Aku tak tahu apa ajaran yang diterapkan ke dalam dada orang UMNO ni...
mungkin mereka terlalu taksub dengan sejarah yang telah diterapkan ke dalam dada mereka..
mungkin juga itulah sebabnya, kalau kita persoalkan kesilapan kerajaan dan sikap pecah amanah pemimpin-pemimpin negara kita,maka kita akan dianggap sebagai pengkhianat kepada negara,petualang negara dan pelbagai lagi cemuhan...
korang puji pemimpin UMNO,
korang akan dipuji oleh orang...
korang dedah sikap pecah amanah pemimpin UMNO,
korang pulak yang akan dikeji oleh orang..
begitulah adanya politik dalam negara kita ni...
artikel dibawah ini aku ambil dari "berita terkini" utusan online..
mungkin akan disiarkan pagi nanti kot...
aku pastekan sekali dengan iklan kerana aku nak menunjukkan berita ni memang datang dari utusan..
aku pasti,orag UMNO pasti tidak dapat menerima berita ini...
tapi jika mereka benar-benar percaya kepada Qada' dan Qadar,pastinya mereka akan bersetuju dengan aku bahawa akidah mahathir dalam keadaan bahaya ketika mengeluarkan kenyataan ini...
lihat ayat yang aku dah gariskan tu... setahu aku,mengikut apa yang diajarkan kepada aku tentang agama semenjak aku kecil lagi adalah,
Allah lah yang telah memberikan kita umat manusia ini segala macam nikmat..
nikmat merdeka, nikmat minum, nikmat bernafas, nikmat "merasa" dan banyak lagi nikmat yang Allah kurniakan kepada kita...
kita berjalan ni pun,hatta masa korang baca blog aku ni pun,nikmat melihat tu adalah kurniaan Illahi...
bukan BN yang bagi nikmat pada kita,bukan UMNO,bukan PAS mahupun PKR...
tetapi Allah lah yang memberikan nikmat kepada kita
JADI,bolehkah kita lafaz ayat "mereka (pemimpin lah) yang memberikan nikmat kepada kita" ?
tidakkah boleh membawa kepada rosaknya akidah kita..?



























