Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Sunday, 31 July 2011

MIC DAPAT 2 MENTERI PENUH : PERKASA TAK SUKA.


Tahniah G.Palanivel....

kerana dapat menundukkan Najib dan membelai-belai kepala dia yang sudah kekurangan rambut tu...

Najib semalam mengumumkan MIC, parti komponen BN itu, akan menerima satu lagi jawatan menteri penuh  amalan yang dipraktikkan ketika pentadbiran bapanya Allahyarham Tun Abdul Razak.
 
Dengan keputusan itu kata Najib, Presiden MIC Senator Datuk G. Palanivel akan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi membuktikan komitmen pentadbirannya ke atas masyarakat India.

okay lah... bagus le macam tu.. 
semua orang tahu bahawa itu adalah cara Najib mahu menarik sokongan undi kaum India pada PRU13 nanti...  

untuk rekod,G Palanivel ni tewas dalam pilihan raya umum Mac 2008 dan gagal menjadi calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor April 2010.

lagipun sokongan kaum india sememangnya amat penting kepada BN berikutan BN telah kehilangan sebahagian besar sokongan dari kaum Cina.. 
jadi sokongan dari kaum India sangat-sangat diperlukan... (jadi tak perlu nak buat-buat terkejut)

tapi yang kelakarnya adalah Perkasa... 
kan ke Perkasa ni asyik nak perjuangkan melayu yang makin layu dibawah umno.. 
jadi bila melayu dalam perkasa ni yang tahap pekaumannya  mengalahkan umno itu sendiri

maka Perkasa seakan-akan terkedu bila Najib umumkan pertambahan kerusi untuk jawatan menteri penuh kepada MIC...

Muka ibrahim katak ibarat macam muka orang yang suka makan daging lembu (bukan vegiterian) disuruh makan makanan vegiterian... hehe... korang bayangkan je ler muka pak berahim tu...

lantas sepantas katak bergeraknya maka Perkasa pun memberikan amaran pada tahap 6 kepada MIC,

Kalau kaum India masih tidak mahu berterima kasih dan tidak menang dalam pilihan raya akan datang, maka dua kerusi kabinet itu akan hilang, saya lihat pertambahan kerusi menteri ini hanya untuk menguji sejauh mana sokongan kaum itu kepada Barisan Nasional (BN),” katanya pada Mynewshub.my di sini hari ini.

bunyi nada pak berahim ni memang macam tak puas hati sesangat.. sian dia... 
terkebil-kebil mata dia bila tengok parti yang memperjuangkan melayu 
memberikan jawatan tambahan kepada kaum india...
tu ler... melayu sangat konon..

(eh pak berahim,lalat terbang kat depan muka tu..!! hehehe... pak berahim ni tak boleh tengok lalat terbang dekat dia... ) 

melayu yang mempunyai perkauman melebihi agama memang macam tu perangai dia...
tak suka tengok kaum lain dapat perhatian sikit pun...

Pak berahim kata.."ramai yang terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pertambahan kerusi menteri untuk parti itu sedangkan MIC tewas teruk dalam pilihan raya sebelumnya"

.Namun, kata Pak berahim, Perdana Menteri lebih tahu apa yang tersirat di sebalik pengumuman berkenaan.
(aku tahu jugak Pak berahim oiii,... semua tu pasal nak PRU dah...)
Pasal nak pertahankan kuasa orang sanggup kerjasama dengan syarikat yahudi.... 
negara pun orang sanggup jual... 
jadi kalau nak banding,apalah sangat dengan dua jawatan Menteri ni....

kONTRAKTOR MELAYU : LIM GUAN ENG ANGGAP MCA BERFIKIRAN SEMPIT


Antara kebaikan Pakatan Rakyat menerajui beberapa negeri di negara ini selepas PRU 12 lalu adalah...
Pakatan Rakyat dapat menunjukkan kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat mampu untuk mentadbir dengan cekap dan baik..

Kerajaan Pulau Pinang dibawah DAP pula dapat memperlihatkan di mata orang melayu yang bahawa parti itu bukanlah sebuah Parti yang anti melayu.. 

Dalam keadaan politik semasa tanahair,apabila sesebuah kerajaan itu bertukar tangan,maka kita sebagai rakyat akan dapat melihat dan menilai sejauh mana prestasi kerajaan-kerajaan yang dipilih..

seperti mana yang dapat kita lihat sekarang ini,negeri-negeri dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat adalah jauh lebih bagus berbanding dengan keadaan semasa pemerintahan UMNO dahulu..

inilah yang membuatkan BN sangat takut..
kerana selama ini BN telah membuat fitnah dan propaganda bahawa Pakatan Rakyat tidak mampu untuk mentadbir negeri mahupun negara.. 

ditahan kerana membantu nenek Pendek Ahmad menuntut keadilan
bila Pakatan Rakyat diberi peluang sahaja,maka banyaklah keadilan yang dulunye tiada,telah dapat ditegakkan dan diberikan secara adil kepada rakyat bawahan..

Atas sebab inilah MCA berasa marah dengan DAP yang telah melaksanakan satu pemerintahan yang adil tanpa mengira warna kulit...

Dalam kes  Ketua Wanita MCA Pulau Pinang, Tan Cheng Liang yang mempertikai kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng, kerana didakwa memberi kontrak Jabatan Pengaliran dan Saliran Pulau Pinang kepada kontraktor Bumiputera dan India Muslim,Lim Guan Eng menganggap beliau sebagai tidak matang dan berfahaman sempit.

Katanya, sikap yang ditunjukkan oleh MCA tidak jauh bezanya dengan Umno yang menjadi rakan karib dalam BN.


"Jika kerajaan negeri membantu masyarakat Melayu, MCA akan mendakwa kita meminggirkan masyarakat bukan Melayu. Sekiranya kita membantu masyarakat bukan Melayu, Umno pula akan mendakwa kita meminggirkan masyarakat Melayu."

Bagi aku inilah akibatnyer apabila kita terlampau meletakkan perkauman itu di tempat yang jauh teratas sekali.. 
tak salah nak majukan bangsa sendiri,tetapi bukanlah bermakna kita kena bolot semuanya...



Lim Guna Eng juga berkata;
"Sekiranya pemikiran dan sikap begini masih lagi menjadi ikutan dan amalan, maka pembentukan sebuah masyarakat majmuk yang hidup harmoni, tanpa prejudis tidak akan tercapai.


"Oleh kerana itulah, apabila Umno seolah-olah gila talak kerana hilang kuasa, maka MCA juga kempunan untuk mengikut rakannya dengan menyalak tanpa hala tuju yang positif," ujarnya pada perasmian Jalan P Patto di Mak Mandin pagi tadi.


Sehubungan itu katanya, seandainya kuasa diberikan kepada BN, tidak mustahil banyak perpecahan dalam hubungan antara kaum akan terus berlaku..
apabila perjuangan bangsa seperti yang diamalkan oleh komponen BN menjadi amalan.


Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan, turut menyeru MCA supaya menyedari hakikat..

bahawa mereka bersama-sama dengan MIC dan Gerakan,
sudah tidak mampu lagi untuk mengembalikan keyakinan rakyat, terhadap perjuangan mereka bagi membela nasib rakyat di Pulau Pinang.


TAHANAN PSM : NAJIB TUNDUK KEPADA G. PALANIVEL


Hebat G.Palanivel...!!
pada hemat aku ler..
Samy Vellu pun tak dapat buat macam mana G.Palanivel dah lakukan terhadap Najib...

apa pun G.Palanivel tak boleh ler riak sangat.. 
sebab dia hanya menakutkan seorang lelaki yang sememangnya seantero dunia sudah ketahui bahawa lelaki ini sangat takutkan bini... 
kira tak aci ler...

dalam kes "tahanan 6 anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM)", G.Palanivel beberapa hari yang lepas mengakui beliau ada mendesak agar Najib membebaskan kesemua tahanan tersebut..

kerana tindakan penahanan mereka itu hanya membawa kepada buruknyer pandangan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia... apatah lagi BN mahu menghadapi PRU yang paling sengit sejak kejatuhan kerajaan melaka pada 1511... baca disini.

dalam keadaan terkulat-kulat.. terkemut-kemut kerana rasa bengang bercampur malu dengan desakan G.Palanivel itu,yang Najib rasakan mentah berbanding dirinyer sendiri.. Najib akhirnye akur dengan kehendak G.Palanivel itu...

Akhirnya,kesemua tahanan PSM dibawah EO yang mana tahanan boleh ditahan sehingga 60 hari,telah pun dibebaskan.. 
  1. Mereka ialah Ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar, 
  2. Setiausaha Bahagian PSM Sungai Siput, AP letchumanan, 
  3. anggota Jawatankuasa Pusat, Choo Chon Kai, 
  4. anggota Jawatankuasa Pusa, M Sukumaran,
  5. Timbalan Pengerusi PSM, M Sarasvathy dan 
  6. Pemimpin Pemudanya, R Sarat Babu.
 

Mereka semua ni didakwa di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana cuba melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong..





(ngarut betul ler umno ni.... 
agak2 ler nak buat tuduhan pun.... tak habis-habis berselindung di balik nama Agong)


tak cukup dengan itu,Najib yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengambil hati G. Palanivel semula.. (padahal palanivel tak rasa marah pun..)..

Maka Najib telah menganugerahkan G.palanivel jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri...
Palanivel : baru tau, takut kau dengan aku...  Najib : aha ha ha senang jer nak umpan kau

aku rasa pelik gak pada mulanyer... 
kan ke dah tak lama lagi dah nak PRU,kenapa tergesa-gesa nak bagi jawatan sekarang...?

kenapa tak boleh tunggu selepas PRU13..?
lagi pun G.palanivel tu pun bukan tentunye menang lagi... 
usahkan G.Palanivel tu..
Najib pun belum tentu dapat pertahankan kerusi dia disebabkan kes Lynas di Pahang..

aku nampak ini adalah hanya usaha Najib untuk berbaik-baik dengan G.Palanivel...
apa pun tak boleh laki aku ni...

sekali lagi UMNO kalah 2-0 dengan MIC...

hebat G.Palanivel... anda sehebat kak mah...

VIDEO FITNAH POLIS ; UNIT AMAL DAN PEGUAM PKR TAMPIL MENYANGKAL


Momentum isu BERSIH ni mungkin akan terus hangat dan sentiasa meningkat sehinggalah PRU 13 nanti.

ini kerana ketidakpuasan rakyat termasuklah PENGUNDI ATAS PAGAR yang semakin kelihatan menyalahkan polis dan kerajaan BN di atas semua insiden keganasan yang mendatangkan kecederaan ke atas orang awam yang menyertai perhimpunan BERSIH pada 9 July 2011 yang lalu...

Momentum ini di teruskan lagi kehangatannya apabila seorang pemuda telah tampil menyangkal video polis (video macam pak pandir) disiarkan sebuah televisyen yang menggambarkan seolah-olah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, membuat provokasi terhadap polis ketika perhimpunan Bersih 9 Julai lalu.

Anggota Unit Amal yang hanya mahu dikenali sebagai Lan, 30,  mendakwa berada betul-betul di belakang Tian Chua bersama kira-kira 2,000 orang di KL Sentral ketika itu dan beliau sebenarnya sedang menyelamatkan diri daripada ditembak polis.
encik polis baca betul-betul ye ayat tu...."sebenarnya sedang menyelamatkan diri daripada ditembak polis."
Lan berkata “Saya bertanggungjawab dengan kenyataan ini dan sanggup dipanggil jadi saksi jika diperlukan,”


Lan berkata, sebagai anggota Amal dari Pahang beliau ditugaskan untuk mengawal pemimpin di KL Sentral yang sedang membuat sidang media di Hotel Hilton untuk berarak ke Stadium merdeka.

Tambahnya, mereka menunggu pimpinan turun dari di Hotel Hilton, kira-kira pukul dua petang dan dianggap tempat yang paling strategik dan penting kerana menghimpunkan paling ramai pemimpin.

“Antara pimpinan yang ada di situ ialah Tuan Guru Haji Hadi Awang, Datuk Seri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah, Tian Chua, Khalid Samad, Dr Zul. Ambiga, Pak Samad dan AJK Bersih. Kami menanti pimpinan di KL Sentral dan saya lihat selepas itu entah dari mana datangnya, kurang lebih 2,000 orang anak muda mengelilingi pimpinan yang turun tadi.

“Lepas itu kami berarak masa itu tengah hujan renyai-renyai berhampiran terowong di situ. Sebenarnya kami ingin bergerak ke hadapan, tetapi FRU sudah menutup dan membuat provokasi dengan menembak gas pemedih mata kiri, kanan, depan dan belakang.

“Saya sendiri mendengar suara kuat seorang pegawai polis yang mengarahkan menembak gas pemedih mata tepat ke arah peserta, bukan seperti biasanya ditembak ke atas.

Jelas tembakan itu untuk paling kurang mencederakan peserta jika tidak membunuh,” ceritanya.

Tambah Lan, oleh kerana kawasan tertutup dan polis menembak gas memedihkan mata jadi mereka terpaksa bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.

Katanya, polis pula gunakan taktik merempuh peserta perhimpunan dan membantai dengan belantan supaya rebah lalu memberkas mereka. Namun ada yang berjaya meloloskan diri, ada yang melarikan diri ke kawasan pembinaan dan patah balik ke dalam kompleks KL Sentral.

“Dengan mata yang kabur kerana dilepaskan bom asap oleh polis, saya lihat seperti kiamat kecil. Depan mata saya lihat, Pak Samad terbaring, Khalid Samad berdarah kepala. Masa itu juga saya lihat pembantu Anwar, Fayaad tercedera...

“Saya bersama Pemuda Amal untuk menyelamatkan diri daripada polis yang mengejar untuk memberkas kami, terpaksa masuk semula ke dalam kompleks untuk menyorok. Jadi tidak langsung provokasi kami kepada polis, yang ada ialah untuk menyelamatkan diri termasuk Tian Chua,” ujarnya.

Lan menganggap di KL Sentral tempat paling teruk menerima tindakan keras daripada polis dan paling ramai anggota keselamatan yang lengkap dengan trak serta kenderaan lain kerana di situ paling ramai pemimpin Bersih.

“Tapi kami tidak pernah merasa serik dengan hambatan dan rintangan yang berlaku, bahkan jika dipanggil untuk memperjuangkan hak-hak rakyat seperti Bersih, saya bersedia untuk turun lagi ke Kuala Lumpur,” katanya bersemangat.

Penjelasan juga diberikan oleh Naib Presiden N. Surendran, Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah dan anggota Lawyers for Liberty Fadiah Nadwa Fikri menayangkan rakaman yang dirakamkan oleh Free Malaysia Today dan TV Selangor kepada media hari ini sambil menafikan satu demi satu dakwaan pihak polis.
Para peguam-peguam itu menjelaskan bahawa Ketua Polis Daerah Brickfields,Wan Bari Wan Khalid telah menjerit ke arah peserta perhimpunan aman BERSIH supaya bersurai,tetapi dalam masa satu minit kemudian mengarahkan pegawainya supaya menembak dan memekik "BAWAH!!" sebanyak tiga kali sebelum kedengaran 12 das tembakan dilepaskan oleh pasukan Polis.

yer..Kerajaan mungkin boleh buat 100 video palsu dan fitnah yang berniat memburuk-burukkan pemimpin Pakatan Rakyat...

tetapi Kerajaan tidak mampu untuk mengubah kebenaran sebenar yang berlaku..

Bagi aku,jika kerajaan mahukan rakyat menghormati Kerajaan...
maka pemimpin-pemimpin kerajaan WAJIB lah terlebih dahulu menghormati undang-undang negara...
mudah..simple dan senang...

Saturday, 30 July 2011

MOHD ASHRAF MENINGGAL DUNIA



Mohd Ashraf telah Meninggal dunia..

  Al Fatihah... buat roh arwah..
Mohd Ashraf Abdul Aziz.

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 
yang telah menggemparkan negara berikutan permohonan yang di buat oleh arwah menukar namanya kepada Aleesha Farhana  selepas menjalani pembedahan menukar jantina dua tahun lalu. 

meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.


beliau sebelum ini gagal dalam permohonan untuk menukar nama dalam mykad dan sijil kelahiran kepada nama wanita

 
 Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa, berkata permohonan Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, (gambar) yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz ditolak selepas mengambil kira tiga faktor iaitu:- 
  1. kromosom
  2.  kewujudan alat kelamin ketika lahir
  3. kewujudan organ dalaman


Arwah membuat permohonan itu  bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan juga kerana kesukaran menjalani kehidupan dan urusan harian dengan statusnyer sebagai lelaki yang sudah bertukar wajah,....
 

aku malas ler nak bercerita panjang apa yang telah dibuat oleh arwah ni.. kerana sebaiknyer kita mendoakan agar arwah ni mendapat pengampunan dan rahmat dari Allah..


bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan oleh Allah... kerana apa yang penting adalah taqwa...

1. Firman Allah Taala:
Ertinya: Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
(surah al-Hujarat, 13) 
 
jangan ler kita berputus asa dengan Allah....
dan jangan menyesal dengan apa jua ketentuan Allah ke atas diri kita....

mudah-mudahan kita semua mendapat hidayah Allah.

HOT!! PRU13 NOVEMBER ?


Dalam perkembangan yang terbaru..
kemungkinan PRU13 akan diadakan selepas Raya Aidilfitri.. iaitu dalam tahun ini juga!!

Pakatan Rakyat perlu menggiatkan lagi gerak kerja kempen Pilihanraya...

sempena dengan cuti raya nanti,maka boleh lah kita membawa mesej tentang Pakatan Rakyat ke kampung-halaman... terutama tentang BUKU JINGGA..

perkembangan yang terkini menunjukkan bahawa Pilihanraya kemungkinan berlaku dalam tahun ini dan besar kemungkinan akan berlaku dalam bulan November dan mungkin juga berlaku lebih awal...

walaupun sebelum ini spekulasi awal mengatakan pilihanraya akan berlaku pada bulan March 2012...
namun,beberapa petunjuk terkini menggambarkan bahawa Pilihanraya akan berlaku lebih awal.. 

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mahu menggunakan kesempatan Aidilfitri, malah termasuk bulan Ramadan, yang bermula isnin  depan bagi menghebahkan “mesej Pakatan Rakyat"

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata bahawa “Ramadan bukan satu alasan bagi kami untuk duduk dan relaks. Ia bulan penting bagi Muslim dan orang Melayu di Malaysia, di samping doa dan solat yang lazim dikerjakan..

..kami harus menggunakan peluang pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli kami ketika balik kampung, membawa bersama isu-isu ini, risalah, untuk menyebarkan mesej Pakatan Rakyat,”

beliau menambah lagi "PKR sudah pun menyediakan kit maklumat khusus yang terdiri daripada penerangan mengenai isu perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai dan menggariskan kandungan janji Pakatan Rakyat menerusi BUKU JINGGA."

Kami telah memanggil pengarah program Demi Rakyat dari setiap cabang ke ibu pejabat minggu lalu dan mereka diberikan kit maklumat ini dan butiran, dan setiausaha agung kami menjelaskan kepada mereka apa yang perlu dilakukan,” katanya lagi.

Tanpa memperincikan pendekatan PAS,Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya akan mengedarkan bahan-bahan maklumat seperti risalah dan CD kepada masyarakat kampung selain mengadakan program-program yang sangat spesifik sepanjang bulan Ramadan.

pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat akan memfokus pada isu yang sebati dengan kehidupan mereka, dengan mengambil kira soal kenaikan kos menjelang Hari Raya Puasa kali ini.

Dengan kadar inflasi mencecah paras tinggi, ekoran peningkatan harga makanan dan pengangkutan, kebanyakan keluarga dipercayai akan memotong perbelanjaan bagi mengikat kos sambutan kali ini.

Justeru, kata Dzulkefly, isu-isu ekonomi akan menjadi “menu” utama fokus mereka kali ini.

Berbanding Dzulkefly, Azmin yang juga ketua PKR Selangor menegaskan, isu Bersih 2.0 masih kekal penting dan harus diperjelaskan dengan terperinci kepada mereka yang tinggal di luar kawasan Lembah Klang.

Setiausaha Publisiti DAP kebangsaan Tony Pua berkata, usaha parti itu untuk terus menyegarkan mesej Bersih 2.0 akan dipertingkatkan menerusi majlis-majlis ceramah makan malam dan program komuniti bersama pengundi Muslim ketika Ramadan.

“Kami akan berdialog dan menyertakan bersama komuniti Muslim dan menerusi ini, mesej akan disampaikan ke bawah. Kita mesti meneruskan perbincangan berterusan kerana pada umumnya, orang ramai akan melupakan isu-isu semasa selepas tiga bulan,” katanya.. (betul tu,orang melayu malaysia ni cepat sejuk...) 

Kemungkinan PRU akan berlaku sebelum Perhimpunan Agung UMNO yang bermula dari 29 Nov 2011 hingga 3 December 2011.

Ayuh! gerakkan kempen...
gerakkan jentera...

penerangan inti pati BUKU JINGGA  perlu dihebahkan...!!

PANASS!!!! ; BUKTI DAP MENINDAS MELAYU..



muka pun macam berlagak jer...

Gambo tu le Pengerusi Pergerakan Wanita MCA Pulau Pinang, Tan Cheng Liang... (bukan liang lahad tau...)

dia ni dari MCA..

dia ni marah dengan Lim Guan Eng, (orang yang UMNO selalu katakan sebagai penindas orang melayu di Pulau Pinang...)

Awatnyer dia nak marah...?

Tan ni marah,  kerana kontraktorhttp://3.bp.blogspot.com/_s5V1PKUpZgQ/S2XIpn_5hSI/AAAAAAAAB_o/ocf2SghYF3s/s320/lge1.png-kontraktor Cina di negeri itu tidak mendapat walaupun satu projek dari Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri dan sebaliknya kesemua projek diberi kepada kontraktor Melayu, Bumiputera dan India Muslim

“Adakah permohonan mereka tidak lengkap,?” soal beliau sebagai respon kepada kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng bertarikh 27 Julai lalu.

Lim dalam kenyataannya berkata, para kontraktor dalam lima daerah untuk projek JPS adalah terdiri daripada Melayu, Bumiputera dan India Muslim manakala kontraktor wanita mewakili 20 peratus.

Tan Cheng Liang (wanita MCA tu ler..) berkata sejak DAP mengambil alih pentadbiran negeri, tidak ada seorang pun kontraktor Cina dalam lima daerah mendapat projek. JPS....
(aikk,iniker yang umno katakan sebagai LGE menindas melayu pulau pinang...? :)

Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak sepatutnya memberi projek kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera supaya dilihat adil tetapi mereka mesti memastikan para kontraktor itu mampu menyiapkan projek-projek yang diberi dan tidak menimbulkan masalah di kemudian hari... kata Tan Cheng Liang(wanita MCA tu jugak ler..) 

(nampak macam MCA yang memusuhi melayu ni..
kenapa UMNO nak berkawan dengan MCA lagi kalau dah macam tu...?)

Aku percaya LGE seorang yang bijak...
dia ni tidak memilih bulu...

bukanlah dia menidakkan kontraktor2 berbangsa cina,aku pasti sudah tentulah ada kontraktor cina dapat tender juga untuk projek di tempat lain,sebab jika tidak dah tentu ler kontraktor-kontraktor cina akan marah...

tetapi LGE tahu bahawa dia perlu bersikap adil kepada kaum-kaum yang lain...

inilah cara yang kita mahukan dalam sebuah kerajaan Pakatan Rakyat...

Friday, 29 July 2011

BERSIH 2.0 BERI TEMPOH 3 BULAN KEPADA SPR.


SPR di berikan tempoh 
selama 3 bulan dari sekarang untuk :~
  • Membersihkan senarai pengundi
  • Mereformasikan undi pos
  • Penggunaan dakwat kekal
  • Tempuh berkempen selama 21 hari
4 tuntutan ini adalah sebahagian dari 8 tuntutan BERSIH 2.0,oleh kerana SPR banyak sangat cekadaknyer..
maka BERSIH 2.0 memberikan peluang kepada SPR untuk melaksanakan 4 dari 8 tuntutan ini dalam tempoh 3 bulan dari sekarang..

4 tuntutan ini dibuat memandangkan SPR sebelum ini banyak sangat songeh nyer dengan memberikan alasan bahawa dia tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang2..

jadi jalan tengah yg diambil oleh BERSIH 2.0 adalah meminta SPR melakukan perubahan dan melaksanakan tuntutan 4 perkara tersebut yang sememangnyer berada di bawah kuasa SPR tanpa perlu menggubal undang-undang baru...

semua 4 perkara tersebut boleh dilakukan oleh SPR sendiri...
jadi lepas ni apakah pula alasan bodoh PR..? 
adakah mereka akan memberikan alasan bahawa bulan puasa dah semakin hampir.. staff2 SPR lapar dan tidak dapat membuat kerja..?  

tengok pada sikap SPR sebelum ini ada kemungkinan alasan itu akan digunakan jugak... hehehe...alahaiii...

Jurucakap Maria Chin Abdullah berkata:
“Kita mahu bergerak ke hadapan. Bola kini berada dalam gelanggang SPR dan mereka perlu respons sekarang," katanya. 

Maria menyifatkan SPR tidak mengambil pendekatan proaktif untuk mencapai persetujuan dalam rundingan dengan pihak Bersih 2.0.

Malah katanya, sehingga kini suruhanjaya itu lebih gemar memberi pelbagai alasan seolaholah cuba melindungi pihak berkepentingan.

Menurut beliau, SPR mempunyai kuasa untuk merombak sebarang peruntukan yang diyakini dapat menambahbaikkan sistem pilihan raya di negara ini memandangkan agensi itu terletak di bawah kuasa Majlis Raja-Raja.

Sehubungan dengan itu Maria berkata, Bersih 2.0 bersedia untuk mengeadakakan pertemuan semula dengan SPR sekiranya suruhanjaya itu berhasrat untuk mempertimbangkan empat tuntutan utama yang dinyatakan.

Baru-baru ini, ada individu daftar dua kali menggunakan kad pengenalan sama.

“Kita juga ada bukti di mana kad pengenalan baru dan lama digunakan untuk mengundi. Ini menunjukkan SPR sebenarnya tidak membersihkan senarai pengundi. Jadi kalau ini berterusan ia memberi impak buruk kepada kerajaan sekarang," katanya.

nak tengok antara perkara yang membuatkan rakyat marah..? baca disini..

CINCIN KAK MAH 24 JUTA : DIAM BIASANYE SETUJU..


kalau ikut style melayu.. diam tandanyer setuju...
tak nak komen tandanya ada sesuatu yang tak mampu nak diulas...

Kak mah kata dia tak mau melayan dakwaan beliau membeli cincin berharga lebih RM24 juta sebagaimana yang didedahkan oleh beberapa blogger...

jahat tul ler blogger PR ni... 
kenapa siap tunjukkan bukti pembelian cincin tu..?
kan ke kak mah dah susah nak jawab...

nanti lama2 kalau asyik jawab no komen..no komen.. orang tahu lak yg kak mah ni ada sesuatu yang disembunyikan...

korang punyer pasal ler ni....

kak mah kata lagi...
“Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh),”

Dua minggu lalui, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua PKR Rembau itu turut mendesak supaya Rosmah memberi penjelasan sumber wang yang dibelanjakannya untuk membeli cincin tersebut... 

adakah hasil dari menabung sejak kecil..? atau menabung sejak dari 2008..?

Badrul berkata beliau juga akan menyerahkan salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga RM24.4 juta  itu bebas daripada dikenakan cukai import.

Beliau yang popular dengan panggilan Chegubard berkata, berdasarkan maklumat yang diterima SAMM pada 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai “Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.


apa pun, aku sebagai melayu...
bagi aku diam tu tandanyer setujulah....

MELAKA MAJU ; PENIAGA MELAYU DIABAIKAN


Aku ingat bila Melaka maju.. semuanyer maju...
dan maju tu mencapai erti kata sebenar kemajuan,yakni semua rakyat mendapat hasilnyer...

tapi rupa-rupanyer tidak.....
rakyat tak semaju atau se "GAH" negerinyer...

Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) kecewa dengan kerajaan negeri Melaka yang gagal memberikan kerjasama di dalam menangani beberapa masalah peniaga kecil bumiputera di negeri itu.

Presidennya, Mohd Redzuan Abdullah berkata, keengganan itu telah mendorongnya membawa perkara tersebut ke pengetahuan Najib,selaku bos Ali Rustam..

Beliau mendakwa, sehingga kini terdapat 890 kes membabitkan peniaga kecil bumiputera di Melaka didakwa gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri yang meliputi pelbagai masalah.

Jelasnya, kerajaan negeri Melaka tidak serius di dalam menangani masalah mereka apatah lagi terus mengabaikan soal kebajikan peniaga terlibat dan hanya semata-mata ingin memastikan projek pembangunan yang dirancang terlaksana.

beliau berkata “Kami melihat tindakan kerajaan negeri lebih memihak kepada pelabur asing demi untuk menjaga hati mereka sedangkan segala tuntutan peniaga dan kesusahan yang dihadapi peniaga langsung tidak diendahkan."

Justeru, kami sudahpun memberikan maklumat lengkap kepada Perdana Menteri,” katanya.

Mohd Redzuan berkata, pihaknya juga amat kesal dengan kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam secara peribadi baru-baru ini kepadanya menyatakan kononnya Ikhlas tidak perlu menjadi orang tengah di dalam menyelesaikan setiap kemelut yang melanda kalangan peniaga di Melaka.

“Sedangkan selama ini, Perdana Menteri sentiasa melaung-laungkan peranan badan bukan kerajaan (NGO) agar bekerjasama dengan kerajaan dalam setiap masalah.

“Segelintir pegawai kerajaan dan juga Ahli Majlis juga dilihat kurang sopan ketika berdepan dengan peniaga,” dakwanya.

Di Selangor pun suatu ketika dahulu... di zaman Khir Toyo,pernah ada ura-ura untuk tidak membenarkan langsung penjaja melayu berniaga di tepi jalan kerana menggganggu konsep dan mencemarkan nama selangor sebagai negeri maju...

DIMANA ADA UMNO DISITULAH ADA MELAYU YANG SUSAH..

nasib baik lah PR sudah ambil alih Selangor ni....

KAK MAH NAK MINTA LAGI DUIT RAKYAT UNTUK DIPERABIHKAN


Dalam bajet 2010,PERMATA dapat peruntukan sebanyak RM100juta...

dalam bajet 2011,PERMATA dapat peruntukan sebanyak RM111juta..

ni duit pembayar cukai tauu...

duit aku,duit ko....dan duit mereka....

tapi ni bukan duit kak mah yang kak mah nak belasah 

sesuka hati mak bapak tiri jiran posmen dia...

sekarang ni kak mah nak minta dana tambahan lagi....

kak mah dah buat jambatan ke dengan peruntukan yang 

dulu tu sampai nak minta tambahan lak ni....?

apa ni..?

kalau korang nak setuju dan nak turut tertipu dengan perempuan yang berparut kat dahi ni,korang ikut ler...

aku tak mau terlibat... bagi aku ni dah kira melampau dah ni...

“Saya sangat berharap supaya kerajaan dapat menambah peruntukan untuk program Permata ini kerana ia 

mendapat permintaan yang ramai daripada ibu bapa dan sekarang setiap pusat hanya dapat menampung lebih 

kurang 50 pelajar,” kata kak mah hari ini sambil dengan muka toya dia tu...

kak mah berkata lagi :~

"PPN tidak mempunyai kepentingan politik, sebaliknya penubuhan pusat itu adalah demi masa depan 

kanak-kanak dalam memastikan mereka mendapat pendidikan yang baik, efektif serta berkualiti tanpa 

memerlukan belanja yang besar." 
(tak beso ko kata...? tayar spare kat pinggang betul ler ko ni..)

 “Sesiapa sahaja boleh mendaftar di Permata Negara, tidak kira fahaman politik, bangsa dan agama kerana 

kita mendidik anak-anak sifat jati diri, sifat mulia seperti bersopan santun dan bijak berinteraksi"

 “Kalau kerajaan beri lebih sikit jangan marah sebab itu untuk kebaikan rakyat seluruhnya terutama kanak- kanak,” katanya sambil membuat muka toyanyer untuk kesekian kalinyer....



hiiissshhhh.... 

geram aku tengok orang berlakon 
tapi tak pandai berlakon ni....

Thursday, 28 July 2011

TAHANAN PSM : MIC DESAK BEBAS,DR.JEYAKUMAR MOGOK LAPAR


Apakah tindakan yang akan diambil oleh Najib..?

G.Palanivel
Presiden MIC,G. Palanivel mendesak supaya 6 tahanan PSM dibebaskan..

beliau bimbang bahawa isu ini akan menarik perhatian masyarakat antarabangsa dan juga beliau bimbangkan

akan membawa kesan yang buruk kepada BN dalam PRU13

nanti...G.Palanivel berkata beliau sudah

bercakap dengan Najib mengenai desakan beliau ini beberapa hari yang lalu...

manakala Jeyakumar pula melancarkan mogok lapar mulai 

hari ini,(khamis) sehinggalah keenam-enam mereka 

dibebaskan..

Dr. Jeyakumar mengatakan bahawa beliau perlu mengadakan mogok lapar ini

kerana polis seakan-akan mahu

mengadakan tuduhan palsu keatas mereka semua dan 

memaksa mereka mengakui akan tuduhan tersebut... baca disini
Dr. Jeyakumar

Apakah Najib dan Hishamudin akan terus 

buat keras kepala mereka seperti

selalu atau adakah mereka akan tunduk 

kepada tekanan-tekanan ini..?

G.Palanivel perlu tahu bahawa,kalau 

namanyer pemimpin UMNO maka..

apa pun tak boleh... apa pun tak boleh...

NAJIB - MUHYIDIN : IBARAT TAIK DI HUJUNG JUBUR..


Keretakan antara bibir merah dan juga mat sembab dah tak dapat nak diselindung macam dulu lagi dah...

sekarang ni dah ibarat macam orang nak berak, dah terkemut-kemut..

rasa2,macam taik kat muka pintu jubur je dah... 

tak boleh buat apa dah...

nak tak nak kena keluarkan juga..

tak kira apa sekalipun... mesti dikeluarkan jugak...

nak simpan pun dah betul2 kat muka pintu dah.. orang dah mula terbau busuk dah...

tak boleh dah,tak boleh nak tahan2 dah...

PRU13 ni nanti.. mat sembab kemungkinan akan dikeluarkan terus dan terus di tarik flush!..

pintu akan ditutup dengan kemut yang tersangat kuat...

ibaratnyer macam dah tak mau bagi masuk semula dah...

kita sama2 nanti kan... 
PRU13 ni nanti bibir merah akan meletakkan orang-orangnyer sebagai calon...

mungkin juga orang tu bibir dia tidak merah,tetapi apa yang pasti tak ada sorang pun nanti yang mukanyer ada

kelihatan sembab... ini adalah percaturan bibir merah yang kelihatannyer tak suka dengan mat sembab...

dorang dah tak mesra dah... tak tau le pulak kalau kali ni dorang akan berpura-pura makan setalam kot...

dari dulu lagi,mat sembab bukanlah orang bibir merah,mereka hanya bergabung seketika untuk 

mencampakkan si kaki tidur dari atas katil ke atas lantai.... sekarang episod si kaki tidur dah berlalu..

cuma tinggal mat sembab sahaja yang akan di cantas oleh sibibir merah... sama-sama kita nantikan....



BIOMETRIK : TERLALU MAHAL...!!


Dalam tuntutan bersih 2.0, ada salah satu dalam 8 perkara itu  yang menuntut penggunaan dakwat kekal..


kita mungkin tidak terfikir bahawa kos dakwat kekal ini adalah jauh lebih murah berbanding dengan sistem biometrik..

kenapa kita perlukan satu sistem yang mahal? 
sedangkan kita ada pilihan untuk satu cara yang murah..

katakanlah dakwat kekal ini kosnyer adalah RM3 juta.. dan sistem biometrik pula kosnyer 2 bilion,ini kemungkinan sebab umno ni biasanyer suka memperbesar-besarkan jumlah tender....

jadi berdasarkan pengalaman kita dengan UMNO ni, perkara ni memang ada kemungkinannyer..

walaupun bukan sampai 2 bilion pun (tu aku bagi contoh jer.. korang jangan ler marah pulak...) 
tetapi kos sistem biometrik sudah tentu akan jauh lebih MAHAL berbanding menggunakan dakwat.. 

tak mungkin kos dakwat lebih murah berbanding dengan sistem biometrik.. itu aku sangat pasti...

lagi pun pada tahun 2007, Majlis Fatwa Malaysia dah mengeluarkan hukum berkenaan dakwat kekal ini... Majlis Fatwa sepakat mengatakan penggunaan dakwat kekal tidak menyalahi hukum syarak.. baca disini

lagi satu yang merunsingkan aku adalah perkara yang dibawah ni...
adakah maklumat dan penggunaan biometrik ini tidak boleh mewujudkan pengundi hantu... ???


UMNO apa pun tak boleh...

NAJIB; PERANGI KOS KEHIDUPAN...! PANDIR KE APA..?


Najib minta rakyat perangi kos kehidupan semasa...
bila aku baca tajuk tu,aku terfikir satu jer.. Najib ni bodoh ke haper..?
memang rakyat dah lama perangi...
kita dah lama perangi PUNCA kepada kenaikan kos kehidupan kita iaitu BN.... Barang Naik..

jadi bila Najib ajak kita semua perangi kos kehidupan.. aku rasa kelakar ler... sebab seolah2 dia mengajak kita semua rakyat malaysia ni perangi BN yang mana secara asasnyer kita memang dah lama lakukan....


alasan Najib dalam isu ini adalah..
"Kira-kira dua tahun lalu tidak ada fenomena global mengenai kenaikan harga barang makanan tetapi sekarang ia turut melanda semua negara di dunia" 

Najib seolah-olah takde rasa bersalah,malah dia komen mcm negara konggostan lak yang bersalah... 
komen Najib yang nampaknyer seolah-olah dia baru sedar yang rakyat memang terasa kesan kenaikan harga barangan...

"Oleh kerana fenomena ini telah membawa impak kepada rakyat Malaysia dan pengguna, maka kerajaan berpendapat ia sudah menjadi isu utama justeru kita perlu menentukan respons dan penyelesaian yang boleh memberi kesan dan kelegaan kepada rakyat,” katanya

Aku tak harap ler kerajaan tak kira BN atau PR (jika PR memerintah negara nanti) untuk memberikan minyak petrol semurah 50sen seliter macam negara-negara arab yang lain...

aku juga tak harapkan tol (semua tol) dihapuskan... 
aku tak harapkan semua tu.. 

kerana aku tahu jika semua percuma,susah ler kerajaan...
tapi aku cuma menuntut kerajaan memikirkan hal kebajikan rakyat sebelum membuat sesuatu keputusan yang melibatkan kepentingan awam...

bagi aku cukup ler semua harga dikaji semula berasaskan dengan pendapatan rakyat jelata...
kalau minyak RON 95 tu jadi RM1.50sen seliter bagi aku dah cukup bagus...

kalau semua konsesi tol diturunkan harga sebanyak 40% pun dah kira ok... tak payah ler free...

aku cuma terkilan apabila ketirisan perbelanjaan kerajaan yang berpunca dari kelemahan Kerajaan BN melibatkan kerugian sebanyak RM2 8 bilionduit rakyat setahun,jumlah itu sangat besar dan jumlah itu juga mampu untuk menampung
segala subsidi untuk rakyat 



                                       



  jalan penyelesaian dari Menteri BN..


















Kos ini sangat mengganggu corak kewangan sesebuah keluarga...
mak cik ni pun terasa jugak...

jadi makcik ni ada sesuatu yang nak disampaikan kepada kerajaan BN dan UMNO...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive