Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 26 December 2011

MOHON PINJAMAN TAPI DIHALAU KERANA TIDAK KENAL KETUA CAWANGAN UMNO


Seorang rakyat marhaen yang ingin membuat pinjaman dari Tekun untuk mengubah hidup,telah diperlekehkan oleh seorang pemimpin UMNO dihadapan orang ramai...

Pemohon tersebut Abdul Naaim bin Azaddin,48 tahun telah "disuruh balik" oleh Ketua UMNO Bahagian Jerai, Datuk Mohd Suhaimi bin Abdullah...

 Mungkin jawatan beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian Jerai sudah cukup tinggi untuk "menghalau balik" rakyat miskin yang datang untuk meminta bantuan..


Bantuan yang diperlukan dari Ketua UMNO Jerai itu hanyalah "sebuah" tandatangan..
bukan datang nak minta wang pun dari pemimpin UMNO tersebut..

Tetapi hanyalah tandatangan bagi mengisi ruang "sokongan" yang ada di dalam borang pinjaman Tekun tersebut..

Oleh kerana malu dengan insiden dimalukan dan diperlekehkan dihadapan orang ramai,pemohon tersebut telah pun membuat laporan polis..


Pemohon itu "disuruh balik" oleh pemimpin Ketua UMNO bahagian Jerai tersebut hanya kerana pemohon tidak mengenali nama-nama pemimpin UMNO di Cawangan Gurun (kawasan pemohon)..

Apakah ada syarat sedemikian di dalam syarat-syarat permohonan Tekun..?
meh sini aku tunjukkan syarat-syarat pinjaman Tekun..


Adakah ada pula pinjaman Tekun ini memerlukan dokumen butiran nama-nama semua pemimpin UMNO dikawasan kita..? siap dengan jawatan mereka sekali...?

Korang tengok kat sini dokumen yang diperlukan..
ada tak dinyatakan keperluan untuk memberikan nama-nama pemimpin UMNO...?


Inilah bukti pemimpin UMNO tidak pernah ikhlas membantu rakyat..

Kerajaan PR memberikan bantuan yang adil kepada rakyat yang layak...
Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
Mikrokredit Miskin Bandar Selangor (MIMBAR)
Skim Mikrokredit Selangor

Dan pelbagai lagi program kebajikan di Selangor tidak pernah pun meletakkan syarat supaya Pemohon mengenali Ketua Cabang atau pun Ketua Ranting....

14 comments:

  1. Insiden yang sama juga berlaku kepada kakak saya. Orang UMNO ni fikir duit tekun macam duit bapak dorang pulak. Rela gunakan duit untuk bangunkan kuil. Sampai kiamat UMNO takkan dapat undi saya!

    ReplyDelete
  2. itulah yang menyedihkan pasal umno ni...
    kerana keegoan mereka..mereka sanggup lihat melayu hidup susah...

    ReplyDelete
  3. tanpa sedar sebenarnya kerajaan lah sebenarnya yang menghimpit rakyat untuk membuat perkara tidak baik..nak ikut prosedur ..untuk rakyat biasa ..nak buat apa pun susah...banyak sangat prosedur yang membuatkan rakyat 'putus asa'...ini yang membuat aku meluat dan nak termuntah serta geli geleman tengok pemimpin pemimpin 'yang kononnya 'membela nasib rakyat ..padahal mereka mempergunakan rakyat untuk kepentingan diri dan kaum kerabat mereka..

    ReplyDelete
  4. mereka hanya melaungkan slogan hidup melayu! hidup melayu! tetapi kerana merekalah melayu merempat di negara sendiri..
    kerana mereka lah melayu semakin terpinggir...
    itu belum lagi kita cerita bab rasuah dan percent didalam tender...

    ReplyDelete
  5. Liang lahat.. memang UMNO suka melayu hidup susah sebab mereka akan menagih undi melayu susah ini dengan pemberian yang tidak sebeberapa dan menjadikannya gula2.

    ReplyDelete
  6. umno-umno nama ja perjuuangan untuk org melayu,tetapi bila org melayu pergi untk mntk sesuatu tdk diedahkan

    ReplyDelete
  7. minta perkasa buat demo,memang benar bahawa sesiapa yang ingin meminjam dari TEKUN perlu meminta tandatangan Ketua Bahagian UMNO,seperti juga disabah kalau peminjam belum menjadi ahli UMNO perlu isi borang menjadi ahli UMNO,kalau perkasa atau pekida cakap semua ini adalah cakap pembangkang,datang lah ke SABAH nanti saya tolong mereka bawa buat pinjaman TEKUN....memang dasar memiskinkan rakyat parti UMNO ini kita TUMBANG kan pada PRU 13,itu lah saya tidak pernah mengundi BN walau pun kawasan saya di wakili oleh PBS dan MP UMNO,saya nampak lambang timbangan saya hampir termuntah di tempat mengundi dan sebelum saya memangkah kertas undi saya ludah dulu lambang timbangan ini dimasa lalu.

    ReplyDelete
  8. la apa yang dah jadi selama ini, kalau nak senanag orang melayu dah lama kerana yang meminpin bukan orang lain. tapi yang senanag bangsa lain. Yang hairan kalau orang melayu minta sekankang tanah kerajaan macam yang dia tanya, tapi kalau bangsa lain tak tahu tuk berekar dah jadi dia punya. Hai bangsa kita

    ReplyDelete
  9. saya pun pernah minta sadikit bantuan dari pihak pas cawangan batu 16,,,anak saya nak masok kolej,,,macam2 juga meka cakap,,,las2 buat muka tebal belah ,,,,2x5 juga kan,,,,kita manusia nak salah sapa pun tak leh,,,,,fikir2 lah


    ReplyDelete
  10. jangan nak memburuk buruk kan mana2 pasti , sedar lah diri sebelum berkata kata .

    ReplyDelete
  11. kalau meminjam buat cara meminjam dan kena ikut procedure , negara kita ada undang2, angan nak tunjuk belang merasa diri tu bagus sangat . memburukkan orang , jgn terpedaya dgn bisikan syaitan, bediri di bumi yg nyata

    ReplyDelete
  12. T...akde E...konomi K...ukuh U...sahlah N...akkannya

    ReplyDelete
  13. pas bukan kerajaan pusat...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive