Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 27 December 2011

SOGOK POLIS 1.7 JUTA SUPAYA TAK SIASAT NFC,TAPI TIADA KENA MENGENA DENGAN NFC?


Lelaki yang ditahan pihak polis selepas dipercayai mempunyai hubungan dengan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan melakukan cubaan merasuah pegawainya dengan sejumlah RM1.7 juta telah ditahan semula pihak polis.

Ahli Perniagaan berusia 45 tahun itu yang ditahan sejak Rabu lalu dibebaskan selepas reman kali keduanya tamat semalam.
Dia kemudiannya ditahan semula pihak polis atas dakwaan kes berlainan semalam.

Terdapat spekulasi bahawa lelaki berkenaan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Datuk Seri Dr
Mohamad Salleh Ismail,(suami Sharizat)...

Namun begitu, kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi Eksekutif NFC tersebut  menafikan perkara berkenaan...

Kes NFC ini akan membuatkan kita seolah-olah sedang menonton sebuah sinteron indon...
yang episodnya terlalu panjang...

Bila hero nak jumpa dengan ibunya yang sudah lama terpisah,ada saje halangannya...
ada je yang tak kena... 
walaupun ibunya tu sebenarnya hari2 dia jumpa...

Macam tulah kes NFC ni... pelaku utamanya adalah Suami Sharizat.. 
dan semua ahli keluarga Sharizat...
tapi yang terlebih dahulu kena tahan adalah orang lain...
kejap reman... lepas tu bebas.. 
lepas tu reman balik.. 
lepas tu bebas balik...

Kita sebelum ini pernah juga pernah melihat "wayang" yang membabitkan Eric Chia, individu yang dipertanggungjawabkan atas kerugian Perwaja sebanyak Rm10 bilion... 

Namun, bertahun-tahun Eric Chia bebas tanpa ditahan kerana pihak berkuasa tidak dapat siasat beliau disebabkan tidak dapat menjejaki Eric Chia walaupun  Eric Chia sentiasa berada di majlis-majlis besar di dalam negara...

Lepas tu bila dah dapat jejak pulak,dan didibicarakan...
Eric Chia dibebaskan sebab pendakwa gagal membuktikan beliau bersalah...
utusan

Macam jugalah skandal NFC ni...
pelakunya adalah Suami Sharizat,anak-anak beliau termasuklah Sharizat sendiri...

Tetapi sehingga sekarang semua nama-nama tu masih belum ditahan untuk disoal siasat...
susah nak jejak ker..?
sedangkan suami Sharizat bebas ke sana ke sini menghadiri majlis-majlis dalam negara kita ni..

Lelaki yang "konon"nya tiada hubungan dengan Suami Sharizat yang cuba menyogok polis dengan wang sebanyak RM1.7 juta tu pulak telah ditahan dan dibebas berkali-kali..

Kalau dia tak ada kaitan dengan Suami Sharizat dan juga Sharizat kenapa pulak dia sanggup nak keluarkan duit sendiri menyogok polis supaya tidak siasat NFC..?
tak ke bangang namanya tu..?

Semua tu adalah wayang Kerajaan...
selepas PRU13..
Sharizat,Suami Sharizat dan termasuk khir Toyo..
nasib mereka semua akan sama dengan Eric Chia...
mereka semua akan bebas dan didapati tidak bersalah..

Takkan korang nak kena tipu 18 kali lagi..?

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive