Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 28 December 2011

KAJIAN PASARAN BURUH - 38% PEKERJA DI MALAYSIA BERGAJI DIBAWAH RM700


Rupa-rupanya rakyat malaysia semakin ramai  menjadi miskin bandar..

Najib boleh kata kat orang kampung bahawa program trasformasi ekonomi sebagai berjaya..

Namun hakikatnya corak pemerintahan Najib menambahkan lagi bilangan rakyat miskin..


Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ETP  sebuah program ekonomi yang tidak berjaya meningkatkan pendapatan rakyat terbanyak....

Malah menambah lagi bilangan rakyat termiskin adalah perancangan ekonomi yang tempang dan membelakangkan kebajikan rakyat.
 
Menurut Anwar lagi, Program Transformasi Ekonomi (ETP) merupakan suatu kebijakan ekonomi lapuk dan gagal membawa sebarang perubahan.

Najib tidak menjawab persoalan utama yang saya lontarkan, iaitu menjelang tahun 2020...
sekitar 7 hingga 8.3 juta rakyat Malaysia akan berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan dan bakal digolongkan sebagai miskin bandar.

“Angka itu menunjukkan selepas berbilion ringgit dibelanjakan, hanya penambahbaikan yang tidak seberapa,” kata Anwar dalam satu kenyataan media.

Kenyataan ini katanya diperkukuhkan oleh Kajian Pasaran Buruh 2009 yang melibatkan 24,000 majikan dan 1.3 juta pekerja. Laporan tersebut menyatakan 33.8% dari jumlah pekerja tersebut mendapat upah kurang dari RM700 sebulan..

“Angka ini sekiranya diunjurkan kepada keseluruhan tenaga kerja negara menyimpulkan 34% dari jumlah keseluruhan tenaga kerja negara berada di bawah paras kemiskinan. Berdasarkan fakta-fakta ini, unjuran pertumbuhan upah pada paras 3.6% adalah tidak tepat...

Tak sangka begitu ramai orang yang bergaji RM700 kebawah...
kalau dikira yang bergaji RM1,500 kebawah berapa % ler agaknya..

sumber : FMT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive