Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 17 December 2011

PEMIMPIN MTUC "GAGAL", WAJAR ADAKAN UNDI TAK PERCAYA!




Khalid Atan..
baru setahun menjawat jawatan sebagai jawatan Presiden MTUC..

Namun begitu,beliau telah membawa perubahan yang merugikan golongan pekerja buat selama-lamanya..
perubahan yang dimaksudkan adalah "Pindaan Akta Kerja 1955" yang telah pun berjaya dipinda..

Memanglah umum melihat beliau seolah-olah turut sama memperjuangkan bantahan akta kerja ini..


Tetapi perjuangan beliau hanyalah sekadar "hangat-hangat tahi ayam" sahaja..
itu pun hanya nak bagi orang "nampak" dia ni berada di pihak golongan pekerja..

Individu lain yang turut bersikap seperti beliau adalah Setiausaha Agung MTUC,Abdul Halim Mansor..

Mereka berdua ini adalah orang kuat penyokong UMNO..
kerana mereka ini orang UMNO lah, maka mereka mengambil sikap sambil lewa dalam isu "Pindaan Akta Kerja 1955" sehinggalah pindaan itu telah berjaya dipinda..

Kini,gabungan MTUC sudah hilang rasa percaya terhadap pemimpin atasan MTUC..

MalaysianInsider

Presiden MTUC dan Setiausaha Agung MTUC tidak begitu bersungguh-sungguh untuk menghalang pindaan tersebut kerana yang ingin melakukan pindaan itu adalah pemimpin parti pemerintah iaitu BN dan UMNO..
parti yang disokong oleh kedua-dua individu ini...

Malah, Setiausaha Agung MTUC pernah cuba menggagalkan piket bantahan ke atas pindaan Akta kerja tersebut dengan mengeluarkan surat pekeliling mengatakan piket tersebut "batal"...

Maka Akta Kerja 1955 telah pun berjaya diluluskan pada 6 Oktober lalu di Parlimen...
sebelum ini aku ada keluarkan artikel mengenai akta kerja 1995 ni..

Bagi yang kurang mengetahui...
Pindaan Akta kerja 1955 sebenarnya pernah cuba dipinda pada tahun 2010 lagi...
Pada tahun 2010 pihak kementerian telah mencuba sebanyak dua kali untuk meminda Akta ini..

Tetapi dengan ketegasan kepimpinan MTUC pada waktu itu,Encik Syed Shahir (gambar) dan barisan kepimpinan MTUC yang lain telah berjaya menyekat Kementerian melakukan pindaan..

Kepimpinan waktu itu siap menerjah bilik menteri di bangunan parlimen bagi menggagalkan cubaan pindaan tersebut..

Alhamdulillah,hasil usaha yang gigih kepimpinan MTUC pada waktu itu dan juga dengan hasil bantuan YB-YB Pakatan Rakyat,akhirnya Pindaan Akta Kerja itu berjaya digagalkan...
Presiden MTUC pada waktu itu adalah Syed Shahir Syed Mohamud..



Ingatkan selepas tu,takkan ada rancangan pindaan lagi..
rupa-rupanya Kementerian masih lagi meneruskan usaha-usaha untuk meminda Akta Kerja 1955 ini yang akan menguntungkan golongan Kontraktor pembekalan pekerja.. dan merugikan golongan pekerja..

Namun dalam pemilihan MTUC pada akhir tahun 2010,Syed Shahir gagal mengekalkan kedudukan sebagai Presiden MTUC...

Dan sejak itulah Jawatan Presiden MTUC dan juga Setiausaha Agung MTUC telah dipegang oleh dua individu yang merupakan penyokong kuat UMNO dan Kerajaan..




  • Presiden MTUC sekarang ini,Khalid Atan







                                               


  • Setiausaha Agung MTUC sekarang,Abdul Halim Mansor.





Kalau nak tengok Halim Mansor ni sokong siapa..
korang tengok blog dia ni... [blog halim]
Maka bagi aku wajar sekali diadakan undi tidak percaya ke atas kedua-dua individu ini..
baik bagi balik jawatan Presiden MTUC tu kepada kepimpinan yang lalu.. yang jelas benar-benar memperjuangkan hak-hak pekerja...

Kalau pemimpin atasan MTUC sudah mula menjadi "kaki angguk" kepada parti pemerintah...
maka perjuangan ke atas isu-isu pekerja pasti akan terabai..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive