Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 30 November 2011

PEMUDA UMNO RAYU PEMIMPIN DAN AHLI UMNO PERTAHANKAN SHARIZAT


Pemuda UMNO menggesa ahli-ahli UMNO dan pemimpin parti supaya mempertahankan Sharizat...

Pemuda UMNO masih nak pertahankan Sharizat walaupun tahu Sharizat tu bersalah menggunakan kedudukannya sebagai menteri untuk mendapatkan projek lembu bernilai RM250 juta..?

Menurut Ketua Penerangan Pemuda UMNO,Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican...

"Ahli-ahli Umno perlu tampil mempertahankan Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam apa jua cara daripada serangan Pakatan Rakyat dalam isu projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).." 

Beliau turut menambah...
parti utama Barisan Nasional itu telah tiba di paras kritikal menjelang pilihan raya umum ke-13 dan oleh itu ahli-ahli parti mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk mempertahankan “keluarga” mereka.

Beliau yang buat-buat percaya bahawa Sharizat tiada kena mengena dengan NFC berkata..
“Shahrizat tiada apa-apa kaitan dengan apa yang berlaku dengan NFC. Biar siasatan dan undang-undang menentukan.
“Bagi parti, kita mesti mempertahankan keluarga kita, bukan apabila orang kita cedera, kita mengecam mereka.” 

Nampaknya, UMNO ni dah sampai tahap kepada sanggup mempertahankan penyelewengan pemimpin UMNO demi survival parti mereka..

Tak kira bersalah atau tidak.. 
Pemuda UMNO lebih mementingkan "nama" pemimpin walaupun duit rakyat habis di kebas oleh pemimpin tersebut..


FORUM HINA HUDUD MCA TETAP AKAN BERLANGSUNG 4 DEC INI.


MCA akan tetap juga meneruskan forum yang akan menghina hudud iaitu hukum Allah di Pejabat mereka..
pendirian MCA itu dilihat sebagai langsung tidak menghormati perasaan umat Islam di negara ini..

Forum yang akan diadakan itu,kalau korang nak tahu adalah satu forum yang akan membincangkan..
  • Perlaksanaan hudud akan menyebabkan ekonomi negara terjejas..
  • Orang bukan Islam akan mendapat kesan yang buruk jika hudud dilaksanakan..
  • Kegagalan hudud di negara-negara seperti Iran,Pakistan dan Afghanistan
Sebelum ini lianglahad pernah mengeluarkan satu post berkenaan dengan isu ini..
Apa yang tidak dapat kita faham..
UMNO selaku wakil parti yang beragama Islam tidak dapat menasihatkan MCA supaya membatalkan forum ini..

MCA nampaknya akan tetap meneruskan forum ini..
dan ini boleh dilihat pada "even calendar' parti tersebut di laman rasmi MCA..
lihat sini..[ MCA events calendar ]


Ayat-ayat Allah akan dihina oleh MCA..
MCA adalah salah satu daripada parti komponen BN..
UMNO yang merupakan parti terbesar dalam BN hanya mampu berdiam diri..

Memang betul le UMNO ni hanya memperjuangkan bangsa je..
Agama tolak tepi...
betul le dakwaan isu agama memang bukanlah isu utama dalam UMNO. 

Orang kampung tahu tak ni..?

SHARIZAT YANG BELA LEMBU,TAPI DIA SURUH KAK WAN LETAK JAWATAN PULAK.


Sharizat gunakan pentas Perhimpunan Agung UMNO bagi mengalihkan isu yang sedang dihadapinya...

Apabila Sharizat tidak dapat lagi menyangkal dakwaan keluarganya sememangnya mendapat projek ratusan juta dan projek itu pula telah gagal tergolek...

Beliau menyuruh pulak Kak Wan dan YB Zuraidah letak jawatan...

Dia juga tak dapat nak menjawab kenapa kondo mewah dibeli menggunakan duit yang sepatutnya digunakan untuk ternakan lembu,sehingga menghabiskan RM13.8 juta untuk tujuan tersebut..
Sharizat kata dalam ucapannya..
dia dah tak larat nak senyum dah..
mungkin senyum dia tu senyum yang dibuat-buat supaya dia tak nampak marah,mengelabah dan resah ketika penglibatan keluarganya di dalam skandal pusat ternakan lembu fidlot yang memakan belanja sebanyak RM250 juta itu di dedah...

Makna dari kenyataan Sharizat tu adalah dia kini berada dalam tahap tertekan..
mungkin juga kerana dia bimbang sekiranya ada perwakilan yang secara spontan membahaskan isu lembu ni semasa perhimpunan agung UMNO yang sedang berlangsung ketika ini...

Kalau ada perwakilan yang membahaskan..
alamat jatuh dari kerusi tergolek kebelakang ler dia..

Untuk mengalihkan isu lembu supaya perwakilan Wanita UMNO tidak membincangkan isu lembu,maka Sharizat telah mengeluarkan kenyataan lain pula..


Malaysian Insider.

Siapa yang patut letak jawatan ni..?
Siapa yang menghabiskan duit rakyat..?
Siapa yang beli kondo mewah guna duit dari pinjaman mudah untuk ternak lembu..?
Siapa yang mendapat pinjaman mudah duit rakyat tapi gagal dalam perniagaan sekaligus merugikan duit rakyat?
Siapa yang menggunakan jawatan sebagai menteri dan mendapatkan projek ratusan juta bagi pihak suaminya..?

Yang aku sangat pasti...
yang menghabiskan duit rakyat dan menggunakan kedudukan untuk melobi projek tu
dah tentulah bukan YB Zuraidah.. dan juga bukan Wan Azizah...

Jangan nak alih isu sebenar wahai Sharizat...
Orang kampung pun sekarang dah ada internet...

Pembaca utusan dan penonton setia TV3 boleh le ko tipu...

BUDAK-BUDAK DIUPAH UNTUK DIJADIKAN BAHAN SUPAYA TV3 DAPAT MEMFITNAH "WALK FOR FREEDOM"


Memang dasar orang yang tidak tahu halal haram,dosa pahala...
matlamat menghalalkan cara mereka..
bagi mereka apa sahaja patut dilakukan asalkan kemenangan dipihak mereka..
azab neraka.. belakang cerita..

Blogger Milosuam telah berjaya membongkar tektik jahat media TV3 yang besar kemungkinan didalangi oleh parti berkeris untuk memalukan perhimpunan "walk for freedom" yang dianjurkan oleh peguam seluruh negara.

Pihak tertentu yang berniat jahat sanggup mengupah budak-budak untuk hadir sementara di sekitar perhimpunan aman tersebut untuk diambik gambar mereka sebagai kononnya turur bersama dengan peserta perhimpunan "walk for freedom"..

Berikut artikel dari milosuam..
ARTIKEL sebelum ini di MiLo SuaM ada mendedahkan bagaimana sekumpulan budak-budak bawah umur muncul di saat orang ramai berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja sebelum berarak ke parlimen rujuk sini [budak-budak]

Memang agak "suspicous" kenapa budak-budak bawah umur ini memakai baju kuning, kemudian membawa banner menyokong seksualiti merdeka? Seperti ada agenda tersembunyi.


Oleh kerana tidak berpuas hati, maka salah seorang aktivis Jingga 13 bersama seorang wartawan wanita dari Suara Keadilan pergi menemubual mereka.

Mereka mendakwa memakai baju kuning kerana menyertai satu program konvoi "suka-suka" ke Melaka dan singgah di situ (parlimen) juga kerana "suka-suka" atau saja-saja.

Pada mulanya mereka tidak mengaku memakai baju kuning, tapi akhirnya mereka menjelaskan bahawa mereka membuka baju kuning tersebut kerana "panas".

Semasa ditanya adakah mereka tahu perhimpunan apa yang sedang berlangsung? Mereka menjawab tidak tahu dan mereka tidak layak menyertai perhimpunan itu.

Saksikan video rakaman temuramah tersebut di bawah ini.

Rupa-rupanya segala persoalan ini terbongkar. Budak-budak bawah umur ini memang sengaja diupah untuk menyamar kononnya sebagai penyokong Bersih 2.0 (baju kuning), juga menyamar sebagai "penyokong seksualiti merdeka" (bawa banner).

Peranan TV3 Al-Musyrikin pula menyebarkan berita palsu kononnya "Walk for freedom 2 walk" atau perhimpunan membantah akta perhimpunan aman 2011 dan Bersih 2.0 menyokong Seksualiti Merdeka (atau kebebasan seks kata TV3).

Saksikan laporan Buletin Utama di bawah ini.

Tambah menguatkan lagi bukti pembohongan Buletin Utama ini, budak-budak bawah umur yang dilaporkan sebagai penyokong Bersih 2.0 oleh TV3 dilihat membakar baju-baju yang mereka pakai.

Penyokong Bersih 2.0 kejadah apa kalau bakar baju kuning yang menjadi simbolik sokongan terhadap Bersih 2.0?



Inilah cara perangai jahat TV3 yang merupakan media rasmi penjilat UMNO hingga ke lubang jubur...
rakyat bukan bodoh...
semua orang dah bijak menilai...
hanya mak cik felda yang ada bendera UMNO kat bumbung rumahnya jer yang percaya dengan pembohongan ni..
 
Sumber : Milosuam.

PERWAKILAN UMNO PERLU KEMUKAKAN FAKTA-FAKTA INI KEPADA SHARIZAT DAN MINTA BELIAU NAFIKAN.


Perhimpunan taukey-taukey melayu UMNO di PWTC sudah pun bermula semalam, 29 November..

Perhimpunan yang juga akan jadi acara tidur beramai-ramai itu akan turut disertai oleh Ketua Wanita UMNO yang juga merupakan bini kepada pengembala lembu NFC..

Masih banyak maklumat mengenai NFC yang perlu perwakilan UMNO tanyakan sendiri pada Sharizat.. 

Sebab sebelum ini beliau asyik cuba mengelak untuk menjawab secara panjang lebar isu NFC ni..
beliau biasanya hanya menjawab...
  • "saya tak ada kena mengena dengan NFC.."
  • "memang betul Dato' Seri Dr Mohamad Salleh Ismail Pengerusi NFC tu suami saya,tapi NFC tak ada kena mengena dengan saya"
  • "memang betul anak saya jadi pengarah NFC,tapi saya tetap tak ada kena mengena dengan NFC".
Para perwakilan Wanita UMNO haruslah bangkitkan fakta-fakta berkaitan Fidlot & NFC semasa perbahasan..
dan tanyakan pada Sharizat semasa Perhimpunan Agung UMNO ini apakah fakta-fakta ini benar..?

Kerana fakta-fakta ini adalah fakta yang tidak disangkal oleh keluarga Sharizat ni...

Fakta-fakta tersebut adalah..
  • Dana RM250 juta dimasukkan ke akaun NFC.
  • NFC mendapat pinjaman mudah dari kerajaan RM250 juta.
  • Kos lembu yang diternak pada tahun 2009 bernilai RM4,481 seekor.
  • NFC berbelanja RM827,579 bagi lawatan ke luar negara dan elaun keraian.
  • Diskaun RM2.9 juta diberi pada tahun 2009 termasuk kepada Restoran Meatwork milik keluarga Sharizat Jalil.
  • NFC rugi RM 7 juta pada tahun 2008 dan rugi RM11 juta pada tahun 2009.
  • Dana dari NFC disalur kepada NMLC dan RFC milik penuh keluarga Sharizat.
  • Penyalahgunaan dana untuk membeli unit kondominium di One Menerung,Bangsar.
Jika perkara ini dibangkitkan semasa perbahasan sudah tentulah Sharizat perlu menjawab kesemuanya tanpa dapat mengelak..

Perwakilan UMNO haruslah berani kemukakan fakta ini semasa berbahas dan minta Sharizat nafikan semua fakta tersebut sekiranya tidak benar...

Aku harap perwakilan ada keberanian untuk menyentuh isu Fidlot ni...

PRU 13,NAJIB ANGGAP PILIHANRAYA "LUAR BIASA" ,MUHYIDDIN ANGGAP UMNO KRITIKAL.


Najib menganggap PRU 13 kali ini sebagai pilihanraya "luar biasa" di dalam sejarah BN..

Aku rasa sudah tentulah Najib sudah mendapat taklimat dari risikan UMNO dan juga risikan pihak SB-SB yang selama ini sememangnya diketahui kerap menjadi agen risikan bagi pihak kerajaan dan juga UMNO..

malaysian Insider


Apabila Najib sudah ke tahap menggambarkan PRU 13 ini sebagai "luar biasa" maka dapatlah kita gambarkan apa maklumat yang yang sudah diterima oleh pihak BN dan UMNO..

Sudah tentulah BN menyedari bahawa Penguasaan Putrajaya adalah 50/50 antara BN dan Pakatan Rakyat..
kali ini,BN tidak mampu mendabik dada seperti PRU-PRU yang lalu..

Kalau dulu..
BN tak cakap soal 50/50 untuk menguasai kerajaan..
dulu BN hanya bercakap isu majoriti 2/3 sahaja..
seolah-olah,kemenangan sudah dalam tangan...
itu dulu....

Sementara itu Timbalan beliau pula.. 
si Muhyiddin Yassin, mengakui UMNO kini berada dalam keadaan kritikal..
Dalam ucapannya ketika merasmikan sayap Puteri,Wanita dan Pemuda UMNO..
beliau berkata...

"Sesungguhnya...
kita sedang berada dalam satu situasi yang amat kritikal...
Pilihan raya umum ke-13 adalah ibu segala pilihan raya yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu. Apakah kuasa politik kekal berada di tangan kita? 
Atau akan terlepas ke tangan orang lain?”

Itulah antara inti pati ucapannya yang sungguh tidak memberangsangkan  itu... 

Baca sini.. Malaysian Insider.
 
Antara kajian yang dibuat oleh pihak UMNO sendiri yang sampai ke telinga aku adalah..
Pakatan Rakyat diramal berjaya menang 122 kerusi Parlimen..

Korang fikir sendirilah..
Parlimen ada 222 kerusi jer..
Jika Pakatan menang 122 kerusi akan jadi apa...?
kah..kah..kah..

Dalam PRU 13 ni..
Memang UMNO wajib takut pada tahap makam ke sepuluh...


Tuesday, 29 November 2011

DUA FAKTOR PRU 13 MALAYSIA MUNGKIN DIADAKAN LEBIH AWAL - FIRMA JEPUN.


Dua aspek utama yang menjadi faktor-faktor penganalisis politik menjangkakan PRU13 mungkin akan diadakan secepat mungkin iaitu dalam tempoh 6 bulan akan datang ni...

Menurut firma Nomura dalam laporannya mengenai prospek 2012 Malaysia...
Faktor-faktor itu adalah,
  • Kemerosotan persekitaran ekonomi.
  • Pertambahan 3.2 juta pengundi muda jika PRU diadakan pada awal tahun 2013.
Mengenai faktor ekonomi...
Firma itu menjelaskan, selaku ekonomi berorientasikan eksport ketiga utama di Asia selepas Hong Kong dan Singapura, Malaysia terdedah kepada kesan kemungkinan kelembapan di China.

“Dalam senario sedemikian, Malaysia akan berakhir dengan kedudukan mudah terjejas,” kata laporan itu sambil menambah... 
tiga enjin pertumbuhan iaitu..
  1. ekonomi sektor awam dan swasta, 
  2. eksport pengeluaran dan 
  3. sumber-sumber komoditi 
ketiga-tiga enjin pertumbuhan ekonomi ini kemungkinan besar akan berada di kedudukan yang lebih lemah.


Bagaimanapun kerajaan seperti biasa,tidak mahu mengaku kelemahan tetap mempertahankan bahawa ekonomi akan kekal tidak mudah luntur meskipun wujudnya masalah fiskal di negara-negara maju di Eropah...

Faktor pengundi baru seramai 3.2 juta..
Menurut Firma penyelidikan Jepun itu, pertambahan pengundi baru sejak pilihan raya umum 2008 bermakna akan wujud persaingan sengit dalam mendapatkan sokongan.

Pengundi muda ni aku tengok ramai yang sokong Pakatan Rakyat..


Laporan Nomura juga berkata...
dengan pengundi-pengundi layak meningkat sebanyak 1.9 juta kepada 16.3 juta pada akhir suku pertama tahun ini dan peningkatan pengundi-pengundi layak boleh mencecah 3.2 juta pada suku pertama 2013.

“Dengan mengambil kira 2.58 juta tidak keluar mengundi pada pilihan raya umum 2008...

Kami menganggarkan bahawa bilangan mereka sebenarnya mengundi boleh mencecah 9.43 juta...

Satu bilangan yang signifikan, yang pada pandangan kami kemungkinan akan meningkatkan saingan memandangkan perikatan yang memerintah hanya menang dengan majoriti 384,688 undi pada 2008,” kata laporan itu.

Nomura juga menyebut kemungkinan bukan semua pengundi yang layak akan mendaftar sebagai pengundi dalam pilihan raya umum ke-13.

Sumber : Malaysian Insider

LAGI TAHANAN MATI DALAM LOKAP POLIS


Seorang lagi tahanan mati didalam lokap..
Seorang lelaki yang disyaki penagih dadah meninggal dunia selepas pengsan di pusat tahanan sementara Bukit Jalil petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki berumur 50 tahun itu ditemui pengsan di lokapnya pada 3.45 petang sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur oleh anggota polis yang bertugas.


"Bagaimanapun, doktor yang merawatnya mengesahkan lelaki itu meninggal dunia pada 4.14 petang di bilik kecemasan.


"Siasatan awal mendapati si mati tidak mengalami sebarang kecederaan luaran dan ditahan atas reman kes narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras sejak 23 Nov lepas," katanya dalam khidmat sistem pesanan ringkas malam tadi.


Polis seperti biasa..
mengaku polis tidak ada kena mengena dengan kematian tersebut mahupun mana-mana kematian tahanan di dalam lokap sebelum ini..


Mendiang Kugan yang jelas banyak kecederaan luar pun polis menafikan bukan kerja polis...


Jadi kita kena akui polis malaysia ni kalau buat soal siasat,mesti sama macam dalam drama Gerak Khas tu...
kah..kah..kah..


sumber : malaysiakini

Monday, 28 November 2011

JAMIL KHIR MINTA MB KEDAH JELASKAN ISU MADRASAH SALIHIAH - INI PENJELASANNYA


Jamil Khir ni hanya pandai nak bising dalam isu-isu  agama di negeri Pakatan Rakyat jer..
kalaulah isu tu benar-benar satu masalah besar kepada umat Islam dan benar-benar menyalahi syariat Islam takper le jugak..

Isu ni adalah isu yang sudah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kedah sendiri..
bukan MB Kedah pandai-pandai buat keputusan sendiri..
semuanya dah dirujuk kepada Majlis Fatwa Kedah...

Apa lagi yang Jamil Khir tak faham ni..?
Malaysiakini

Kalau korang nak tahu.. 
Madrasah ni akan diganti dengan surau...
bukannya diroboh dan tidak diganti..

Madrasah Salihiah ini hanya waktu zohor dan asar sahaja yang ada orang datang bersolat...
waktu Subuh,Maghrib dan Isya' takde sorang jemaah pun...


Waktu zohor dan Asar tu pun hanyalah dihadiri beberapa orang dari pekerja Syarikat Takaful di kedai berhampiran..

Jadi dah tentulah akan lebih ramai orang yang akan datang bersolat (manafaat lebih besar) di surau baru apabila kawasan itu dibangunkan nanti..

MB juga menerangkan bahawa Majlis Agama Islam Kedah sudah pun menerima pampasan sebanyak RM1.48 juta dari pemaju..
nilai pampasan tersebut adalah mengikut nilai pasaran semasa...

Walaupun membayar pampasan...
pemaju tetap juga bersetuju dengan syarat Majlis Agama Islam Kedah yang mewajibkan pemaju menggantikan Madrasah yang dirobohkan itu dengan sebuah surau di tingkat bawah bahagian luar bangunan Aman Central...

Maknanya...
para Qariah tidak perlu masuk ke Pusat Membeli belah Aman Central untuk mendirikan solat..
Surau yang menggantikan Madrasah Salihiah itu pula boleh memuatkan jemaah seramai 400 orang dalam satu-satu masa...

Lainlah ceritanya kalau kerajaan Kedah robohkan Madrasah tu, kemudian tidak menggantikannya dengan apa-apa..
itu barulah korang patut nak marah..

Madrasah ini akan digantikan dengan sebuah surau yang lebih besar dan selesa..
kemudian surau itu pula dapat dimanafaatkan oleh lebih ramai orang berbanding dengan Madrasah lama..

Mari kita tengok video penerangan oleh MB Kedah ni sendiri.. 

Kalau kita ni berfikir secara bijak dan tidak mempolitikkan isu ini..
dah tentulah kita tahu bahawa surau baru itu akan membawa manafaat yang lebih besar kepada umat Islam setempat.

HINA DAN NAK LEMPANG KETUA PENEROKA FELDA,SAMAD PENDEK DITUNTUT MINTA MAAF


Samad pendek atau pun lebih dikenali sebagai Isa samad telah didakwa menghina Ketua Peneroka Felda yang juga seorang ahli lembaga pengarah agensi itu dengan perkataan seperti...
jika budak kecil, saya dah lempang”, 
munafik”, 
pembohong”, 
penipu” dan 
jika saya jumpa saya akan luku dia”,

yer.. perkataan-perkataan itu telah dikeluarkan oleh Isa Samad,orang yang diberikan kepercayaan oleh pentadbiran BN untuk menerajui Felda...

Isa Samad ni pernah digantung oleh selama 6 tahun oleh Lembaga Disiplin Parti UMNO kerana mengamalkan politik wang semasa pemilihan bagi jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu pada tahun 2004..

Isa samad didakwa melakukan penghinaan kepada Pengerusi JKPP itu pada satu taklimat di Kuala Pilah awal bulan ini.

Menurut Shamsuddin Othman, “Ini kali pertama seorang Pengerusi Felda mengeluarkan kata-kata menghina seorang ketua peneroka, bukan sahaja pemimpin peneroka, saya kira keseluruhan peneroka rasa terhina dengan kenyataan Tan Sri Isa,”.

Korang boleh tengok rakaman video hinaan Samad Pendek tu dibawah ni


Rakaman ucapan Isa turut ditayangkan pada sidang media yang dihadiri oleh sembilan naib pengerusi JPP Wilayah dan Gerakan Persatuan Wanita.

Berdasarkan kandungan ucapannya...
Isa didapati mendakwa bahawa Shamsuddin yang diturut dipanggil sebagai “Pas Sam” tidak faham-faham meskipun sudah berkali-kali dijelaskan mengenai proses penyenaraian Felda Global Ventures.


Shamsudin (gambar), 59, 
dari Felda Wilayah Johor Baru berkata...

Isa mengeluarkan kenyataan itu ketika memberi taklimat mengenai penyenaraian Felda Global Ventures di Kuala Pilah bagi peneroka-peneroka Felda Wilayah Raja Alias pada 12 November lalu.

“Saya akan lantik peguam dan akan memberi masa 14 hari kepada Isa agar meminta maaf. Oleh kerana beliau mengeluarkan kenyataan itu secara terbuka, di khalayak ramai, maka saya mahu beliau meminta maaf secara terbuka di lima akhbar tempatan,” kata beliau lagi.

Shamsuddin yang memegang jawatan Pengerusi JKPP sejak 15 tahun lalu dan sebagai ahli lembaga pengarah sejak lima tahun lalu berkata, beliau menyedari Isa mengeluarkan kata-kata berbuat mengaibkan itu pada sebelah malam 12 November.

“Tetapi saya tidak mengambil apa-apa tindakan, saya pun tidak menghubungi beliau... 
hanya berharap beliau akan akan menghubungi saya dan meminta maaf...
saya harap beliau tahu kesilapan beliau dan tahu apa yang patut dilakukan, tetapi sehingga kini tidak berbuat demikian.

“Jadi, saya terpaksa mengambil tindakan ini, memaklumkan kepada media. Saya mahu beliau memohon maaf dalam 14 hari... 

saya rasa saya telah dihina dan diaibkan dengan kata-kata ini,” kata beliau yang akan memutuskan tindakan susulan selepas tempoh itu berakhir.

Shamsudin sambil menafikan tindakannya dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau parti politik berkata, “saya mahu beri beliau (Isa) peluang.”

Kenyataan media yang dikeluarkan menyebut Isa tidak layak menerajui Felda.

“Malah, boleh disimpulkan cakap-cakap beliau bahawa usaha-usaha beliau lakukan untuk kebaikan peneroka tidak lebih sekadar menanam tebu di bibi,” katanya.

Dah jadi macam ni pun melayu felda masih tak mau sedar-sedar lagi siapa pengerusi felda tu..
mesti Pak Sam ni pulak akan disalahkan oleh UMNO felda..
apa pun penyangak tetap jugak selamat sebagai Bos felda...

Sunday, 27 November 2011

SARANAN SHAMSUL UNTUK JAWATAN PM DAN BERSIH 3.0 YANG PERLU KITA FAHAM


Saranan Ketua AMK,Shamsul Iskandar atas dua isu di dalam Kongres PKR baru-baru ini banyak disalah ertikan oleh ramai orang..
isu yang dibangkitkan oleh Shamsul adalah :-
  • AMK akan buat demo jika Anwar dipenjarakan..
  • AMK cabar UMNO pinda perlembagaan persekutuan PM hanya untuk melayu.
Dua isu ini banyak membuatkan orang tertanya-tanya apakah yang mahu disampaikan oleh Ketua AMK ini..

Dua isu ini pula disalah ertikan sebagai :-
  • Shamsul mahu adakan demo Bersih 3.0 jika Anwar dipenjarakan.
  • Shamsul mahu jawatan PM hanya untuk orang melayu.
Aku tak dapat nak faham bagaimana orang parti tidak boleh faham kedua-dua isu ini..

Isu pertama..
korang baca ni dulu..
lihat artikel dari Malaysiakini..

Dah baca..?
Aku sewaktu mula-mula baca kenyataan Shamsul ni aku dah faham dah..
dia kata "Perhimpunan itu akan dijalankan SEBELUM satu lagi perhimpunan untuk menuntut pilihanraya adil,Bersih 3.0.."

Aku siap hightlightkan perkataan "sebelum" tu dengan warna merah..
agar korang faham maksudnya adalah, sebelum bersih 3.0 akan ada lagi satu perhimpunan jika Anwar dipenjarakan..
OK jelas..? clear..?

Meh kita sembang lak isu kedua yang disalahertikan..
orang kata  Shamsul ni racist sebab minta UMNO gubal perlembagaan persekutuan supaya hanya orang melayu sahaja jadi PM..

lihat artikel dari Malaysian insider ni dulu..


Ok...
Isu ni sebenarnya hanyalah cabaran perli kepada UMNO..
kan ker UMNO selama ni beriya-iya sibuk ke pelusuk kampung kata UMNO lah pejuang Melayu..
Kerana UMNO lah melayu maju..
kerana UMNO lah bla..bla..bla..

Silap-silap UMNO nak kata kita lahir sebagai melayu pun sebab UMNO jugak..
hehehehe...

Jadi cabaran dibuat oleh Shamsul..
jika benar UMNO ni hebat sangat nak bela orang melayu,pinda ler perlembagaan persekutuan agar hanya melayu je yang jadi PM..

ni tak.. hanya gebang jer kata bantu melayu,majukan melayu..
yang dibantu dan maju adalah kroni UMNO jer..

Soalnya adalah,UMNO takkan berani buat pindaan tersebut walaupun UMNO sibuk kata 
hidup melayu..
hidup melayu..
hidup melayu..

jadi..
kalau korang nak tahu..
itu hanyalah cabaran perli dari AMK kepada UMNO..
Shamsul pun tahu UMNO takkan berani pinda punya..
jadi janganlah UMNO sibuk nak kata UMNO segalanya untuk orang melayu..

Korang pernah dengarkan, kalau anak panjat pokok pastu jatuh cedera..
mak budak tu marahkan anaknya,
"ha,panjatlah lagi..panjatlah lagi.."
maksud mak tu bukanlah dia suka anak dia tu panjat pokok lagi,tapi sajer je nak perli anak dia tu..
supaya lain kali beringat..

Lagi pun Anwar dah jelaskan isu ini melalui kenyataannya semalam..
rujuk sini kenyataan Anwar, malaysiakini 

Isu yang mudah jadi payah sebab kita payahkan..
penjelasan aku ni bukanlah bermakna aku sokong kedua-dua isu tersebut atau pun menunjukkan aku sokong Ketua AMK..
tetapi sekadar menjelaskan...

ISU LEMBU HANYA ASAM GARAM,TAK JEJAS SAYA - KATA SHARIZAT FIDLOT.


Ketua Wanita UMNO hari ini menegaskan bahawa isu lembu fidlot yang telah menghabiskan berjuta-juta duit rakyat itu hanya sebagai asam garam dalam kehidupan beliau berpolitik..

Isu itu langsung tidak mengganggu kepemimpinan beliau dalamWanita UMNO..

malaysian insider
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini menambah...
"kurang penampilannya pada majlis atau media sejak kebelakangan adalah kerana bercuti dan kebetulan cuti tahunannya diluluskan awal dan ia berlaku ketika isu NFC timbul".

Beliau juga tidak muncul pada satu majlis rasminya di ibu negara petang semalam dan digantikan oleh timbalan menteri...

Sharizat juga cuba menggambarkan sekali lagi bahawa keluarganya layak dapat projek berkenaan dengan menyatakan keluarganya sudah berusaha keras...

Dalam satu kenyataannya, "Saya ingin tegaskan, kami (keluarga Shahrizat) bukannya begitu lemah...saya rasa keluarga saya tidak sepatutnya dilemparkan dengan tuduhan sebegini kerana keluarga saya telah bekerja keras, tetapi itu bukan perkara pokoknya.

Jadi..
fahamlah kita..
pemimpin UMNO ini langsung tidak terjejas...

walaupun keluarganya sendiri dapat projek bernilai RM250 juta..

walaupun syarikat ini mengaku tiada pengalaman dalam ternakan,tetapi hanya syarikat suami Ketua Wanita UMNO ini yang dapat projek berkenaan.. 

Walaupun syarikat suami Sharizat ini telah ternyata gagal dalam mencapai sasaran 60,000 ekor lembu setahun...

walaupun keluarganya membeli kondo mewah yang langsung tiada kaitan dengan bidang ternakan lembu..

walaupun syarikat milik suaminya ini pernah memberikan sejumlah RM26,400 sebagai wang perbelanjaan Sharizat..

Sharizat mengaku beliau tidak terjejas...
duit rakyat terjejas tak..?

Apa lagi...
UMNO sendiri tidak menganggap isu yang membabitkan ratusan juta dut rakyat ini sebagai salah..
maka menjadi wajiblah atas kita menolak satu kepimpinan yang menyokong gejala rasuah dan penyelewengan wang rakyat...

Saturday, 26 November 2011

RESPON DAN PENJELASAN AZIZ BARI BERHUBUNG TITAH SULTAN SELANGOR


Aziz Bari hari ini memberikan respon titah Sultan Selangor semalam berhubung isu zakat Selangor...

Beliau menafikan ada mengeluarkan kenyataan berhubung isu zakat di Selangor tidak diaudit.
“Saya tak pernah hentam pengurusan zakat Selangor sebagaimana yang dititahkan,” kata pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu...

“Saya tidak kata zakat di Selangor tidak diaudit...
Apa yang saya komen ialah kebimbangan yang wujud ekoran pindaan itu dan ia  mungkin berlaku di masa depan,” jelas beliau.

Tegas beliau, “saya tidak membuat apa-apa tuduhan, saya tidak buat apa-apa komen mengenai kedudukan pengutipan dan laporan zakat itu sekarang".

Minggu lepas beliau memberi komen tentang pindaan kepada enakmen mengenai pengurusan masjid dan zakat oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan cara Tuanku menitah para Ahli Dewan Undangan Negeri agar tidak menentang pindaan itu.

“Saya telah banyak membuat kajian mengenai institusi beraja. Saya juga membayar zakat dan fitrah di Selangor. Saya mahu zakat diurus dengan baik...
Dua perkara ini melayakkan saya membuat komen.

 “Dua isu itu saya fikir tidak kena di sisi perlembagaan.... 
Ini kerana ia memberi terlalu banyak kuasa dan ia boleh disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu yang menggunakan nama Tuanku...

Kuasa mutlak itu termasuk dalam soal pengurusan masjid dan zakat.

“Tegasnya saya tidak melakukan apa yang dititah oleh Tuanku semalam...
Saya menyatakan kebimbangan di masa depan. Saya tidak membuat tuduhan atau cuba mengelirukan rakyat.

“Apa pun saya sedia mengadap Tuanku jika dikehendakki. Saya fikir Tuanku berhak dan perlu mendapat input yang luas dan berbeza.

“Mungkin ada maklumat yang tidak saya ketahui. 
Sebab itu saya ulangi saya bersedia mengadap Tuanku jika dititahkan,” katanya.

Betul jugak apa yang dikatakan oleh Aziz Bari tu..
contohnya UMNO.. 
sikit-sikit guna nama Sultan..
sikit-sikit menyorok dibalakang nama Sultan...

Elok juga kalau Sultan menerima mengadap Aziz Bari ni..
sebab media UMNO memang dikenali sebagai media yang banyak sangat melaporkan sesuatu yang tidak tepat....


Friday, 25 November 2011

PEMUDA UMNO BERKEPALA BOTAK RASMI MAJLIS SEKOLAH?


Pemuda UMNO berkepala botak rasmi majlis Anugerah di Sekolah Rendah..?
terkejut aku bila menerima email petang tadi...
macam mana boleh jadi macam tu..?

Pemuda UMNO yang botak ni rupa-rupanya merupakan Ketua Pemuda UMNO bahagian Tanjung Malim...
tapi macam mana pulak Ketua Pemuda UMNO ni boleh merasmikan Majlis Anugerah kat Sekolah Rendah..?

Dia bukan sesiapa pun...
dia cuma ada jawatan dalam parti sahaja...
sedangkan majlis di sekolah tu tak melibatkan apa-apa parti pun..
Itu adalah Majlis Anugerah Kecemerlangan pelajar.
ibu bapa yang datang pun ada yang terdiri dari UMNO dan juga PAS,dan mungkin juga ada dari orang PKR..

Jadi apa rasionalnya UMNO terlibat nak rasmi majlis tu lak ni..?

Ingatkan orang poltik tidak boleh membawa nama parti mereka bila berada di dalam Majlis Sekolah..
ni siap nyatakan kat banner di pentas tu nama jawatan dia sebagai Ketua Pemuda UMNO..

Aku faham ler jika Adun atau pun Ahli Parlimen yang datang rasmikan..
aku tak kisah...
walaupun Adun atau Ahli Parlimen tu datang dari mana-mana parti sekalipun... 

Kerana mereka tu mewakili rakyat dan penduduk setempat..
asalkan mereka jangan kempen politik dan membawa "parti" ke dalam Sekolah untuk rasmikan acara...

Ni Ketua Pemuda UMNO jer..
aku difahamkan dia tu bukan wakil rakyat pun...
apa barang...
kepala botak lak tu...
poyo jer aku tengok....
orang kampung lak tu layan dia macam dia tu YB lak...

Takkan aku nak kata pihak sekolah ni bangang lak..?
tak nak le sampai kata tahap macam tu kan..


lianglahad difahamkan...
Ketua Pemuda UMNO yang berkepala botak ni siap umumkan dalam ucapan dia bahawa dia menyumbangkan RM500 untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan ni...

kah..kah..kah..
memang poyo... sepoyo misai jarang dia...

Korang tengok je lah gambar-gambar yang dikirimkan kepada aku ni...

Macam tak bersalah jer pihak sekolah ni letakkan jawatan Ketua pemuda UMNO tu sebagai perasmi majlis

tengok muka dia ni membuatkan marah aku hilang... poyo tahap makam ke lapan.. :)

apa layaknya dia menyampaikan anugerah cemerlang dan membawa nama parti ke dalam sekolah..?

Ini bukan kali pertama UMNO ni buat macam ni..
dah selalu dan kerap sangat..
tengok sini...
Kalau UMNO yang bawa nama parti mahupun lambang parti ke dalam sekolah.. 
tak apa dan tak jadi salah...

Tapi kalau Pakatan Rakyat yang melakukan perkara yang sama..
dah tentulah akan kecoh dalam akhbar mengatakan pakatan semai politik dikalangan budak-budak sekolah..

Macam mana yer kita nak sedarkan UMNO ni..?


HAMPIR SEBULAN DIKEBUMI, ANJING MASIH TIDAK MAHU MENINGGALKAN KUBUR TUANNYA [VIDEO]


Seekor anjing disebuah perkampungan kecil di Negara China menyentuh hati orang ramai apabila ia setia menanti di kubur tuannya yang meninggal dunia pada awal bulan ini...

Tuannya seorang warga emas yang bernama Lao Pan berusia 68 tahun..
beliau tiada saudara mara lain selain...
hanya anjing inilah yang menjadi teman hidupnya sehingga akhir hayat beliau..

Anjing tersebut di khabarkan tidak mahu meninggalkan tapak perkuburan sejak kematian tuannya.. 
anjing itu juga tidak makan selama seminggu hanya kerana mahu menunggu di kubur tuannya..
Apabila penduduk kampung menyedari keadaan ini,mereka mula membawa makanan dan air untuk anjing tersebut..

Walaupun pernah beberapa kali penduduk kampung melakukan usaha-usaha supaya anjing itu meninggalkan kubur tuannya,anjing itu akan tetap kembali semula ke kubur tuannya... 

Nilai sebuah KESETIAAN...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive