Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 31 October 2011

SOI LEK HINA AL QURAN,JINGGA 13 BUAT LAPORAN POLIS


Jingga 13 telah membuat satu laporan Polis pada pukul 2:44pm tadi berkenaan dengan isu penghinaan hukum hudud oleh Presiden MCA,Dato' Seri Dr. Chua Soi Lek baru-baru ini..
MCA adalah salah satu Parti komponen Barisan Nasional (BN)..

Chua Soi Lek dalam kenyataannya mengatakan pelaksanaan hukum hudud akan menyebabkan pelabur tidak akan datang melabur di negara ini dan menakutkan masyarakat bukan Islam..

Maka apabila Perkasa dan NGO "Himpun" yang hanya pandai berhimpun bagi tujuan "tertentu" dan kepentingan tertentu hanya mendiamkan diri dari bersuara...

NGO Jingga 13 mengambil tindakan membuat laporan Polis bagi membolehkan siasatan dijalankan ke atas Chua Soi Lek yang dilihat mahu mewujudkan ketegangan agama di negara ini selain menghina dan memperlekehkan hukum yang diturunnya oleh Allah SWT.

penghinaan terhadap hudud sama seperti penghinaan terhadap Al Quran...

laporan polis oleh Jingga 13:- 

Kepada Perkasa dan NGO Himpun yang "memilih-milih" isu bagi kepentingan BN sahaja,elok lah buat sesuatu supaya tidak dilihat hanya sebagai kuda tunggangan BN dan UMNO semata-mata..

Perkasa hanya diamkan diri..
kerana yang mengutuk Hukum Allah ini adalah seorang Presiden MCA..
seorang yang berpengaruh di dalam BN...

Artikel penghinaan hudud oleh Chua Soi Lek..

UMNO diamkan diri jer ker..?

Saturday, 29 October 2011

PERBANDINGAN PENTADBIRAN BN & PR MENGURUS HASIL NEGERI


Aku harap pembaca utusan dan penonton setia TV3 yang selama ini hanya mendapat maklumat yang salah tentang isu semasa negara dari dua media yang sangat suka "membodek" UMNO tu,buka mata kali ni..

Penyokong - penyokong PR memberikan sokongan kepada PR bukan saja suka-suka..
kita tahu akan tahap kemampuan dan kecekapan pengurusan pemimpin-pemimpin PR dalam mentadbir Negeri mahupun Negara..

UMNO sudah 54 tahun menunjukkan bahawa perjuangan mereka hanyalah lebih tertumpu kepada bagaimana mahu mengenyangkan kroni dan diri masing-masing..
maka sudah cukuplah kita bagi peluang kepada mereka selama 54 tahun ini...

Kerajaan Negeri PR telah menunjukkan kecekapan mereka mentadbir,dan keperihatinan mereka terhadap hasil-hasil negeri untuk rakyat, yang selama 54 tahun dibawah BN,hasil negeri dikeluarkan untuk kroni sahaja..

itulah sebabnya hasil negeri semasa dibawah BN sangat kurang jumlahnya,kerana rakyat dapat 10% kroni dapat 90%...

mari kita lihat apakah perbezaannya kedua-dua pentadbiran BN dan PR ini..

Mari kita tukar kerajaan pada PRU13 kali ini..

sumber : Anak Sungai Derhaka

Friday, 28 October 2011

KERANA MENTERI,IBU TUNGGAL SUKAR MENCARI REZEKI UNTUK ANAK-ANAKNYA.


Kerana tidak menghadiri satu majlis yang dihadiri oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar...
lesen sekumpulan peniaga telah digantung...
cerita ni sudah dibawa oleh blog sahabat Milo Suam awal bulan october baru-baru ni..
dalam sekumpulan peniaga tu,terdapat juga seorang ibu tunggal...

Peniaga ni bukannya orang yang kerja di pejabat...
bukan bertali leher..
bukan duduk di kerusi empuk..
bukan duduk goyang kaki di dalam bilik yang berhawa dingin..
bukan ada pendapatan tetap...

hujung bulan belum tentu ada duit...
awal bulan pun belum tentu jugak ada duitnya..
dalam keadaan berniaga pun kadang-kadang terputus juga rezeki...
inikan pulak apabila langsung tidak dapat berniaga... 

jadi, nak menyekat rezeki golongan peniaga yang begini hanya kerana ketidakhadiran mereka ke satu majlis yang dihadiri oleh Noh Omar pada 19 September lalu.. 
memang tidak patut dan amat kejam sekali... (malaysiakini)
 

Bagus jugak pertanyaan YB Shuhaimi Shafiei tu...
Noh Omar nak tanggung makan minum dan pakai anak-anak peniaga tu ker..?

Difahamkan bahawa..
ibu tunggal tersebut hanya mendapat pendapatan melalui perniagaan di pasar tani itu semata-mata..
maka kini beliau dalam kesusahan kerana hilang punca rezeki..

berbaloikah dia diambil tindakan sedemikian rupa..?
inikah yang dimaksudkan oleh UMNO dan BN Rakyat di dahulukan..?

Mereka semua ni memang tidak pernah mahu memahami  keadaan rakyat bawahan..

HARGA TIKET MAHAL MENJADI PUNCA WEBSITE F.A.M. DIGODAM.


Laman web F.A.M. telah digodam oleh individu yang marahkan F.A.M kerana menaikkan harga tiket perlawanan akhir piala malaysia..

Individu tersebut mungkin juga mewakili ribuan rakyat Malaysia yang merasakan harga tiket tersebut mahal dan sengaja dibuat begitu untuk mengaut keuntungan yang besar semata-mata...

korang semua boleh ke link http://www.fam.org.my
untuk melihat web tersebut...

Siap letak gambar babi lagi kat logo rasmi F.A.M.
kalau tengok pada kata-kata yang tertera pada laman web F.A.M ni... individu tersebut memang marah betul dengan tindakan F.A.M menaikkan harga tiket perlawanan...

bagi aku..
padan muka pun F.A.M ni...

Thursday, 27 October 2011

IBRAHIM ALI DESAK MCA DAN GERAKAN BERKAWAN DENGAN PERKASA


Ibrahim Ali semakin terdesak dengan kedudukan beliau menjelang PRU13 nanti..
beliau pun rasanya sudah jelas dan faham bahawa beliau tidak mungkin akan menjadi calon mewakili BN..

Tapi walaupun macam tu..
logik ker Ibrahim Ali nak desak supaya pemimpin-pemimpin BN supaya berkawan dan berbaik-baik dengan Perkasa..?
Ibrahim Ali gesa MCA dan Gerakan supaya berkawan dengan Perkasa... hehehe...

tu kira macam nak ngugut secara halus ler tu..
supaya Najib selaku pengerusi BN jadi takut...
dan terus mahu berbaik-baik dengan Ibrahim Ali dan terus menjadikan dia calon BN dalam PRU13 nanti...
kah..kah..kah..
pak him..pak him..

TMI

Kalau BN mencalonkan Ibrahim Ali sebagai calon mereka dalam PRU nanti,maka seolah-olah BN telah mencalonkan Rosmah Mansor sebagai calon PRU I3...

Memang akan kalah punya.. kalau kedua-dua dicalonkan..
cuma bezanya kalau kak mah jadi calon,
orang-orang miskin kat kampung mungkin akan dibekalkan dengan beg tangan Hermes Birkin...

sekurang-kurangnya,dapat ler juga letak pucuk paku,petai,pucuk pegaga dalam beg tu...
kira-kiranya lebih kurang macam beg ni ler yang mungkin dorang akan dapat...

kak mah punya ada sama macam ni tapi kaler pink kalau tak silapnya..
Menjelang PRU 13 ni..
katak-katak semuanyer tak senang duduk...
ada yang nak bakar gereja..
ada yang ugut orang supaya berkawan dengan mereka..
ada yang sanggup jadi munafik menyokong sekular sedangkan dulunya dia yang menentang sekular..

perasan gak yang sekarang ni selalu hujan...

Wednesday, 26 October 2011

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA,SETIAP TAHUN DUIT RAKYAT DIBELASAH TANPA KEINSAFAN


Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata,segala kepincangan yang berlaku dalam kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan akan diuruskan mengikut peraturan yang sepatutnya bagi mengelak perkara yang sama daripada berulang..

“Kami sedang mengambil tindakan susulan ekoran laporan (Ketua Audit) dan akan bertindak mengikut peraturan,” kata beliau lagi dengan penuh keyakinan.

Boleh dikatakan...
setiap tahun, apabila laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan memang akan terdedahlah  kelemahan jabatan-jabatan kerajaan pusat yang tidak pernah diketahui oleh orang kampung dan termasuklah juga Tok Sidangnya..

dan setiap kali itulah juga akan keluar kenyataan-kenyataan dari "bos-bos" mereka yang berjanji perkara tersebut akan diuruskan dengan baik dan tidak akan berulang...



Meh kita tengok sekejap,betul ker dorang semua ni ambik iktibar atas semua yang berlaku pada tahun-tahun sebelumnya..?

Mari kita tengok...
Laporan ketua Audit Negara bagi bagi tahun 2006..
ada kepincangan tak..?
UTUSAN
 

Tahun 2006 punya audit.. 
Najib siap kata konon-kononnya semua ketua Jabatan dan kementerian wajib jawab..

seolah-olah dorang prihatin ler dengan apa yang berlaku tu....
dan kalau dilihat dari keadaan tersebut,dah tentulah Laporan ketua Audit Negara pada tahun 2007 menjadi lebih baik..
kerana mereka telah ditegur dan janji untuk berubah...

Jadi meh kita tengok pulak laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2007..
UTUSAN
yang ni pun adalah hasil dari Laporan Audit Negara bagi tahun 2007..
UTUSAN
agak-agak korang semua..
dorang berasa insaf dan mahu berubah tak...?
mari kita tengok pulak,Laporan bagi tahun 2008...
UTUSAN
yang aku tengok untuk 2008...
lagi teruk..lagi jahanam...
hanya orang yang kekurangan aliran darah ke kepalanya sahaja yang mampu membuat perkara macam tu..
beli 2 buah lap top dengan harga RM84,640..?
hilang akal ker haper..?

Orang kampung dan Tok sidang masih seperti biasa..
masih menaruh harapan kepada pentadbiran kerajaan BN..
mereka masih yakin, bila menteri-menteri dan SPRM menjalankan siasatan ke atas jabatan-jabatan ni... maka semuanya akan berubah menjadi baik dan semuanya akan insaf...  

keyakinan sia-sia seperti itulah yang ada dalam kepala orang kampung... dan kerana keyakinan yang sia-sia itulah yang mampu buatkan BN bertahan sehingga sekarang..


sama ler jugak dengan Laporan ketua Audit Negara pada tahun 2009.. SPRM siap bukak 13 kertas siasatan lagi...
ingat sesajer ker SPRM nak bukak kertas siasatan..?
walaupun aku tahu akhirnya kertas siasatan tu tak kemana pun..
Malaysiakini
memang banyak penyelewengan,dan pegawai-pegawai kerajaan ini seperti tidak pernah INSAF.. 

nak tengok kepincangan Laporan Ketua Audit Negara 2010 pulak,baca sini , sini dan sini
mungkin mereka merasakan bahawa ketua mereka pun sama juga seperti mereka...

dari orang No.1 sehingga lah ke pegawai rendah... 
semuanya jenis baka yang sama
maka tiadalah nilai keinsafan walaupun seringkali Audit Negara mendedahkan kepincangan-kepincangan yang berlaku..

ITULAH KERAJAAN BN ADANYA...

Tuesday, 25 October 2011

MSN BELI KUDA BERHARGA RM4JUTA,TAPI TAK BOLEH BERTANDING KEJOHANAN


Majlis Sukan Negara (MSN) pun tidak mahu ketinggalan dalam membuat lawak bodoh dalam pentadbiran mereka..
mereka pun mahu terlibat sama seperti Jabatan Taman Laut Negara dalam memperabihkan duit rakyat...

Jabatan Taman Laut Negara membeli teropong malam dengan harga RM56,350 [rujuk sini]

Mungkin cara beginilah duit kita di"tiris"kan sebanyak RM28bilion setahun seperti yang dikatakan oleh Anwar tu..
 golongan songkok tinggi tahu tak kes-kes yang macam ni...?


Pada Februari 2007...
MSN telah diminta untuk membeli enam ekor kuda bagi tujuan WEC 2008 dengan mendahulukan peruntukan sedia ada dan agensi itu telah membelanjakan RM1.98 juta bagi tujuan itu.

Pada Jun tahun yang sama...
Kementerian Belia dan Sukan telah menetapkan spesifikasi dan bilangan kuda untuk ditambah sebanyak 17 ekor lagi menjadi 23 ekor untuk pertandingan tersebut.

Menurut laporan Ketua Audit  Negara, Tan Sri Ambrin Buang, melaporkan bahawa kuda-kuda tersebut tidak dapat bertanding kerana tidak mendapat latihan yang mencukupi memandangkan peroleh kuda dibuat dua bulan sebelum kejohanan.

ISN (Institut Sukan Negara) sepatutnya merancang perolehan dengan mengambil kira tempoh latihan yang diperlukan bagi setiap kuda untuk memenuhi syarat kelayakan FEI.

“Ini telah menyebabkan sebahagian besar kuda yang diberi tidak dapat menyertai (World Endurance Championship) WEC 2008,” katanya.

Pegawai-pegawai di Malaysia ni..
memang bijak-bijak belaka...
orang miskin melopong tengok cara kerajaan belanja duit rakyat...
orang miskin tetap juga miskin...

RM375 JUTA DUIT RAKYAT LESAP AKIBAT SILAP KIRA KOS!


Sebanyak RM375 juta duit rakyat terpaksa dikeluarkan atau dalam erti kata lain terpaksa diperabihkan bagi menanggung kos tambahan pengambilan tanah akibat "salah kira kos..

Silap atau tidak silap..
salah atau tidak salah kira kos tu aku tak pasti..
sebab yang dapat projek besar-besar ni biasanya "satu geng" jugak... bukan orang lain..
bukan orang PKR..
bukan orang PAS atau
bukan orang DAP pun...
belah depa jugak ler..
songkok tinggi jugak...

biasanya kalau nak kebas duit rakyat memang akan keluar bermacam-macam alasan yang boleh dikategorikan sebagai bodoh..


Silapnya dikatakan bermula dari syarikat konsesi Senai-Desaru Expressway Bhd (SDEB) menganggarkan kos pengambilan balik tanah hanya berjumlah RM365 juta sedangkan jumlah akhir yang dibayar adalah sebanyak RM740.6 juta iaitu perbezaan sebanyak 102.9 %...

THE MALAYSIAN INSIDER

Boleh demam kita dibuatnya...
kalau beza harga 100k ker... atau 200k ker
aku boleh terima lagi..
ini lebih dari sekali ganda...

Dalam laporannya...
Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata, pada pendapat pihaknya Lembaga Lebuh Raya (LLM) tidak meneliti perancangan pembinaan lebuh raya dan aggaran kos pengambilan balik tanah menyebabkan berlakunya pertambahan kos yang ketara.

“Ini menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kos pengambilan balik tanah yang berjumlah RM740.6 juta iaitu peningkatan sejumlah RM375.6 juta atau 102.9 %.

menurut ketua audit lagi..
“syarikat konsesi tidak membuat anggaran kos pengambilan balik tanah projek lebuh raya ini dengan tepat dan realistik.” 

Apa yang geng-geng ni pandai adalah, nak kira berapa nak letakkan harga tol..
yang ni dorang tak pernah nak silap..


Itulah yang payahnyer jika berpolitik sambil berbisnes  sesama kengkawan ni..

last-lastnya.. 
duit rakyat juga yang habis...
rakyat berkali-kali ditipu..
tapi rakyat bersongkok tinggi masih tetap jugak nak mengundi dacing sewaktu PRU...

tak serik-serik...

Monday, 24 October 2011

TEROPONG MALAM JABATAN LAUT BERHARGA RM56,350 ?


Seperti biasa..
Malaysia suka melakukan keajaiban dengan perkara-perkara yang tidak dapat dijumpai di negara-negara lain dalam dunia ni..

Dari Jet yang tiada enjin sehinggalah wanita "gumuk" yang menabung dari kecil untuk membeli cincin dengan harga USD24juta..
itu belum masuk lagi kapal selam yang tak mahu menyelam...
semua itu memang hanya boleh didapati di malaysia sahaja..

Terbaru,Jabatan Taman Laut Malaysia membeli sepasang teropong versi malam dengan harga RM56,350..



Selain dari "benda-benda" tu..  
Jabatan Taman Laut Malaysia guna duit rakyat Malaysia untuk membeli dua benda ni...
  • Komputer riba dan pencetak warna yang berharga RM3,428 pada harga RM11,845 (lebihan 246 %)
  • Hand-held portable VHF Transceiver yang berharga RM1,561 pada harga RM4,324 (lebihan 177 %)
Mengikut laporan ketua audit..
jabatan tersebut tidak membuat kajian harga pasaran bagi peralatan-peralatan tersebut..

Maknanya...
andaikatalah Jabatan tersebut (JTLM) nak beli aircond 2.0 hp...
kalau supplier kata harga aircond tu RM15 ribu pun..
dorang akan tetap beli jugak.. 
sebab dorang ingat memang itulah harga pasaran semasa di Malaysia ni...

aku tak ler nak kata yang dorang ni bodoh...
tapi itulah gambaran yang kita boleh dapat daripada peristiwa ni..

Begitulah antara al kisahnya bagaimana ketirisan RM28 bilion duit rakyat dihabiskan setiap tahun...

hmmm...
Pegawai-pegawai JTLM ni nak lawan harga beg Kak mah nampaknya...

NAJIB AKAN DISAMBUT DENGAN DEMO DI UIA.


Lawatan Najib ke UIA esok akan disambut dengan Demontrasi oleh pelajar-pelajar UIA yang berang dengan tindakan pihak UIA menggantung pakar undang-undang UIA, Professor Dr Abdul Aziz Bari. 

Menurut Pengerusi SMM Ahmad Syukri Ab Razab,
"Kita akan minta perdana menteri campur tangan untuk lepaskan Aziz Bari dari tindakan gantung tugas.

"(Kita minta perdana menteri) beri maklum balas terhadap isu ini dan supaya perdana menteri gesa kementerian pengajian tinggi bertegas dalam isu kebebasan akademik.

Ahmad Syukri juga berkata gabungan kumpulan pelajar itu turut merancang untuk membuat satu lagi perhimpunan berhubung isu sama pada November.


Bagus..
memang elok di dibuat di depan muka Najib sendiri..
biar dia tahu..

Aziz Bari digantung tugas berikutan kenyataan beliau terhadap titah Sultan Selangor berkenaan dengan isu Pemeriksaan gereja yang berlaku pada awal bulan Ogos yang lalu.

Selain digantung tugas, Aziz Bari juga dilarang berada di dalam kawasan UIA dan berhubung dengan mana-mana kakitangan dan mana-mana pihak yang ada kepentingan dengan universiti itu.

Seolah-olah Aziz Bari ini melakukan kesalahan yang besar pula..
padahalnya dia hanya mengulas tentang titah Sultan Selangor sahaja..
dan isu itu telah dimainkan oleh UMNO supaya kelihatannya Aziz Bari ini telah derhaka kepada Sultan Selangor..

Apa dia kenyataan Aziz Bari tu..?
baca kenyataan beliau ini,dan fikirkan adakah beliau benar-benar telah menderhakai Sultan Selangor..?

"tindakan Sultan Selangor untuk campur tangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja itu bukan sesuatu tindakan yang biasa terjadi."

"sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campur tangan tetapi ini perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam." 
- Aziz Bari

Aku tak nampak apa-apa kenyataan yang derhaka yang dikeluarkan oleh Aziz Bari tu..
biasa sahaja..
sedangkan Umar Al Khatab pun ditegur oleh seorang wanita yang berniqab dan Amirul mukminin langsung tidak marah dengan teguran tersebut...

mau merah muka Najib tu esok..

USAHA KARAM SINGH MEMBELA LYNAS DAPAT BALASAN DATUK.


"Duta" kepada Lynas Malaysia SDN BHD Karam Singh Waliar
telah mendapat gelaran Datuk..
makanya,tidak sia-sialah pengorbanan beliau untuk membela syarikat Lynas sehinggakan beliau membuat liputan ke Australia bagi membela Lynas ini..

Perjuangan beliau terhadap Lynas sangat besar...
pengorbanan beliau terhadap rakyat Pahang juga besar..
beliau berjaya mempertahankan Lynas sekaligus  membuatkan harga hartanah dikawasan tersebut jatuh.

Beliau juga berjaya membuatkan rakyat Pahang dan Malaysia berdepan dengan risiko kerana sisa buangan radioaktif terpaksa dilupuskan di Malaysia...
ini ekoran Menteri Western Australia, Hon Norman Moore telah memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia... 
syabas Malaysia..

Karam Singh Waliar sangat bagus,sehinggakan beliau sokong keputusan Kerajaan untuk tidak mengenakan cukai terhadap Lynas selama 12 tahun.. 

sebuah syarikat yang memberikan impak besar kepada persekitaran kita tidak dikenakan cukai selama 12 tahun..? syabas Malaysia..

Mari kita dengar apa yang ingin disampaikan oleh Mat Salleh ini kepada rakyat Malaysia terhadap isu Lynas.


Dan mari kita dengar apa pula yang ingin dikatakan oleh Karam Singh Waliar yang baru sahaja mendapat gelaran Datuk..



Kah..kah..kah..

Sunday, 23 October 2011

VIDEO GADAFI DISAAT AKHIR NYAWANYA.


Video yang menunjukkan Gadafi ini ditahan dan dipukul,diseksa sehingga mati amat menyedihkan kita..
mungkin benar dia zalim..
kerana selama ini itulah yang digambarkan oleh media barat..
dan mungkin juga tidak sezalim seperti yang digambarkan..

Aku secara jujurnya tidak tahu mahu percaya dia zalim atau pun tidak..
kerana maklumat yang sampai,datang dengan bermacam-macam fakta dan cerita..

Tapi apa yang aku tahu,kita tidak boleh menyeksa tahanan,
lebih-lebih lagi apabila tahanan tersebut merayu supaya dia tidak diapa-apakan..

semua perkara ini ada diajar dalam Islam,
sekiranya kita hendak contoh dizaman Nabi,maka bacalah kisah selepas peperangan Badar..

Seorang demi seorang pemimpin Islam dan pejuang-pejuang Islam telah mati dibunuh..
Barat bersorak gembira..
orang Islam pun bersorak gembira..
barat gelar "orang-orang" ini sebagai pengganas..
orang Islam pun melabelkan "orang-orang" tersebut sebagai pengganas..

Siapa pun yang mati terbunuh atau dibunuh..
Islam tetap kalah..
kalah kerana sikap orang Islam sendiri..

Saturday, 22 October 2011

ANTARA SEBAB HIMPUN GAGAL HIMPUN SEJUTA.


Himpunan sejuta umat yang berlangsung di Stadium Shah Alam petang tadi gagal secara total..
kalau nak dikirakan makam,gagal ditahap makam ke sembilan..

Himpunan sejuta umat melakukan kesilapan apabila mendapatkan "iklan" secara percuma dari media perdana,kenyataan sokongan daripada beberapa menteri dan juga daripada pemuda UMNO..

Sekiranya mahukan perhimpunan ini berjaya..
HIMPUN sepatutnya melarang media perdana yang sudah biasa menipu rakyat malaysia daripada menyiarkan apa-apa iklan atau sokongan kepada perhimpunan ini..

kerana tahap ketidakyakinan dan kebencian rakyat Malaysia kepada media perdana ini berada ditahap yang tinggi..

Apabila beberapa menteri UMNO mengeluarkan kenyataan sokongan terhadap perhimpunan ini, maka rakyat terus menolak untuk sertai perhimpunan ini kerana kebencian mereka kepada pemimpin-pemimpin yang suka menipu rakyat ini..

rakyat benci kerana pemimpin-pemimpin itulah juga yang tidak mahu laksanakan undang-undang murtad selama ini..

HIMPUN sepatutnya berbincang terlebih dahulu dengan PAS dan juga Pakatan Rakyat sekiranya mahu adakan perhimpunan ini,dan biarkan PAS pimpin perhimpunan ini.. kerana pilihan dan mood rakyat pada ketika ini adalah kepada Pakatan Rakyat..
bukan kepada pemimpin Kerajaan Pusat mahu pun pemimpin UMNO..

lain kali belajar dari kesilapan..
jangan gunakan kempen dari media perdana yang tidak disukai oleh rakyat..
dan jangan benarkan pemimpin-pemimpin UMNO yang ditolak oleh rakyat mengeluarkan apa-apa kenyataan..

ini Selangor..
kena faham sikit...






















aksi pemimpin ini tak ada kena mengena dengan perhimpunan murtad.. KAH..KAH..KAH..
antara sumber gambar :  KL Post

Friday, 21 October 2011

HIMPUNAN SEJUTA UMAT,KENYATAAN DANGKAL PEMUDA UMNO


Pemuda UMNO mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya berhubung keengganan PAS menyertai HIMPUNAN SEJUTA UMAT di dalam stadium yang hanya boleh memuatkan seramai 100 ribu orang tu..

kalau nak dikatakan bodoh.. 
terlalu kasar lak aku rasa..
mungkin elok kita katakan bahawa pemuda UMNO ni bercakap tanpa berfikir.. 

Yang membuatkan aku berkata demikian tu adalah kerana Pemuda UMNO kata,
PAS "TIDAK SERIUS MEMPERJUANGKAN ISLAM DI NEGARA INI"..
Pemuda UMNO berkata demikian..?
Pemuda UMNO..?
Umno..??
Kah..kah..kah..

Kalau korang tak percaya,baca kenyataan ini dulu.. [utusan]

Begitulah UMNO..
apabila nak menunjukkan mereka memperjuangkan Islam,
sehingga tidak sedar mereka sedang memalukan diri mereka sendiri..

UMNO berlakon seolah-olah mereka ni memperjuangkan Islam  di negara ini,satu hal..
kata pulak PAS tidak serius memperjuangkan Islam di negara ini adalah satu hal yang lain..

Meh kita lihat betulkah PAS tidak serius memperjuangkan Islam..? 

dan betulkah pula UMNO benar-benar memperjuangkan Islam..?

PAS memperjuangkan undang-undang murtad ini sejak dari zaman Haji Yusof Rawa sehinggalah sampai saat ini...

Pada 25 Mac 1988, Tuan Guru Haji Hadi telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi ditolak  oleh ahli parlimen Islam UMNO.
 
Kemudian, pada 2 November 1999, Tuan Guru Haji Hadi juga tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.

Pada March 2006,Naib Presiden PAS,
Salahuddin Ayub pernah mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad..

Namun Rang undang-undang itu ditolak mentah-mentah oleh Ahli Parlimen UMNO... sedikit pun mereka tidak menunjukkan minat kepada rang undang-undang tersebut..

Dan Salahuddin Ayob cuba sekali lagi menyelamatkan akidah umat Islam dengan mencadangkan pindaan perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menghalang individu Islam daripada secara bebas mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam.   


Dan sekali lagi,ahli-ahli parlimen UMNO tidak mempedulikan usul tersebut.. 

Ahli-ahli parlimen UMNO juga mendiamkan diri apabila 9 menteri BN (yang bukan Islam) cuba bertindak mempertikaikan perkara 121 (1A) itu dengan tujuan membolehkan  mahkamah sivil memansuhkan keputusan mahkamah Syariah...

apakah perkara 121 (1A)?
perkara 121 (1A) itu adalah mahkamah yang disebut dalam Fasal (1) tidaklah mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah Syariah..

Menteri BN cuba mendesak agar perkara itu disemak semula agar keputusan mahkamah syariah dapat dibatalkan dengan keputusan penghakiman semula di mahkamah sivil..

contoh..
jika anak kita nak istihar keluar dari agama Islam,mahkamah syariah tidak membenarkan.. 
keputusan tersebut boleh dicabar di mahkamah sivil,dan keputusan mahkamah sivil boleh membatalkan keputusan mahkamah syariah..

Isu ini menjadi panas dan menjadi pertikaian menteri-menteri BN yang bukan beragama Islam selepas kematian pendaki Everest Sarjan M. Moorthy atau Muhammad Abdullah...

balunya, S.Kaliammal dan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) terlibat dalam perebutan untuk mengebumikan jenazah beliau.
Jawi menuntut jenazah itu setelah mendapati Moorthy telah memeluk agama Islam.

Moorthy yang meninggal dunia pada 20 Disember 2005 akhirnya dikebumikan oleh Jawi pada 28 Disember 2005 berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah bahawa beliau adalah seorang Islam.

Kerana isu tersebutlah maka 9 orang menteri (ketika itu) cuba mencabar perkara 121 (1A) itu serta menghantar memorandum kepada PM Pak Lah mendesak supaya perkara 121 (1A) disemak semula..
menteri-menteri itu adalah..

  • Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu,
  • Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting,
  • Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy,
  • Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek,
  • Menteri Air, Tenaga dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik,
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Maximus Ongkili,
  • Menteri Perusahaan Utama, Datuk Peter Chin Fah Kui,
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok,
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Chan On. 
Di mana UMNO pada waktu itu..?
tengah sibuk betulkan samping ker..?

Jadi sekarang ni UMNO nak jadi juara himpunan sejuta umat pulak..?

tak payah ler buat perhimpunan,
terus jer buat undang-undang murtad..
tak payah berlakon...
jangan jadi bangsa yang bercirikan sifat-sifat "MUNAFIK"




KEBANGKITAN RAKYAT DI UIA,MAHASISWA SEKALI LAGI DIBARISAN HADAPAN! [GAMBAR]


Aziz Bari bukanlah seperti Anwar Ibrahim...
beliau tidak pernah memegang jawatan No. 2 negara..
cumanya,beliau adalah seorang yang berani mengeluarkan hujah dan fakta biarpun hujah tersebut secara tepat kena kepada batang hidung pemimpin-pemimpin dan "Orang-orang" tertentu..

Maka dengan kerana itu..
keperibadian beliau disanjung tinggi oleh majoriti rakyat Malaysia..
beliau bukanlah seperti pesyarah-pesyarah yang lain yang hanya mengeluarkan hujah mengikut apa yang dikehendaki oleh kerajaan..

Atas sikap beliau yang berani itulah maka kini beliau menerima hukuman dari sebuah kuasa yang sememangnya berada dalam ketakutan..

sepatah Aziz Bari bersuara.. 
rakyat setapak menjadi lebih bijak..
sepatah Aziz Bari bersuara.. 
"orang-orang" tertentu akan terkedu..

Maka,Aziz Bari cuba didiamkan oleh golongan ini.. mereka tidak mahu orang bijak seperti Aziz Bari ini mengajar rakyat supaya jadi lebih bijak...

pergantungan yang tidak tahu bilakah noktah terakhirnya itu akan menyemarakkan lagi semangat rakyat untuk menolak "sistem" yang zalim ini yang diamalkan oleh sebuah kerajaan yang zalim..

jika orang bijak pandai seperti Aziz Bari ini didiamkan..
maka semakin matilah demokrasi di negara kita ini..
rakyat akan kekal dalam kedunguan seperti yang dimahukan oleh kerajaan..

kini rakyat dan juga warga UIA telah bangkit menyuarakan suara hati mereka terhadap Aziz Bari...






walaupun larangan ketat dilakukan ke atas orang awam dan pelajar-pelajar yang ingin menyertai demo bagi membantah pergantungan Aziz Bari.. demo tetap juga berjaya dilakukan..
suara rakyat.. suara keramat...

Insyaallah..
PRU13 akan menjadi saksi diatas kemenangan suara rakyat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive