Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 2 December 2011

PERWAKILAN ANGGAP SHARIZAT LIABILITI KEPADA UMNO.


Sudah mula ada perwakilan UMNO yang berani menyuarakan kekecewaan mereka di atas penglibatan pemimpin UMNO yang berjawatan menteri di dalam skandal NFC..

Pemimpin yang dimaksudkan adalah Sharizat Jalil...
(siapa yang bernama Sharizat jalil dialah terasa hehehe..)

Semasa berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan Wanita UMNO,
Sharizat berjaya mengalihkan isu NFC daripada di letakkan ke bahunya..

Dia berjaya mengheret Wanita UMNO keseluruhannya untuk turut sama berfikir isu NFC ini adalah serangan PKR kepada Wanita UMNO.. 
dan bukannya kepada beliau dan suami serta anaknya sahaja...

Walaupun yang bertanggungjawab menyalahgunakan duit rakyat tu adalah keluarganya...
tetapi cubaan Sharizat tu dilihat berjaya apabila Wanita UMNO bangun dan bersorak menyokong ucapan Sharizat seperti orang yang baru lepas kena air ketum...

Namun...
walaupun begitu,rupa-rupanya ada juga yang tidak puashati diri mereka dibodohkan secara terang-terangan oleh Sharizat..

Bercakap kepada The Malaysian Insider selepas persidangan mereka, beberapa pemimpin Wanita Umno mengakui bahawa Shahrizat (gambar) sudah menjadi “liabiliti” kepada parti tersebut dan beliau keluar sebelum skandal NFC “menghancurkan kami semua.”

Bagaimanapun menurut mereka, kebanyakan perwakilan akan merasa “amat takut” untuk bercakap mengenai ketua mereka bimbang boleh hilang jawatan dalam parti...

Memang dasar UMNO pentingkan jawatan dan pangkat..
dan memang juga dasar UMNO ahli tidak boleh mempertikaikan kesilapan pemimpin mereka..

“Sebagai ahli Wanita Umno, 
saya sangat kecewa,...Ramai daripada kami kecewa. 
Mengapa mengheret kami ke dalam isu ini?” kata seorang perwakilan Wanita Umno dari Perak.

Satu fakta yang aku suka tentang kenyataan pemimpin Wanita UMNO ni adalah...
“Jangan lupa, orang yang pertama mendedahkan isu mengenai kelemahan NFC ialah Ketua Audit Negara, bukannya pembangkang. Jangan menyerang pembangkang untuk menutup kelemahan kita sendiri,” kata beliau lagi.

“Tetapi kebanyakan ahli Wanita Umno tidak tahu isu berkenaan NFC....
Itu sebabnya mereka bangun menyokong beliau...
Mereka tidak tahu isu. Wanita Umno, mereka adalah begitu,” kata perwakilan dari Perak.

Dia suami kamu. Apa yang anda cakap, ia tiada kaitan dengan anda? 
Jika anda bukan menteri, adakah anda rasa boleh dapat projek ini?” katanya lagi.

Datuk Wan Amizam Wan Abdul Razak,
perwakilan dari Pahang.. 
turut menyuarakan skandal NFC ni...
beliau mengingatkan pemimpin atasan Umno  supaya mengelakkan diri daripada dibelenggu pelbagai kontroversi.

Beliau berkata keadaan itu akan menyusahkan pemimpin di peringkat Bahagian sepertinya untuk menjelaskan perkara sebenar kepada ahli bawahan yang lain.

Katanya, ini termasuk skandal projek lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan Ketua Wanita Umno yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

“Kepada pemimpin tolong jangan buat kontroversi. Kami yang dibawah ni payah nak jawab. 
Salah satunya isu NFC…..sudah cukuplah sampai sini,” katanya ketika membahaskan usul ucapan Presiden di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

kah..kah..kah..
"makan dalam" tu....

1 comment:

  1. SELAMAT MALAYSIA
    Ketua Pemuda Gombak MCA Yip Jiun Hann
    “U” Punya Bapa YIP KUM FOOK melakukan hal jahat, tipu wang orang, tipu WANITA, merosakan keluarga orang lain, makan duit Tokong………….telah membangkitkan orang ramai naik marah.
    “U” sepatut menasihat Bapa berkelakuan baik tetapi dengan dukacita sebaliknya “U” membangkitkan nama pemimpin Negara kita PM Najib Tun Razak dan Ketua MCA Dr chua Soi Lek pun bersama kelakuan mengapa orangramai tidak menyoalkan?
    “U” memang kurang ajar, sebagai seorang ketua pemimpin Pemuda MCA Gombak sepatutnya menjunjung pemimpin dan hormat Negara, bukan membusukan pemimpin dan menburokkan nama kebaikan Malaysia.
    Sekiranya “U” tak suka Negara Malaysia, lebih baik “U” dan Bapa “U” keluar Negera ini.
    Kita harap pemimpin kita mengambil tindakan kepada dia. Supaya nama kebaikan Malaysia dapat di pertahankan.
    Sekian, Terima Kasih.
    YANG BENAR,
    RAKYAT YANG SAYANGI MALAYSIA
    GOMBAK, SELANGOR

    SAVE MALAYSIA
    MCA Youth chief Gombak Yip Jiun Hann
    "U" Your father YIP KUM FOOK do evil, cheated money, deceit WOMEN, family confuses others, eat Temple money ............. Temple crowd are very angry.
    "U" should advise your father to do good things but with sadly "U" try to put bad name of our PM Najib Tun Razak and MCA chief Dr Chua Soi Lek , why people did not question it?
    "U" was rude, as head of MCA Youth leader should honour and respect our leaders, not try to destroy our leaders and make bad name of Malaysia.
    If "U" does not like Malaysia, the better "U" and your father can out of this Country.
    We expect our leaders to take action on him. So that the good name of Malaysia can be defended.

    Thank you,
    THE TRULY,
    People Who Love Malaysia
    Gombak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive