Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 28 December 2011

UJIAN DARA GADIS DI DALAM TAHANAN DIARAH HENTI.


Macam-macam perkara pelik kat dunia ni...
kat Mesir,ada pulak pemeriksaan dara bagi tahanan wanita semasa dalam tahanan di penjara tentera..
macam mana dorang check tu tidaklah pulak aku tahu..

samira ibrahim
Namun..
baru-baru ini..
Mahkamah Mesir telah mengarahkan supaya amalan memeriksa dara gadis dan wanita di secara paksa penjara tentera dihentikan..


Mahkamah Mesir membuat keputusan tersebut selepas kes "kontroversi"itu  dibawa oleh seorang penunjuk perasaan,wanita yang bernama Samira Ibrahim...

beliau ditahan semasa demontrasi besar-besaran di Dataran  Tahrir pada bulan Mac.
 
Kes ini telah difailkan oleh Samira Ibrahim, yang mendakwa tentera memaksa beliau dan enam wanita lain untuk menjalani ujian keperawanan pada bulan Mac selepas mereka ditangkap semasa protes di Dataran Tahrir, Kaherah.
 


Seorang pegawai tentera yang dilaporkan mengakui bahawa ujian dara tersebut dilakukan supaya tentera tidak dipersalahkan sekiranya berlaku dakwaan gadis dirogol didalam semasa dalam tahanan.
 

Samira, yang berasal dari bandar selatan Mesir, telah dipindahkan ke mahkamah tentera empat hari selepas penangkapan di Dataran Tahir.
 

Beliau menerima hukuman penjara setahun kerana didakwa menghina pihak berkuasa, menyertai perhimpunan dan melanggar perintah berkurung.
 

Beliau memfailkan kes pendakwaan ketenteraan terhadap askar yang menjalankan ujian keperawanan tersebut , dan badan kehakiman tentera kini sedang mengendalikan kes itu.

Macam-macam ada... 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive