Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 7 December 2011

KEKAYAAN TAIB MAHMUD DI MALAYSIA SAHAJA RM4.6 BILION


Kekayaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Malaysia sahaja dilapor sebanyak U$1.46 bilion (RM4.6 bilion), melalui pemilikan aset korporat di 14 syarikat.

Maklumat itu didedahkan sebuah NGO  berpengkalan di Switzerland, Dana Bruno Manser (BMF) yang berkempen menentang rasuah di Sarawak.


Dakwa BMF lagi...
Taib, empat anaknya, lapan adik-beradik dan sepupu pertamanya, Abdul Hamed Sepawi, memiliki kepentingan dalam 332 syarikat-syarikat di Malaysia, lapor Malaysiakini.


Antara tiga syarikat terbesar yang dikuasai mereka, adalah.. 

  • Cahya Mata Sarawak atau CMS (84 % daripada aset bersih RM2.4 bilion),
  •  Custodev Sdn Bhd (25 % daripada RM1.6 bilion) dan  
  • Ta Ann Holdings Bhd (sekurang-kurangnya 35 % daripada RM1.4 bilion).

CMS, yang popular dengan jolokan ‘Chief Minister’s Sons’, disenaraikan sebagai konglomerat yang terbabit dengan sektor pembinaan, simen, keluli, hartanah, pendidikan, swasta dan kepentingan broker saham. Custodev pula adalah sebuah syarikat pembangunan hartanah.


Manakala Ta Ann pula bergiat dalam bidang pembalakan dan perladangan, khususnya, minyak sawit.
BMF juga mendakwa keluarga Taib adalah pemilik tunggal Achi Jaya Holdings, pemegang monopoli ke atas eksport balak, dengan aset sebanyak RM550 juta.

Penemuan ini bercanggah dengan dakwaan Taib bahawa saudara-mara dan keluarganya cuma memperolehi kekayaan di luar Sarawak, hasil kepakaran dan bakat keusahawanan mereka.

Taib juga sebelum ini menafikan ahli keluarganya bertindak sebagai proksi beliau. Sebaliknya, dakwa beliau saudara-mara dan ahli keluarganya kaya-raya kerana mereka adalah “bijak” dan “cekap”.


“Kami anggap kepentingan korporat keluarga Taib sebagai aset haram..
Terdapat banyak petunjuk bahawa Taib telah menyalahgunakan kedudukannya bagi membina empayar perniagaan berbilion ringgit berdasarkan rasuah dan penipuan,” dakwa pengarah BMF,
Lukas Straumann dalam kenyataan akhbar dikeluarkan di peringkat antarabangsa pada hujung minggu lalu.


“Kami terkejut melihat keluarga Taib sebegitu kaya manakala rakyat Sarawak perlu bergelut dengan kemiskinan yang berleluasa dan kekurangan infrastruktur dan bantuan kerajaan,” katanya.

Ramai lagi pemimpin BN yang ada harta berbilion..
tapi tak pulak masuk dalam 10 terkaya di Malaysia..

4 comments:

  1. ape motif anda (blogger) bangkitkan isu ni.. kita patut bangga bila ada melayu kaya mcm ni.. ni, sibuk dengki tak habis2..

    ReplyDelete
  2. Keluarga Melanau terkaya di Sarawak....

    ReplyDelete
  3. melayu suka tengok melayu lain kaya... walaupun cara tak kena, tak betul, tak halal,,, tp ingat nak kaya boleh.. tp bukan dengan cara nie... dan ingat matlamat tak menghalalkan cara...

    ReplyDelete
  4. sebab yg buat blog ni miskin... hehee...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive