Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 19 December 2011

KAJIAN UM : RAKYAT TIDAK PERCAYA FITNAH TERHADAP ANWAR IBRAHIM.


Satu-satunya modal blogger upahan UMNO adalah, memfitnah Anwar Ibrahim dengan mengaitkan Anwar terlibat dalam skandal seks...

Blogger UMNO sememangnya dilihat tidak mampu untuk memikirkan isu yang lebih besar dari itu..

Kalau kita lihat dalam kebanyakan blog-blog pro UMNO ini,boleh dikatakan 95% daripada mereka memainkan
hanya isu seks... dan ada juga yang siap meletakkan video seks secara tetap didalam blog mereka..

Namun segala usaha blogger upahan UMNO itu nampaknya sampai sekarang masih tidak berjaya apabila rakyat tidak percaya pelaku di dalam video seks "ciptaan" UMNO itu adalah Anwar Ibrahim..

Ini boleh dilihat dari kajian yang dibuat Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) yang mendapati majoriti responden tidak percaya dengan video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kajian itu juga mendapati...
rakyat kurang percaya terhadap media arus perdana dalam membuat laporan tentang politik...
Media arus perdana yang dimaksudkan disini sudah tentulah Utusan,Berita Harian,RTM dan TV3...
Keputusan ini diperolehi dalam kajian yang dijalankan pada 23 hingga 30 Oktober 2011 di Perak...

Kajian itu mendapati, hanya..
  • 18 %  percaya kepada video seks itu, 
  • 46 %  tidak percaya manakala 
  • 36 %  lagi tidak pasti.

Kajian yang melibatkan 1304 responden dengan menggunakan kaedah temubual secara bersemuka menggunakan soalan kaji selidik berstruktur.

Demikian kata Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman, Pengarah UMCEDEL, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya dalam satu kenyataannya hari ini.

Selain keputusan itu, mereka juga mendapati majoriti pengundi di Perak telah membuat keputusan parti yang akan dipilih pada PRU ke 13 nanti.

Persepsi pengundi di Perak terhadap BN pula berada pada tahap yang tidak membanggakan..
kajian itu juga mendapati pendekatan program 1Malaysia belum mampu meningkatkan sokongan terhadap BN di Perak.

Kajian ini juga mendapati majoriti etnik Melayu menyokong BN sementara majoriti etnik Cina menyokong Pakatan di negeri itu... 

Macam biasalah..
melayu Perak ni masih lagi mudah percaya dengan momokan UMNO mengenai DAP...

Setahu aku,semasa pemerintahan DAP di Pulau Pinang pada waktu ini...
peruntukan Islam di Pulau Pinang adalah yang tertinggi berbanding berpuluh tahun  pemerintahan BN..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive