Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 13 December 2011

KETUA UMNO CHERAS SEKALI LAGI MINTA SHARIZAT LETAK JAWATAN.


Sharizat ni kalau ikut main catur dah "checkmate" dah...
segala penyelewengan telah didedahkan..
dan segala pendedahan telah pula diakui oleh suami beliau sendiri..

Malah dakwaan pembelian unit kondominium mewah telah dikuatkan lagi oleh kenyataan suami beliau sendiri yang mengakui membeli 2  unit kondo dengan harga RM13.8 juta..

Sedangkan PKR hanya "memancing" dengan mengatakan NFC membeli satu unit kondo sahaja...

Ketua Umno Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee sekali lagi mengeluarkan kenyataan mendesak Sharizat melepaskan jawatan beliau demi parti...

Skandal fidlot ini memang memburukkan UMNO yang selama ini sudah pun buruk dan membusuk sehingga ke ususpinjam kata Tun M...

Malaysian Insider

Syed Ali yang berang dengan kedegilan Sharizat kerana tetap tidak mahu berundur berkata...
“Malah ada yang kata Umno bela lembu untuk kepentingan Shahrizat, apa yang kita nak jawab dan siapa yang perlu bertanggungjawab?”

Sharizat kelihatan garang semasa di dalam kandang UMNO
Justeru kata Syed Ali...
"jalan terbaik ialah Mohamad Salleh perlu berterus-terang..."

"Manakala isterinya pula perlu segera melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat..."

Ini bukan kali pertama Sharizat didesak supaya melepaskan jawatan ekoran skandal yang dilakukan oleh Keluarga beliau... 

Sudah ramai yang mendesak..
tapi Sharizat tetap diam seribu bahasa..
bagi Sharizat.. 
biarlah UMNO yang berkubur asalkan bukan dia yang terkubur..

Lagipun Sharizat mungkin juga sudah tahu bahawa UMNO memang akan terkubur pada PRU13 nanti...
jadi mungkin beliau fikir, letak jawatan atau tidak...  
tidak ada bezanya bagi UMNO..

Najib nak tegur pun tak boleh..
bini Najib sendiri terlalu "rakus" dalam membelanjakan wang rakyat...
Jadi,macam mana Najib nak suruh Sharizat letak jawatan..
Letak jawatan...
masuk penjara.. 
macam mana kak Jat nak setuju letak jawatan?

Dengar cerita..
akan ada pendedahan terbaru tentang penyelewengan keluarga Sharizat yang menyalahgunakan dana rakyat...
sama-sama kita nantikan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive