Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 30 September 2011

SKMM BUAT SEOLAH-OLAH NABI MUHAMMAD TIDAK PENTING


Aku ucapkan terima kasih kepada SKMM kerana telah melakukan sesuatu bagi menghentikan dan menjejak blog yang hina Islam "Mak Cik Hajjah Sitt Al Wuzara".. 

berikutan penghinaan terhadap Allah dan juga Nabi Muhammad itu,NGO Jingga 13 telah menghantar memorandum kepada SKMM dan JAKIM..

tetapi JAKIM tidak mahu menerima memorandum tersebut kerana pegawai polis yang mewakili JAKIM mengatakan kepada Jingga 13 bahawa penghinaan terhadap Islam bukanlah dibawah tanggungjawab JAKIM...

bila diteliti dengan mendalam,rupa-rupanya JAKIM lebih utamakan kek lapis.. 
hal-hal lain JAKIM boleh tolak ansur,tetapi janganlah buat hal dengan kek lapis,pengarah JAKIM akan segera bertindak..

Penghinaan melalui facebook dan twitter itu juga turut menghina yang dipertuan Agung..

Dan apabila "sitt al wuzara" ni menghina Yang Di Pertuan Agong  [RUJUK ARTIKEL] pada 7 september lalu,NGO Jingga 13 telah memaklumkan perkara berkenaan kepada pengetahuan Yang DiPertuan Agong melalui surat permohonan bagi mengadap yang Di pertuan Aong. [JINGGA MOHON MENGADAP]..

walaupun permohonan untuk mengadap "senyap" macam tu sahaja,tetapi nampaknya sedikit sebanyak Jingga 13 telah berjaya membuat SKMM memulakan  kerja rentetan dari aktiviti NGO tersebut...

ALHAMDULILLAH..
tapi yang buat aku sedih adalah.. 
telahan aku menjadi kenyataan..

apa telahan aku...?
telahan aku adalah..
semasa Sitt al wuzara ni hina Nabi.. hina Allah dan hina Islam..
tiada apa-apa yang akan dilakukan oleh SKMM apatah lagi oleh JAKIM..

kalau nak tengok telahan aku tu.. 
korang baca post aku yang terdahulu... 
 
tetapi bila sitt al wuzara ni hina Agong.. 
SKMM terus dapat kesan sitt al wuzara ni tinggal di sweden
BACA ARTIKEL DISINI.
SKMM siap kerjasama dengan Interpol tu...
yang aku sedih adalah SKMM lebih utamakan Agong dari Nabi Muhammad...
Hina Nabi Muhammad SKMM diam..
Hina Allah SKMM diam....

Hina Agong SKMM mula buru sitt al wuzara ni ke hujung dunia sekalipun...

SKMM telah membuatkan Nabi Muhammad seolah-olah kecik sahaja...
dan kerana itu aku bersedih dengan perkembangan ini....

Thursday, 29 September 2011

BALKIS TAK DAPAT LARI LAGI.


Sejak dari hari pertama selepas PRU12  dan selepas PR ambil alih pentadbiran kerajaan Selangor,ramai yang tidak mampu duduk diam... masing-masing gusar...
dari Menteri Besar si Khir Toyo tu sehinggalah ke wakil rakyat dari BN dan UMNO...
tak cukup dengan itu,isteri-isteri wakil rakyat pun turut gundah gulana...

Badan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) turut cuba melarikan wang sejumlah RM9.9 juta yang ada dalam akaun BALKIS..

sedangkan wang ada di dalam akaun itu adalah datangnya dari sumbangan orang ramai termasuk juga sumbangan dari Kerajaan Selangor dan juga anak-anak syarikat kerajaan Negeri Selangor...

Presiden BALKIS ketika itu,iaitu bini si khir toyo telah memohon supaya Pendaftar Pertubuhan membubarkan BALKIS,permohonan itu dibuat pada 11 March 2008, [rujuk sini]

jadi tang mana pulak bekas Presiden BALKIS,Datin Seri Zaharah Kechik, isteri bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo boleh membuat keputusan menderma wang tersebut ke Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (BAKTI)?  

dan pastu memohon pertubuhan itu dibubarkan pada 11 Mac lalu, tiga hari selepas pilihan raya umum ke-12... 
dan pada 11 Februari 2009 ROS membubarkan BALKIS...

Tan Sri Khalid Ibrahim pun apa lagi... bila dah tengok kaki penipu rakyat ni cuba menipu kerajaan PR pulak.. maka Tan Sri Khalid Ibrahim selaku MB Selangor telah membawa isu ini ke mahkamah...
biar tembelang bini-bini wakil penipu rakyat BN ni terbongkar.. [baca sini]

Pada 11 September 2009,kerajaan negeri Selangor,  berjaya memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding semakan kehakiman untuk mencabar keputusan ROS. 

Lepas tu pulak cubaan peguam negara untuk merayu keputusan mahkamah itu telah ditolak  pada 2 feb 2011...

dan kini,kerajaan Selangor dibenarkan mendapat dokumen yang dituntut selama ini...
walaupun makan bertahun... akhirnya berjaya juga....
BACA ARTIKEL

APA YANG PAS TAK FAHAM NI?


Apa yang PAS masih tak faham adalah..
di Malaysia ni politik dan agama tak boleh sekali...
tidak boleh campur...
bukan aku kata..
tetapi..
itu memang dah lama jadi pegangan AHLI UMNO PUNAH JEMAAH..

mengikut pegangan mereka ni..
agama adalah agama...
politik adalah politik..
itu sebabnya pemimpin pemerintah yang ada sekarang ni pegangan agamanya kurang... 
malah kadang-kadang ada yang tak layak dipanggil Islam pun... 
walaupun dalam IC nya Islam..

kalau ikut pegangan AHLI UMNO PUNAH JEMAAH ni,nak mengajar agama,mestilah ada tauliah..
kalau kau orang politik tidak akan dibenarkan memiliki tauliah...

disebabkan kau orang politik,maka sepatutnya mengikut kaedah AHLI UMNO PUNAH JEMAAH ni, kau tidak sepatutnya tahu tentang agama...

baca artikel ini

kalau diberikan juga tauliah mengajar kepada pemimpin politik dari Parti PAS ini... 
jadi pemimpin dari PAS akan dapat memberikan penerangan tentang apa itu Islam yang sebenarnya dari sudut ilmu Al Quran dan Hadith...

akan berlaku ketidakadilan terhadap pemimpin-pemimpin AHLI UMNO PUNAH JEMAAH yang sememangnya tidak boleh memberikan ceramah agama...

jadi untuk menyamakan keadaan terhadap mereka (AHLI UMNO PUNAH JEMAAH) yang tidak boleh memberikan ceramah agama kerana tiadanya ilmu agama,maka diselaraskan bahawa semua pemimpin politik tidak dibenarkan mengajar agama...

jikalau kebenaran diberi juga,hanya pemimpin dari Pakatan rakyat terutamanya PAS sahaja yang boleh memberikan ceramah agama....

aku tertanya-tanya,bagaimanakah jika semua ustaz-ustaz dan alim ulama' kat negara kita ni masuk parti PAS..? 
semuanya jadi orang politik...
maknanya semuanya tidak boleh mengajar agama kat surau dan masjid le yer...

Takkan nak suruh Najib mengajar lak..?

Wednesday, 28 September 2011

LETUPAN DI PUSAT MEMBELI BELAH EMPIRE GALLERY SUBANG JAYA [GAMBAR]


letupan di pusat membeli belah Empire Gallery pada jam 03:40am hari ini disyaki mempunyai kaitan dengan saluran gas.. dipercayai kemungkinan mengalami kebocoran,namun punca sebenar letupan yang berlaku itu masih lagi dalam siasatan pihak bomba..


letupan berlaku di aras bawah dan turut merosakkan dua tingkat atas kompleks itu serta menyebabkan kerosakan ke atas beberapa kafe, restoran dan kedai pakaian...

Dalam kejadian tersebut,diberitakan bahawa empat orang cedera dalam letupan itu...
dua pengawal keselamatan rakyat Nepal dan satu pasangan.

Kedua-dua pengawal keselamatan itu yang terperangkap di bahagian bawah tanah telah dihantar ke hospital kerana mengalami kecederan ringan.




 nasib baik berlaku di awal pagi... kalau berlaku tengah hari,tak tahu le apa akan jadi..

ANWAR HAPUSKAN KOUTA BUMIPUTERA,PERKASA MENGAMUK.


Jikalah Anwar yang mencadangkan supaya ekuiti 30% bumiputera dihapuskan,sudah pastilah Anwar akan dianggap mengkhianati bangsa melayu...

TV3 dan Utusan akan memainkan isu ini supaya orang melayu menentang Anwar dan Pakatan Rakyat...

Anwar akan dianggap petualang bangsa melayu..
Perkasa akan membuat demo di kedai mamak seramai 12 orang seperti yang mereka lakukan semasa Bersih 2.0 lalu..


Jika Anwar yang mencadangkan penghapusan kouta bumiputera tu..

Perkasa,seperti biasa.. bersama presidennya yang berleher pendek itu akan melompat marah seolah-olah melayu telah dihapuskan...

Tapi bila cadangan ini datangnya dari Najib...
Presiden UMNO (United Malays No Otak),maka semuanya senyap belaka..
seolah-olah apa yang Najib cadangkan itu adalah yang sebenar-benarnya yang diperlukan oleh melayu...

Bagi aku,bila Najib katakan..
“Jika kita beri mereka kuota, apa yang berlaku ialah mereka rasa selesa dan kemudian tidak akan memperoleh kepakaran mereka,”

Dan juga bila Najib berkata "sasaran ekuiti 30 peratus  Bumiputera tiada makna jika mereka terus menjual saham masing-masing."

Kenyataan itu bagi aku adalah menggambarkan  sikap orang UMNO... 
itu bukan sikap peniaga yang sebenar-benarnya...
itu adalah sikap orang UMNO...

Bila kita campurkan perniagaan yang berpotensi dengan "Kaki politik" yang tidak pandai berniaga.. itulah jadinya...

Apa sahaja yang datang bersama UMNO memang akan jadi hampeh..!

Monday, 26 September 2011

KHIR TOYO BELI RUMAH DENGAN HARGA PASARAN..


Khir Toyo mengaku dia membeli rumah banglo yang besar gedabak tu dengan harga semasa...
sekaligus Khir Toyo menafikan dia terlibat dalam rasuah semasa membeli banglo tu..

Khir Toyo mahu kita rakyat bawahan ni dan juga hakim mahkamah yang sedang ikuti kes dia tu untuk mempercayai pengakuan dia tu..

Khir Toyo kata Shamsudin si Pengarah Ditamas tu menjual kepada dia dengan harga RM3.5 juta... 
walaupun Shamsudin tu beli rumah dengan harga semasa setinggi RM6.5 juta...
Khi Toyo yang bukan dia yang paksa... 
Khir Toyo kata Shamsudin tu yang rela menjual dengan harga yang merugikan Shamsudin sendiri..


 Mungkin juga Khir Toyo ni tengok sekiranya mahkamah boleh mengiktiraf si Saiful yang jelas menipu dan berbohong itu sebagai "saksi berwibawa"..
maka Khir Toyo berfikir,kalau sebangang-bangang  hujah si Saiful tu boleh dianggap sebagai berwibawa, dah tentulah Khir Toyo berharap hujah bodohnya pulak akan dianggap sebagai hujah yang berwibawa...

Khir Toyo dengan selamba dia jer menjawab yang Shamsudin sanggup rugi RM3 juta bila jual rumah tu...
beli RM6.5 juta.... jual RM3.5 juta...

hanya orang bodoh sahaja yang mampu buat urusniaga macam tu...

NIK AZIZ MINTA NAJIB TARIK BALIK SURAT LARANGAN DARI ZAMAN MAHATHIR


Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad yang dianggap mukjizat terbesar umat terakhir dan juga bagi sekalian Nabi... 

Al Quran mengandungi segala macam perkara yang diperlukan didunia ini dan juga akhirat..
Allah menciptakan manusia ini dengan peraturannya sekali..

hudud juga termasuk didalam hukum-hukum yang diturunkan oleh Allah..
Allah Maha Mengetahui sifat manusia ini suka melakukan kerosakan,dan Allah turunkan manusia dengan peraturan-peraturannya sekali..

Namun undang-undang yang diciptakan oleh Allah ini dipandang sepi oleh pemerintah pada zaman ini..
pemerintah di Malaysia juga tidak ketinggalan mengenepikan hudud ini..
BN menganggap bahawa undang-undang tinggalan British dan juga undang-undang ciptaan manusia kini lebih baik daripada hudud...

malah, pemerintah yang kita ada sekarang ini dengan selamba sahaja menghina undang-undang ciptaan Allah ini..
seolah mereka ini sangat pasti yang mereka ini tidak akan kembali kepada Allah..

kita telah beri ruang dan peluang kepada UMNO selama 54 tahun untuk mengusulkan sesuatu bagi melaksanakan hukum Allah ini,namun nampaknya selama 54 tahun ini UMNO tidak pernah berhasrat mahu melakukan apa-apa gerak kerja bagi menjayakan penguatkuasaan hudud ini...

Selama ini PAS tidak pernah memadamkan hasrat mereka untuk melihat hudud dijalankan di negara ini walaupun mendapat tentangan keras dari UMNO dan BN..
Beranikah Najib menarik balik larangan yang dibuat dizaman Mahathir dulu..?

beranikah UMNO melawan MCA dan Gerakan didalam menangani isu hudud ini..?

Sunday, 25 September 2011

NAJIB MENAFIKAN FIRMAN ALLAH.


Najib sangat berani dalam menolak ayat-ayat ALLAH..
ketegasan beliau dalam menolak hudud sangat dikagumi oleh orang bukan Islam..
kemungkinan Najib akan diberi penghargaan oleh Israel di atas ketegasan beliau menolak ayat-ayat ALLAH...

Kalau dilihat dari sudut fizikal..
bini Najib tak ada perbezaan pun dengan bini Oabama..
jadi sememangnya Najib mudah diterima dikalangan negara-negara yang memusuhi Islam..

Bila Najib mengeluarkan kenyataan menolak hudud itu sudah bermakna beliau menolak ayat-ayat ALLAH..
mari kita lihat ayat pertama dari Surah An Nur ini...

Ini ialah satu “surah” yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).
 Adakah Najib tidak pernah belajar agama..?

aku boleh terima seandainya Najib pernah  mengadakan usaha-usaha bagi menjalankan hudud..
seperti,mengadakan perbincangan antara ulama'-ulama' di negara ini dan juga diperingkat antarabangsa bagi mencari kaedah perlaksanaan hudud di Malaysia ini.. ini tidak,tiada sebarang usaha bagi melaksanakan hudud di negara kita ini..

Najib hanya mengeluarkan pandangan bahawa hudud tidak sesuai di negara ini berdasarkan kepada logik akal beliau semata-mata...
adakah seseorang seperti Najib yang ternyata gagal memimpin keluarganya mengikut suruhan ALLAH boleh mengeluarkan HUKUM ayat-ayat Allah tidak sesuai dilaksanakan lagi..?

Inikah ciri-ciri pemimpin yang kita mahu undi..?
umum mngetahui bahawa kita sudah pasti akan kembali ke tempat asal kita.. 
adakah kita mahu membawa amalan menyokong pemimpin yang zalim..?




 

Saturday, 24 September 2011

MAHATHIR KATA UMNO TAK PERNAH KATA APA-APA TENTANG HUDUD?


korang baca ni dulu...
 
UMNO tak pernah kata apa-apa tentang hudud..?
itulah yang disuarakan oleh lelaki yang berumur 85 tahun..
samada dia nyanyuk atau dia terlupa...
kita maafkan dia...

tapi kalau dia terlupa mari kita ingatkan dia..
  •  "Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan" - (Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 )
 
  •  "Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti." - (Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor.
 
  • "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif " - (Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim)
 
  • "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam". - (Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan)
 
  • "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" – Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan).
 
  • "Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik." - (Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan).
 
  • Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”.- (Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992).
 
  • ” Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan" - (Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993) 
 
  •  “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.” - (Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994) 
 
  •  “Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.” - (Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994)
 
  •  “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.” - (Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994).
 
  •  “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.” - (Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994).
 
  • “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.” - (Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991.
 
  •  ‘Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan
    kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama’. -
    (Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) .
 dan meh kita tengok apa yang PM kita katakan tentang hudud ni pulak..
Jadi UMNO ada niat nak laksanakan hudud atau pun tidak..?
UMNO tak pernah keluarkan apa-apa kenyataan berkenaan hudud ni seperti yang didakwa oleh mahathir..?

aku rasa eloklah mahathir duduk kat rumah dan kunyah sireh banyak-banyak...
kah..kah..kah..
 

    HUDUD,TIADA "LAMPU HIJAU" KATA NAJIB


    UMNO sekarang ni memang dah terjerat dalam perangkap sendiri..
    mereka mengatakan bahawa dulu yang menyekat hudud di kelantan adalah Mahathir..
    lepas tu mereka sibuk kata kat PAS,kenapa sekarang ni dah zaman Najib,tak mahu minta..?

    mereka tanya macam tu konon-kononnyer dulu PAS hanya bermain wayang sahaja di zaman Mahathir tu..
    konon-kononnyer PAS saje-saje minta kebenaran sebab dah tahu Mahathir memang tak akan benarkan kerana Mahathir ni memang tak suka kepada Islam yang menyeluruh...
    jadi bila tak dapat,PAS akan serang BN... 
    itulah hujah dungu UMNO selama ni.....

    Orang UMNO ingat PAS tidak akan berani minta untuk laksanakan hudud semasa pemerintahan Najib ini,
    jadi orang UMNO cabar begitu kerana mahu lihat PAS terkejut sekiranya Najib luluskan permohonan tu nanti.. itulah yang ada dalam kepala orang UMNO ni...

    mereka ingat PAS minta laksanakan hudud itu untuk kepentingan politik..
    mereka tidak tahu bahawa ayat hukum hudud telah diturunkan oleh ALLAH sejak 1432 tahun yang lalu..

    rupa-rupanya orang UMNO tersilap perkiraan...
    Najib pun 2x5 dengan Mahathir...
    Najib pun 2x5 dengan soi lek...
    mereka semua tidak mahukan hudud..

    BACA ARTIKEL INI

    benarkah kita memang tak boleh laksanakan hudud di negara kita ini..?
    adakah ALLAH turunkan hudud itu hanya dizaman Nabi Muhammad sahaja..?

    ISA DIGANTI DENGAN BAPAK ISA..?


    ISA diganti dengan bapak ISA..?

    ISA dimansuhkan..
    rakyat bersorak gembira.. orang kampung puji Najib ni bagus..
    kalau bukan sebab kaki penipu dah tentu ada yang nak ambik dia jadikan anak menentu..
    anak jadi bini kedua pun tak mengapa lah..

    Najib ni memang tak peduli apa pun cakap-cakap kepimpinan UMNO dibelakang dia...
    dia peduli haper...

    Sebab Najib tahu,dia hanya berlakon dan ambil peluang mood rakyat yang pastinya suka bila dikatakan ISA dimansuhkan.....
    pemimpin UMNO yang suka tunduk sambil cium tangan tu memang tak tahu apa-apa tu...
    Ini ibaratnya..
    hapuskan ISA.. tukar nama..
    buat lesen baru...
    ISA tetap ada,tapi dengan nama yang baru...

    lepas ni kalau pemimpin PR berucap mengutuk kerajaan dan Najib,mungkin juga ada tuduhan yang direka-reka bom molokov koktail dan peralatan perang ada dibawah pentas ceramah.. 
    kah..kah..kah..

    kalau rakyat berhimpun secara aman bagi membantah kerajaab pulak,akan ada senjata-senjata yang akan ditemui..
    sama macam yang kerajaan reka-reka cerita pasal Bersih 2.0 dulu tu...

    Tak caya..? meh tengok sini... apa yang utusan ni cuba sebarkan ketakutan palsu kepada rakyat

    kita sebenarnya tidak kemana-mana dalam soal ISA ni...
    semuanya masih sama... cuma Najib dapat kredit dari orang melayu yang percaya Najib telah melakukan perubahan..
    sebab orang melayu ni ingat Najib dah mansuhkan ISA,dan digantikan dengan akta yang lebih adil.. melayu ssecara sedar telah ditipu oleh BN..

    mari kita tengok macam mana caranya BN nak sumbat orang dalam akta baru tu nanti...
    contoh tengok sini.. tengok apa sekutu utusan si berita hairan ni laporkan..

    Kita semua tahu,Bersih 2.0 tak ada unsur-unsur keganasan..
    semua tu direka untuk menggambarkan Bersih ni ganas jer..
    kalau dalam soal Bersih 2.0,mereka boleh mencipta perkara yang tidak wujud.. apa jaminan yang kita ada perkara seumpama itu tidak akan berulang lagi...?

    Kita sebenarnya perlu tukar kerajaan jer...
    tukar Perdana Menteri..
    kalau namanya menteri dari BN dan UMNO,memang banyak yang tak betul dari perkara yang betul..

    Friday, 23 September 2011

    UMNO NAK TUNDUK BILA MCA UGUT TENTANG HUDUD..?


    Presiden MCA yang sememangnya dikenali sebagai orang yang benci kepada Islam sekali lagi mengulangi pendirian beliau bahawa beliau tidak mahu hudud dilaksanakan di negara kita ini..

    Parti sahabat baik kepada UMNO yang membela bangsa itu mengugut UMNO bahawa MCA tidak akan bersama dengan UMNO sekiranya kerajaan berhasrat mahu melaksanakan hudud... 

    belum apa-apa lagi MCA dah bagi amaran... maka UMNO pun sekali lagi jadilah "daun duri semalu"... 
    kalau disentuh,menguncuplah ia..
    kah..kah..kah..

    BACA ARTIKEL INI.


    Soi Lek ni memang tak boleh dibuat gurau dalam bab hudud dan Islam ni..
    memang jelas ler dia ni anti "bebenor" kepada Islam.. 

    Tapi Soi Lek gembira kerana pemimpin UMNO semuanya tidak mahukan hudud.. (baca kenyataan Soi Lek di atas) 
    setahu aku,setiap umat Islam perlu ada sebesar zarah didalam hati  mereka menyokong hukum Allah yang diturunkan melalui wahyu itu..

    kalau ada warga baru malaysia ni yang belum tahu apa MCA ni...MCA ni adalah parti didalam BN,parti yang menjadi sahabat baik kepada UMNO...

    persamaan kedua-dua parti ini adalah masing-masing tak mau hukum Islam...
    walaupun mereka ni berlainan agama..
    UMNO dan MCA sama pendapat dalam bab hudud,mereka sama-sama "TIDAK MAHU HUDUD!!" 
    cuma mereka berlainan agama sahaja...

    Korang nak sokong lagi ker UMNO yang "mengecut" dengan MCA bila bercakap tentang hukum Allah ker..?

    Thursday, 22 September 2011

    JINGGA 13 MEMBUAT LAPORAN POLIS,UMNO BERI KERAKYATAN KEPADA RIBUAN WARGA ASING


    Pada hari ini,Jingga 13 telah membuat satu laporan polis berkenaan isu pemberian kerakyatan dan juga hak mengundi kepada warga asing..

    Ramai rakyat Malaysia,terutama yang menjadi pembaca utama Utusan dan juga penonton setia TV3 tidak menyedari bahawa rupa-rupanya pemberian taraf kerakyatan Malaysia kepada warga asing ini telah lama berlaku..

    Sebuah stesyen TV terkemuka Indonesia (SCTV) telah menyiarkan satu laporan berita di dalam laman web mereka  pada 25 Ogos 2005,yang mengatakan bahawa UMNO telah memberikan ribuan nelayan Bugis dari Indonesia taraf kerakyatan dan juga hak untuk mengundi di negara kita ini..

    Mungkin juga kita tidak tahu dan mungkin juga kita tidak mahu tahu kerana ianya adalah sesuatu yang akan memburukkan kerajaan BN di mata rakyat..

    namun, kesalahan seperti ini tidak patut disembunyikan oleh kerajaan negara kita..
    kerana ini adalah diibaratkan menjual dan menggadai maruah negara dan sekaligus membahayakan keselamatan negara...

    siapakah petualang negara kita yang sebenarnya..? 
    mari kita lihat sedikit fakta berkenaan dengan perkara tersebut..
    bukti umno pengkhianat negara

    Berbagai pendedahan telah dilakukan terhadap pemberian taraf warganegara kepada warga asing ini..
    sehubungan dengan itu NGO Jingga 13 telah membuat satu laporan polis agar isu yang membahayakan keselamatan negara seperti ini tidak dipandang remeh hanya kerana mahu memastikan parti pemerintah iaitu UMNO terus berkuasa...

    UMNO terus berkuasa,pemimpin terus makan rasuah... keselamatan negara terus diancam...

    laporan polis yang dibuat oleh NGO Jingga 13..

    harap-harap polis menyiasat isu ini,kerana ini adalah isu yang sangat-sangat merbahaya...
    ini soal kedaulatan negara yang kita sedang bicarakan ini..
    adakah kerakyatan negara kita ini terlalu murah dan tiada harga..!!

    Wednesday, 21 September 2011

    GAJI GURU KAFA SELEPAS PR PERINTAH SELANGOR


    Ramai yang tidak tahu lagi ni...
    terutamanya orang UMNO..
    UMNO ingat, Selangor ni masa UMNO perintah dan PR perintah tak ada beza apa-apa ker..?

    UMNO perintah berpuluh tahun Selangor ni...
    PR baru 3 tahun lebih jer... dah banyak kebaikan untuk rakyat dilakukan oleh PR

    kena bukak mata kasi celik sikit ler..
    rakyat bawahan memang dapat rasakan faedahnya bila bertukar kerajaan ni...
    terutamanya pada guru-guru KAFA...


    Aku cuba juga dapatkan pay slip gaji lama sebelum PRU12.. semasa zaman UMNO...
    sebab masa tu gaji guru KAFA hanya RM700 sahaja..
    masa tu guru KAFA siap minta kenaikan pada Khir Toyo,tapi Khir Toyo tak mahu layan soal kenaikan gaji guru KAFA ni..

    jadi disebabkan aku tak dapat nak tunjukkan kat korang gaji sebelum PRU12 (al maklum ler,dah lama sangat,jarang orang yang orang simpan rapi pay slip lama ni..), 

    maka aku hanya dapat tunjukkan pay slip gaji TERKINI guru KAFA ni,pay slip selepas kenaikan yang pertama sebanyak RM300,dan juga salinan selepas kenaikan yang kedua (juga RM 300 gak) kepada korang.. 

    ini adalah ehsan dari seorang guru KAFA di dalam Selangor ni... segala maklumat diri,dia minta tutupkan... jadi aku patuh kepada kehendak dia...
    dalam slip gaji ni,gaji sudah naik sebanyak RM300 dari gaji lama RM700 maka jadilah rm1000
    kemudian dalam tahun 2011 ni juga ,guru KAFA dapat lagi kenaikan sebanyak RM300...
    sesuatu yang MUSTAHIL berlaku jika dizaman UMNO...
    tengok ni...
    slip ni selepas kenaikan kali kedua... jumlah kenaikan bagi dua kali kenaikan ini adalah sebanyak RM600

    Korang bayangkanlah,dalam tempoh 3 tahun lebih ni,guru KAFA dapat kenaikan sebanyak RM600..
    RM600 ni dapat setiap bulan... 
    gaji dari RM700 je sebulan,dah jadi RM1300.00....
    tak besar ker perbezaan tu..?


    Guru KAFA Johor berapa ek..?
    kalau nak tahu,tengok kat sini ler...
    diambil dari Portal rasmi kerajaan johor, klik!
     dipahang,kalau tidak silap lianglahad,gaji guru KAFA hanya sebanyak RM800 sebulan...

    Amacam... BN nak tawan Selangor ker..?
    boleh BLAH!!!

    Tuesday, 20 September 2011

    KERANA JINGGA 13 , TWITTER HINA ISLAM DIGANTUNG!


    Sebuah badan NGO,Jingga 13 sebelum ini, telah membawakan isu penghinaan Allah,Nabi Muhammad, islam dan juga Yang Di pertuan Agong [rujuk artikel] yang dilakukan secara berleluasa di negara kita yang dikenali sebagai negara Islam yang tidak mengamalkan undang-undang Islam ini.

    Pada 7 September baru-baru ini,Jingga 13 telah menghantar memorandum kepada SKMM dan juga kepada JAKIM berkenaan penghinaan kepada agam Islam ini..
    pada hari tersebut,SKMM telah terima memorandum tersebut..

    namun JAKIM bertindak sebaliknya,JAKIM telah bertindak diluar jangkaan dengan  memandang isu hina agama ini sebagai isu yang remeh dan tidak penting..

    JAKIM telah menghantar beberapa pegawai polis untuk memaklumkan kepada NGO Jingga 13 bahawa,JAKIM tidak mahu menerima memorandum tersebut dengan alasan,penghinaan ke atas Islam bukanlah dibawah bidang kuasa JAKIM... [Islam dihina]

    Berikutan itu Jingga 13 telah memohon untuk mengadap Yang DiPertuan Agong pada 24 September ini,permohonan berkenaan telah dihantar pada 12 September 2011 [lihat sini]

    Beberapa hari lepas lianglahad cuba membuka profile twitter "sitt_alwuzara3",namun tidak boleh...
    tetapi pada hari ini lianglahad mendapati akaun itu telah digantung..

    tengok sini... lianglahad cuba buka profile "sitt_alwuzara3"

    lepas tu  keluar paparan yang mengatakan akaun ini telah digantung...

    adakah kerana Jingga 13 telah membawakan isu ini kepada Pengetahuan yang DiPertuan Agong maka,barulah pihak yang berkenaan membuka mata..?

    apa-apa pun alasannya...
    aku mengucapkan terima kasih kepada Jingga 13 kerana telah berjuang untuk menghentikan penghinaan kepada Islam ini..

    lianglahad berharap, janganlah perjuangan ini dihentikan setakat ini,kerana besar kemungkinan manusia durjana ini akan membuka akaun lain dan memulakan kembali penghinaan kepada Islam...

    pemilik akaun ini mestilah ditangkap dan disumbatkan kedalam penjara...

    Syabas Jingga 13!!

    MEMANG BETUL ADA BANGLA JADI WARGANEGARA LAYAK MENGUNDI.


    Memang ada Rakyat Bangladesh telah menjadi warganegara Malaysia rupanya..
    lepas tu rakyat malaysia dari bangla ni boleh mengundi...

    Menurut kata Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Jariah Mohd Said dalam satu kenyataan media, beliau mengatakan hanya 37 rakyat Bangladesh yang diberikan kerakyatan Malaysia sejak 1998 sehingga Ogos tahun lalu.

    maknanya benda-benda pelik dan lawak seperti ini memang ada berlaku,jadi tak boleh ler nak kata LANGSUNG TIADA orang Bangla yang telah diberikan taraf warganegara,kalau ikut kata Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara ni jumlahnye tak ramai ler..

    tapi itu kata dia...

    yang sebenarnya kita tak tahu..
    apa yang pasti...
    perkara seperti ini memang ada,memang berlaku dan tidak mustahil...

    jadi kepada sesiapa yang terus mengatakan perkara yang dikatakan oleh Perdana Menteri Bangladesh tu,bahawa rakyat negaranya boleh mendapat kewarganegaraan Malaysia dan boleh pula mengundi di Negara ini sebagai "palsu" dan "tidak benar",eloklah berfikir sekali lagi...
    kerana isu ini bukan lah sesuatu yang boleh dipandang ringan oleh rakyat Malaysia...[rujuk artikel disini]

     kenyataan Perdana Menteri bangladesh tu telah dihilangkan..

    Jadi nak tak nak kita kena akui jugak bahawa orang Bangla pun ada jugak yang dapat jadi rakyat Malaysia...
    cuma yang kita kena persoalkan adalah..

    BETUL KE HANYA 37 ORANG SAHAJA..?

    Umum mengetahui bahawa kerajaan kita ni selalu berdolak dalih...
    kejap kata nak buat jambatan bengkok
    lepas tu nak buat jambatan lurus pulak..
    lepas tu terus batal pulak..

    kejap kata harga minyak tidak akan naik..
    tup tup tak sampai dua bulan,harga minyak terus naik harga...

    lepas tu dulu tahun 2008, pernah kata nak guna dakwat kekal..
    lepas tu bila dah nak PRU 12 tak jadi le pulak..

    dulu juga kerajaan pernah menafikan dakwaan Dato' Seri Anwar Ibrahim menganai PKFZ,
    kerajaan kata dakwaaan itu tidak benar...
    tapi sekarang ni bekas menteri sedang turun naik mahkamah kerana didapati berbohong dalam skandal PKFZ...

    jadi korang nak percaya membabi buta je ker bila kerajaan kata hanya 37 orang bangla sahaja yang dapat kerakyatan Malaysia ni..?

    nak percaya ker hanya 14 orang bangla yang dah jadi rakyat Malaysia ni boleh mengundi..?

    Monday, 19 September 2011

    FITNAH LIWAT 2 : TAK ADA AIR MANI RUPANYA.


    Punyalah panjang kisah liwat siri ke 2 ni.. 
    Blogger upahan UMNO dan TV3 bukan main lagi sibuk menyebarkan fitnah seolah-olah Anwar dah bersalah dalam kes liwat ni...
    rupa-rupanya,sepanjang perbicaraan tersebut,"Air Mani" sebenarnya tak ada...

    Tapi TV3 dan blogger upahan UMNO dok sibuk cerita kat "rakyat bersongkok tinggi" seolah-olah DNA tu datangnya dari air mani...

    kah..kah..kah..
    lagi sekali si kaki penipu menipu...


    Aku memang dari awal lagi mengikuti kes fitnah liwat 2 ni..
    dan dari penerangan yang aku terima dari masa ke semasa mengenai kes ini,memang tiada isu air mani disini..

    DNA bukan bererti air mani...
    jadi kalau hujah Blogger upahan UMNO kata ada air mani dalam bontot si saiful tu.. 
    memang dorang berbohong ler..

    point dorang satu jer.. 
    dorang nak pembaca utusan dan penonton buletin utama termakan dengan fakta palsu dorang tu...

    Itu sebabnya dulu apabila hakim pernah membatalkan tiga barang kes,pendakwa waktu tu menemui jalan buntu...
    masa tu dah dengar khabar-khabar angin bahawa kes ini akan di tongsampahkan..

    Tiga barang tersebut ialah : 
    • sebatang berus gigi, 
    • sehelai tuala Good Morning dan 
    • sebotol air mineral kosong 
    ketiga-tiga barang kes itu diambil oleh ketua makmal forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), bekas Supritendan Amidon Anan di dalam lokap,sehari selepas Anwar keluar dari lokap tersebut.

    Bila jadi macam tu pulak,bila kemungkinan pendakwa boleh kalah dalam kes tu..
    maka Hakim membuat U-turn dengan mambatalkan penghakiman beliau terdahulu yang membatalkan 3 barang kes tersebut.. 
    jadi Hakim terima balik 3 barang kes tersebut..


    Hakim batalkan 3 barang kes.. 
    hakim yang sama itu jugak yang terima balik 3 barang kes tersebut...
    kejadian seperti ini hanya boleh didapati di mahkamah Malaysia yang tidak pernah dijajah ni sahaja..


    Kerajaan kena penjarakan Anwar dulu sebelum mereka BOLEH secara bebas mengebas duit rakyat....
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Blog Archive