Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 14 December 2011

SKANDAL NFC : SALAH GUNA KUASA MENTERI SALUR WANG NFC SEBELUM PERJANJIAN DIBUAT KE SPRM


Sebelum ini lianglahad ada keluarkan post mengenai skandal NFC yang melibatkan menteri pertanian.. 

Maka pagi tadi...
NGO Jingga 13 membuat laporan ke SPRM berhubung skandal tersebut dan meminta SPRM menyiasat bagaimanakah wang untuk NFC boleh disalurkan sebelum
perjanjian dibuat..

Jingga 13 merasakan bahawa "layanan istimewa" ini ada kaitan dengan jawatan yan disandang oleh Sharizat di dalam kerajaan dan juga di dalam UMNO...

Berikut adalah kenyataan media Jingga 13.

SKANDAL NFC : LAPORAN SPRM AGAR SIASATAN TERHADAP SALAH GUNA KUASA BEKAS MENTERI DAN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI BERKAITAN PENYALURAN WANG SEBELUM PERJANJIAN DI BUAT DENGAN NFC.

JINGGA 13 membuat aduan dan laporan rasmi kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar satu siasatan berkaitan isu Skandal NFC terhadap salah guna kuasa bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani;

  • TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN ( 2004 – 2008 ) ,  

  • DATUK MUSTAFA MOHAMED ( 2008-2009 ) dan  Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani  sekarang 

  • DATUK SERI NOH OMAR ( 2009 – sekarang )..
berkaitan kenyataan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) , Datuk Seri Azmi Khalid .
Datuk Seri Azmi Khalid dalam kenyataannya menyatakan bahawa pegawai-pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang hadir pada perjumpaan PAC memberitahu wang dikeluarkan kepada satu akaun khas sejak 2008 hingga 2009. 

Sedangkan  ianya memerlukan kelulusan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi disalurkan kepada akaun pengurusan syarikat tersebut . Malah perjanjian antara Kementerian Pertanian dan Asas Tani dan NFC hanya ditandatangani pada 2010.


JINGGA 13 menyelar  tindakan yang dilakukan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta bekas menteri dan menteri bertanggungjawab kerana ianya adalah merupakan satu tindakan salah guna kuasa yang amat nyata apabila telah menyalurkan wang kepada akuan khas NFC sebelum perjanjian di buat sepertimana prosedur dan peraturan kewangan .


JINGGA 13 mempersoalkan bagaimana wang tersebut boleh dikeluarkan sejak 2008 hingga 2009, serta siapakah yang terlibat dalam melulus dan membenarkan penyaluran wang tersebut sebelum perjanjian dimeterai  antara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan NFC yang melibatkan sejumlah besar wang rakyat tanpa mengikut prosedur dan peraturan  yang telah ditetapkan. 


JINGGA 13 mendesak agar satu siasatan dan tindakan oleh pihak SPRM wajar diambil tehadap Tan Sri Muhyiddin Yassin , Datuk Mustafa Mohamed dan Datuk Seri Noh Omar sekiranya mereka terlibat dengan tindakan penyaluran wang tersebut , malah siasatan yang telah dibuat oleh PAC adalah bukti nyata terhadap salah guna kuasa. 


Heret SEGERA penjenayah dan pengkhianat wang rakyat ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman yang setimpal berdasarkan peruntukkan undang-undang yang telah ditetapkan .

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga 13

Tarikh : 14 Disember 2011

1 comment:

  1. SELAMAT MALAYSIA
    Ketua Pemuda Gombak MCA Yip Jiun Hann
    “U” Punya Bapa YIP KUM FOOK melakukan hal jahat, tipu wang orang, tipu WANITA, merosakan keluarga orang lain, makan duit Tokong………….telah membangkitkan orang ramai naik marah.
    “U” sepatut menasihat Bapa berkelakuan baik tetapi dengan dukacita sebaliknya “U” membangkitkan nama pemimpin Negara kita PM Najib Tun Razak dan Ketua MCA Dr chua Soi Lek pun bersama kelakuan mengapa orangramai tidak menyoalkan?
    “U” memang kurang ajar, sebagai seorang ketua pemimpin Pemuda MCA Gombak sepatutnya menjunjung pemimpin dan hormat Negara, bukan membusukan pemimpin dan menburokkan nama kebaikan Malaysia.
    Sekiranya “U” tak suka Negara Malaysia, lebih baik “U” dan Bapa “U” keluar Negera ini.
    Kita harap pemimpin kita mengambil tindakan kepada dia. Supaya nama kebaikan Malaysia dapat di pertahankan.
    Sekian, Terima Kasih.
    YANG BENAR,
    RAKYAT YANG SAYANGI MALAYSIA
    GOMBAK, SELANGOR

    SAVE MALAYSIA
    MCA Youth chief Gombak Yip Jiun Hann
    "U" Your father YIP KUM FOOK do evil, cheated money, deceit WOMEN, family confuses others, eat Temple money ............. Temple crowd are very angry.
    "U" should advise your father to do good things but with sadly "U" try to put bad name of our PM Najib Tun Razak and MCA chief Dr Chua Soi Lek , why people did not question it?
    "U" was rude, as head of MCA Youth leader should honour and respect our leaders, not try to destroy our leaders and make bad name of Malaysia.
    If "U" does not like Malaysia, the better "U" and your father can out of this Country.
    We expect our leaders to take action on him. So that the good name of Malaysia can be defended.

    Thank you,
    THE TRULY,
    People Who Love Malaysia
    Gombak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive