Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 10 December 2011

KETUA PENDAKWARAYA FITNAH LIWAT 2 LETAK JAWATAN.


Isnin dan Selasa depan (12 & 13 dec 2011)
adalah tarikh yang ditetapkan untuk mendengar hujah perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Dijangka juga penampilan terakhir Ketua Pendakwaraya Fitnah liwat II iaitu Peguamcara II...
Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mewakili pihak pendakwaraya dan Pejabat Peguam Negara...


Difahamkan...
Yusof, 56 tahun telah menyerahkan surat peletakan jawatannya untuk kali ketiga dan kali ini ia diterima. 

Sumber-sumber memberitahu yang Jabatan Perkhidmatan Awam telah dimaklumkan mengenainya, lapor Malaysiakini.
 
Yusof (kanan) adalah orang yang ketiga paling kanan di Pejabat Peguam Negara selepas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Peguamcara Datuk Idrus Harun. 

Hari terakhir beliau bertugas dijangka sama ada pada 1 Januari atau 1 Februari depan.

Walaupun tarikh 1 Januari atau 1 Februari disebut sebagai hari terakhirnya, tetapi sumber-sumber memberitahu Malaysiakini bahawa beliau mempunyai banyak cuti tertunggak dan beliau hanya datang ke pejabat sekali-sekala.

“Apa pun keputusan perbicaraan kes liwat tersebut...
Datuk Yusof dijangka tidak akan lagi mengetuai pasukan pendakwaan apabila keputusan diumumkan,” tambah sumber tersebut.

“Beliau akan mengetuai pihak pendakwaan untuk kali terakhir sewaktu penghujahan perbicaraan kes liwat itu pada hari Isnin dan Selasa, dan ia dijangka menjadi penampilan terakhir beliau,” kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Difahamkan...
beliau telah mengemukakan permohonan untuk bersara secara pilihan sebanyak dua kali: 
  • Pada tahun 2007 ketika beliau mencapai umur 52 tahun dan 
  • Kali kedua pada 2009.
Kedua-dua permohonannya itu ditolak..
dipercayai ekoran campur tangan PM Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang mahu Yusof mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat tersebut...

Lepas ni kalau nak bertaubat..
minta maaflah dengan Anwar..
dosa dengan Allah,Allah maha pengampun..
dosa dengan manusia,Allah serahkan sendiri kepada manusia yang kita aniayai...

Dunia ni sekejap sahaja...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive