh keluarga Sharizat ni bernilai RM3,363,507 juta untuk dua lot tanah..

Mari kita tengok plan tanah ni...

Sunday, 18 December 2011

WARTAWAN UTUSAN DITANAH NMLC,PETANDA KARIER POLITIK SHARIZAT AKAN DITAMATKAN?


Pada 18 December 2011..pukul 2pm.. 
Jingga 13 telah pergi ke Putrajaya di Presint 10..
mereka pergi melawat apa yang didakwa sebagai dua lot tanah yang dibeli oleh Keluarga Sharizat melalui akaun NMLC yang bernilai RM3,363,507 juta..

Jingga 13 mendapat maklumat lengkap mengenai dua lot tanah tersebut..
dalam lawatan tersebut.. 
mereka turut membawa plan tanah sebagai rujukan...

dua lot tanah yang dibeli oleh NMLC.

INILAH GAMBAR TANAH KELUARGA SHARIZAT YANG BERNILAI RM3,363,507 JUTA


Hari ini jam 2pm..
Jingga 13  telah mengadakan lawatan ke tanah Sharizat di Presint 10 di Putrajaya..

Tanah seluas dua bidang tersebut dibeli melalui akaun National Meat Lives Corporation (NMLC)  pada tahun 2009 dengan harga RM3,363,507 juta..

Di sini aku kongsikan beberapa keping gambar lawatan ke tanah tersebut...

"JOM TENGOK TANAH KAK JAT" DARI JINGGA 13 UNTUK ANDA SEMUA.


Jingga 13 meneruskan usaha membongkar penyelewengan NFC yang telah membuatkan Menteri Kebajikan Keluarga dan Masyarakat merangkap Ketua Pergerakkan Wanita Umno, DS Shahrizat Jalil tidak senang duduk.

Terbaru, ekoran pendedahan Sdr Rafizi Ramli dan laporan polis oleh Sdr Vickneswaran (Jingga 13) mengenai pembelian dua lot tanah di Presint 10, Putrajaya iaitu lot 1886 dan lot 1887.

Jingga 13 telah menyiasat berkenaan hal ini beberapa ketika, dan dengan ini ingin turun padang untuk melihat sendiri akan kewujudan lot tanah yang dikatakan,

Justeru, Jingga 13 menjemput rakan-rakan media dan juga rakan-rakan seperjuangan yang lain untuk turut serta bersama kami hari ini, 18 Dis 2011. Berkumpul di Masjid Putra, Putrajaya jam 2 petang. Kehadiran media semua amat dialu-alukan.

Sekian. Terima Kasih.

Saifuddin Shafi
Setiausaha
Jingga 13

Saturday, 17 December 2011

PEMIMPIN MTUC "GAGAL", WAJAR ADAKAN UNDI TAK PERCAYA!




Khalid Atan..
baru setahun menjawat jawatan sebagai jawatan Presiden MTUC..

Namun begitu,beliau telah membawa perubahan yang merugikan golongan pekerja buat selama-lamanya..
perubahan yang dimaksudkan adalah "Pindaan Akta Kerja 1955" yang telah pun berjaya dipinda..

Memanglah umum melihat beliau seolah-olah turut sama memperjuangkan bantahan akta kerja ini..

LAWATAN KE TANAH RM3,363,507 JUTA MILIK KAK JAT DI PUTRAJAYA.


Umum mengetahui bahawa syarikat milik suami Sharizat Jalil ada membeli dua lot tanah di Putrajaya dengan harga RM3,363,507 juta menggunakan wang dari pinjaman wang rakyat yang sepatutnya digunakan untuk memajukan Projek Fidlot Negara..

Jadi disini..
aku ingin mengajak korang semua untuk sama-sama kita lihat tanah tersebut..

Lawatan ini juga akan turut disertai 

Friday, 16 December 2011

ISU BIAWAK HIDUP - SYED ALI ALHABSHEE DISERANG PENYOKONG SHARIZAT! [BERGAMBAR]


Hanya kerana mendesak Sharizat supaya meletakkan jawatan ekoran skandal NFC yang melibatkan wang rakyat sebanyak RM250 juta...
Ketua UMNO Cheras,Datuk Wira Syed Ali Alhabshee telah diserang oleh penyokong Sharizat...

UMNO yang sememangnya terkenal dengan budaya samsengnya telah bertindak secara samseng bagi mempertahankan Sharizat yang penuh dengan skandal penyelewengan wang rakyat...

POLIS BERDIAM DIRI TERHADAP LAPORAN SHARIZAT FIDLOT BELI MERCEDES DAN TANAH 3.4 JUTA.


Polis masih berdiam diri dan tidak melakukan siasatan terhadap laporan polis yang dibuat Jingga 13 pada 1 December baru-baru ini..
laporan polis itu dilakukan atas 3 perkara :-
  • Pembelian kereta mewah Mercedes Benz yang berharga RM534,622 yang dibeli oleh keluarga Shahrizat pada 2009.

  • Pembelian dua bidang tanah di Putrajaya yang berharga RM3,363,507 juta yang disalurkan melalui National Meat Lives Corporation (NMLC)  pada tahun 2009.

Thursday, 15 December 2011

WEBSITE URUSKAN PERCUTIAN KELUARGA SHARIZAT DITUTUP.


Semakin lari..
semakin dikejar..
semakin menyorok.. 
semakin didedah..

Sharizat kata dia akan selak kain Ketua Wanita Keadilan..
tetapi yang aku tengok sekarang ni,yang terselak kain adalah kain Sharizat jer..
sampai nampak "spender" yang dah takde getah tepi tu..

Semua yang pernah terlibat dalam skandal lembu Sharizat & family ni sekarang ni cuba menyembunyikan diri ibarat macam siput babi bila di sentuh sesungutnya..

Syarikat percutian  Impian Global Network Services

PENJARA TIDAK AKAN MENGUBAH PENDIRIAN SAYA - ANWAR.


Keputusan samada Anwar akan dipenjarakan atau tidak telah ditetapkan akan diputuskan pada 9 January 2012..

Jika dipenjarakan...
maka ini adalah kali kedua Anwar menjadi mangsa kerakusan pemimpin pemerintah yang takutkan kehilangan kuasa..

Ramai penganalisis politik menjangkakan bahawa Anwar akan dipenjarakan demi survival politik UMNO di negara ini..

SEKITAR SIDANG MEDIA "MARAH" - PENERANGAN DAN GAMBAR



Hari ini berlangsungnya sidang media kempen MARAH..
sidang media telah dibuat di HQ Keadilan...

 APA ITU MARAH...?

Mari kita lihat Serba sedikit penerangan mengenai MARAH...

Wednesday, 14 December 2011

NAJIB BERSALAH JIKA ANWAR BERSALAH - THE GUARDIAN UK.


Kes fitnah liwat kedua ini sudah hampir sampai ke penghujungnya..
tidak lama lagi kita akan mendengar pula keputusan berhubung kes tersebut..

Bagi rakyat malaysia...
sememangnya kita menganggap bahawa mahkamah di Negara ini sebagai "tidak boleh pakai" dan dipengaruhi oleh pemimpin tertentu dalam membuat keputusan..

Anggapan yang sama turut berada di dalam pemikiran di peringkat antarabangsa juga..

SKANDAL NFC : SALAH GUNA KUASA MENTERI SALUR WANG NFC SEBELUM PERJANJIAN DIBUAT KE SPRM


Sebelum ini lianglahad ada keluarkan post mengenai skandal NFC yang melibatkan menteri pertanian.. 

Maka pagi tadi...
NGO Jingga 13 membuat laporan ke SPRM berhubung skandal tersebut dan meminta SPRM menyiasat bagaimanakah wang untuk NFC boleh disalurkan sebelum

SKANDAL NFC - TESTICAL NOH OMAR DIJENTIK JINGGA 13.


Kerana Sharizat fidlot...
Testical Noh Omar akan dijentik pagi ini..
kah..kah..kah..
Tetapi bukan dia sorang jer...
ianya melibatkan 3 individu yang pernah dan sedang menjawat jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani...

Selain Noh Omar...

Tuesday, 13 December 2011

BUKTI BANTUAN RM500 UNTUK PILIHANRAYA.


Kerajaan BN ni sudah diketahui umum..
dari Perlis sampailah ke Sabah..
semua sudah tahu..
BN kalau memberi bantuan mesti ada sesuatu yang dimahukannya...

BN tak pernah memberi tanpa meminta...
bak kata Najib dalam salah satu ucapan beliau yang paling popular..  
"you help me I will help you"...

Dalam borang bantuan rakyat miskin  "Bantuan Rakyat 1Malaysia"(BR1M)..

KETUA UMNO CHERAS SEKALI LAGI MINTA SHARIZAT LETAK JAWATAN.


Sharizat ni kalau ikut main catur dah "checkmate" dah...
segala penyelewengan telah didedahkan..
dan segala pendedahan telah pula diakui oleh suami beliau sendiri..

Malah dakwaan pembelian unit kondominium mewah telah dikuatkan lagi oleh kenyataan suami beliau sendiri yang mengakui membeli 2  unit kondo dengan harga RM13.8 juta..

POLIS BERBARIS IRINGI ANWAR IBARAT MENYAMBUT PM.


Semalam adalah hari pertama penggulungan hujah bagi kes fitnah liwat siri kedua..
bermacam-macam kejadian berlaku di sekitar Mahkamah Tinggi Jalan Duta..

Ada yang lucu... 
dan ada juga kejadian yang terlahir dari sifat "kebangangan..." hehehe..

Semasa Anwar diberitakan akan keluar dari bilik mahkamah...

Monday, 12 December 2011

ISTANA ORANG KANAN SATIM DIMAN DI CELAH-CELAH RUMAH KAMPUNG [VIDEO]


Baru jadi orang kanan Satim Diman... 
rumah dah besar macam istana..?

Petang tadi..
selepas aku balik dari mahkamah Jalan Duta untuk bersama-sama rakan mengikuti perkembangan penggulungan hujah pihak pembela dalam kes fitnah liwat siri kedua ciptaan UMNO..
aku ke Puchong untuk berjumpa dengan rakan-rakan di sana..

Apabila aku melalui kampung-kampung di tepi sungai Kelang di batu 13 Puchong tadi..

SEKITAR PENGGULUNGAN HUJAH KES FITNAH LIWAT SIRI KEDUA. [GAMBAR]


Hari ini adalah hari penggulungan hujah kes fitnah liwat siri ke - 2..

Penggulungan yang sepatutnya dibuat pada 23 dan 24 November 2011 telah ditangguhkan dan dimulakan pada hari ini...di hadapan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Sekitar gambar di Mahkamah Jalan Duta....
Syed Shahir turut hadir memberikan sokongan.

Rafizi Ramli

Azmizam juga turut hadir di mahkamah.

Ketua Koordinator Jingga 13,Fariz Musa.

Orang ramai menanti dengan penuh sabar.




YB Shuhaimi Shafie

YB Tian Chua

Jingga 13 turut hadir memberikan sokongan.

Pejuang yang kental.. YB Nurul Izzah.

YB Zuraidah.


Sunday, 11 December 2011

SHARIZAT PERLU LETAK JAWATAN,SKANDAL NFC MEMALUKAN UMNO-KETUA UMNO KALABAKAN


Sharizat sekali lagi didesak oleh pemimpin BN supaya meletakkan jawatan..
desakan terbaru ini datangnya dari Ketua UMNO Kalabakan,Datuk Abdul Ghapur Salleh..

Datuk Ghapur
“Ini adalah isu paling besar yang berlaku dalam sejarah kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak...

ANWAR PERSOALKAN BLOGGER KAKI FITNAH UPAHAN UMNO NAIK KAPAL ALTANTUYA


Anwar pertikaikan sikap kerajaan yang membenarkan blogger kaki fitnah yang selalu membawakan cerita rekaan dan tidak benar, naik kapal selam Scorpene..

....Kapal selam yang menyebabkan akhirnya Al Tantuya di bunuh kejam..

Menurut Anwar...
kehadiran penulis blog pro-Umno di kapal selam Scorpene itu mungkin telah menyebabkan keselamatan negara dikompromi.

Saturday, 10 December 2011

CINA KELANTAN SOKONG HUDUD,UMNO BILA NAK SOKONG?


Orang Cina pun ramai yang sudah tahu hukum hudud tidak akan menjejaskan mereka..
hanya UMNO dan MCA sahaja yang kata hudud akan menjejaskan ekonomi dan juga bangsa Cina...

Nampaknya,orang Cina di Kelantan jauh lebih bijak dari orang UMNO yang berbangsa Melayu mamak yang dikatakan beragama Islam...

Seorang peniaga Cina...
Lok Eng Holk, 60 tahun...

SHARIZAT ENGGAN KOMEN SARANAN TUN M YANG MINTA BELIAU UNDUR


Mahathir,sebelum ini pernah memberikan komen mengenai skandal NFC yang melibatkan Ketua Wanita UMNO,beliau memberikan "signal" kepada Sharizat agar berundur sebelum "dihalau" oleh parti...

Beliau juga berkata...

KETUA PENDAKWARAYA FITNAH LIWAT 2 LETAK JAWATAN.


Isnin dan Selasa depan (12 & 13 dec 2011)
adalah tarikh yang ditetapkan untuk mendengar hujah perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Dijangka juga penampilan terakhir Ketua Pendakwaraya Fitnah liwat II iaitu Peguamcara II...
Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mewakili pihak pendakwaraya dan Pejabat Peguam Negara...

JANGAN SAMPAI KENA HALAU,PESAN TUN M PADA SHARIZAT.


Bila aku tengok dah ramai orang minta Sharizat Fidlot ni berundur...
aku ingatkan Sharizat akan berundur...
rupanya dia buat keras dia jer...

Sharizat diam seribu bahasa selepas dari Perhimpunan Agung UMNO hari tu..
baca artikel ni..

Friday, 9 December 2011

MB KEDAH HANYA AKAN DITENTUKAN NAJIB,UMNO KEDAH TAK ADA HAK.


BN menyimpan hasrat untuik merampas Kedah pada PRU13 nanti..
bagi aku tak salah jika mempunyai impian yang sebegitu..
asalkan jangan menipu dalam pilihanraya dah ler..

Tapi jika menang nanti..
UMNO Kedah tidak mempunyai suara dalam menentukan siapakah yang akan menjadi MB Kedah..

Semuanya hanya akan bergantung sepenuhnya kepada keputusan Najib..

ISLAM DI PULAU PINANG LEBIH DIHARGAI DIZAMAN PAKATAN [GRAF]


Sememangnya kita semua bersyukur kerana kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang ini prihatin terhadap masalah-masalah agama Islam...
banyak bantuan disalurkan untuk hal ehwal agama Islam di Pulau Pinang..

BN yang memerintah sekian lama di Pulau Pinang sebelum

Thursday, 8 December 2011

KEK TAIK, UMNO BUAT SESUATU DILUAR BATAS ISLAM DAN MELAYU


Dengan berlakunya penyerahan hadiah kek tahi oleh UMNO Pulau Pinang..
maka dapatlah kita sahkan..
bahawa UMNO kini mengamalkan budaya yang kotor..
budaya yang jijik...

Satu budaya yang tidak pernah diajar di dalam Islam..
hatta,budaya melayu adalah jauh dari apa

PARTI "KITA" AKAN TETAP BERTANDING PRU 13.


Parti Kita akan tetap bertanding didalam PRU13 ni nanti..
tetapi mereka akan bertanding di kawasan-kawasan tertentu..

Menurut AJK Pusat Parti Kita,Zamil Ibrahim,
"parti Kita akan meletakkan calon di kawasan di mana peluang Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat untuk menang adalah seimbang."

Sehubungan itu...

SHARIZAT DIAM KERANA MAHU ISU SKANDAL FIDLOT "LENYAP"


Selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO..
Sharizat kembali menyepi... 
orang suruh dia letak jawatan,dia diamkan diri jer.. 

Masa berucap di Perhimpunan Agung Wanita..
bukan main lagi.. 

Seolah-olah dia nak telan Rafizi Ramli dan juga Ketua Wanita Keadilan,YB Zuraidah..

Wednesday, 7 December 2011

DAKWAT KEKAL - ULAMA' BIMBANG SPR GUNAKAN AGAMA.


Sebelum ini aku ada suarakan kebimbangan tentang perlaksanaan dakwat kekal dalam PRU13 ini..
baca artikel ni [DAKWAT KEKAL,BENGAPNYA SPR]

Aku ingat aku sorang jer yang berperasaan sedemikian..
rupa-rupanya Dr.Asri juga sependapat dengan aku..

Bekas Mufti Perlis
Dr. Asri (gambar) juga bimbang sekiranya SPR menggunakan alasan agama untuk tidak menggunakan dakwat kekal pada PRU 13 ini..

Dr.Asri dalam kenyataannya

KEKAYAAN TAIB MAHMUD DI MALAYSIA SAHAJA RM4.6 BILION


Kekayaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Malaysia sahaja dilapor sebanyak U$1.46 bilion (RM4.6 bilion), melalui pemilikan aset korporat di 14 syarikat.

Maklumat itu didedahkan sebuah NGO  berpengkalan di Switzerland, Dana Bruno Manser (BMF) yang berkempen menentang rasuah di Sarawak.

DAKWAT KEKAL,BENGAPNYA SPR


Isu dakwat kekal ni kalau kita tengok macam tak berapa nak jadi jer..
sebab banyak sangat kenyataan-kenyataan bodoh yang dikeluarkan oleh SPR..

Memanglah aku tahu mereka kata mereka kini sedang melakukan proses pembelian dakwat kekal tu..
tapi prosesnya pun kita tak tahu sebab SPR rahsiakan dari negara mana dakwat kekal tu akan dibeli..

Tuesday, 6 December 2011

GAJI POKOK KELUARGA SHARIZAT RM215,000 SEBULAN


Memang betul ler kata orang kampung aku yang sekarang ni pegang jawatan Ketua Pemuda UMNO,
dia kata kalau nak senang hidup kat dunia ni masuklah UMNO...

Dia cakap macam tu sebab dia ni dapat banyak projek daripada UMNO..

DAP KUASAI NEGARA DAN NASIB MELAYU AKAN "GERHANA" - PENJELASAN.


UMNO kini dilihat sudah kehabisan modal untuk mendapatkan sokongan..
Muhyiddin sendiri mengaku UMNO kini berada tahap kritikal bagi menghadapi PRU13..

UMNO hanya ada satu talian hayat sahaja..
iaitu pengundi melayu di kampung-kampung dan Felda..

Jadi untuk mendapatkan undi melayu..

BUDAYA CIUM TENYEH HIDUNG UMNO [GAMBAR]


Budaya salam cium tenyeh hidung tunduk hormat ni sudah menjadi satu budaya dalam UMNO..
jumpa pemimpin mesti diagungkan ke tahap "raja"...

Pemimpin tu korup ker..
kaki maksiat ker..
kaki sebat duit rakyat ker..

kalau salam..wajib cium tangan.. 
kalau jilat jari pemimpin tu lagi bagus..

Monday, 5 December 2011

HUDUD DILAKSANAKAN,PASARAN SAHAM AKAN JATUH - PRESIDEN MCA


Semalam...
bertarikh 4 December 2011...
telah diadakan forum mengenai Hudud dan Implikasi ke atas bukan Islam di Malaysia..

Forum yang diadakan di Ibu Pejabat MCA itu turut diertai oleh Ustaz dari UMNO Fathul Bari Mat Jahaya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive