Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 2 December 2011

JINGGA 13 KECEWA PERANCANGAN RAPI KERAJAAN "BERSIHKAN" SKANDAL NFC


Jingga 13 adalah pihak yang pertama sekali membuat laporan kepada SPRM berhubung penyelewengan wang rakyat dalam projek NFC...

Jingga 13 juga kemudiannya membuat laporan polis berhubung pembelian kondo mewah sebanyak 2 unit seperti diakui oleh suami Sharizat...

Jingga 13 juga baru-baru ini membuat satu lagi laporan polis apabila mendapat maklumat keluarga Sharizat membeli kereta mewah yang berharga RM500K lebih dan juga tanah di Putrajya yang bernilai RM3.3 juta...

Maka apabila Timbalan Ketua Polis membuat kenyataan awal bahawa tiadanya unsur pecah amanah di dalam kes Projek Fidlot,Jingga 13 adalah yang pertama berasa amat kecewa selain rakyat teramai yang mahukan ketelusan dalam penggunaan wang rakyat...

Ketua Koodinator Jingga 13 Fariz Musa (gambar) berkata, kenyataan dibuat oleh Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar semalam kelihatan tergesa-gesa dan terlalu ‘pantas’ sedangkan siasatan masih di peringkat awal.

“Kenyataan Datuk Seri Khalid Abu Bakar ternyata bertujuan untuk membersihkan Datuk Seri Sharizat Jalil dan ahli keluarganya dengan skandal yang melibatkan wang rakyat sejumlah RM13.8 juta yang secara jelas menyimpang daripada matlamat asal pelaksanaan projek lembu fidlot kebangsaan yang bukan sahaja gagal terhadap objektif asal, malah diseleweng dengan membeli kondominium mewah,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Pagi semalam...
Khalid berkata tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam isu dana NFC dan pembelian sebuah kondominium mewah di ibu negara.
Beliau berkata, siasatan masih dijalankan sambil memberi jaminan proses itu akan dilakukan secara telus tanpa melindungi mana-mana pihak.

“Siasatan polis setakat ini mendapati tiada elemen pecah amanah. Namun, kita masih menyiasat secara keseluruhannya kes ini termasuk ke mana wang atau dana NFC dibelanjakan.

“Kita sudah panggil 74 individu untuk diambil keterangan setakat ini,” katanya.
Fariz yang juga pemimpin PKR berkata, kenyataan itu bermakna ia menjadi satu teladan dan rujukan kepada sesiapapun bahawa membeli apa jua dengan menggunakan wang rakyat bukan berasaskan matlamat dan tujuan asal sesebuah projek bukan satu kesalahan dan pecah amanah jenayah tetapi ianya adalah “halal”.

“Jingga 13 telah menjangkakan lebih awal lagi apabila berlaku ‘tarik tali’ dalam aduan yang telah dibuat oleh Jingga 13 pada 10 November kepada pihak SPRM di mana pihak SPRM telah menyerahkan kes tersebut kepada pihak polis.

“Malah sewaktu pihak Jingga 13 dipanggil untuk diambil keterangan dan soal siasat oleh pegawai penyiasat dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM , mereka menyatakan tiada tercatat pembelian kondominium dalam  akaun NFC,” kata beliau.

Sedangkan katanya, Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail yang merupakan suami Shahrizat telah mengakui bahawa membeli dua unit kondominium One Menerung RM13.8 juta dan Jingga 13 juga turut membuat aduan kepada pihak polis pada 22 November lalu dengan merujuk kepada kenyataan oleh beliau.

“Satu pencanggahan yang ternyata membuktikan ada usaha dibuat bagi tujuan ‘menyelamatkan’ Datuk Seri Sharizat Jalil dan ahli keluarganya.

“Jingga 13 percaya bahawa ada satu konspirasi yang terancang dilaksanakan bagi tujuan untuk membersihkan imej,  kredibiliti dan integriti Datuk Seri Sharizat Jalil yang juga merupakan Ketua Wanita Umno dalam suasana persidangan agung Umno yang sedang berlangsung sekarang dengan keluarnya kenyataan oleh Timbalan Ketua Polis Negara tersebut,” katanya.

Oleh itu soal beliau, kenapa terlalu awal kenyataan tersebut dilakukan sedangkan masih belum “di akhir siasatan?”

“Jingga 13 yakin kenyataan Datuk Seri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara tersebut akan dipandang sinis dan prejudis oleh seluruh rakyat seolah-olah pihak polis yang merupakan badan penguasa undang-undang yang akan bertindak untuk ‘menyelamat dan membersihkan’ menteri dan kroni mereka dari didakwa dan dihadap ke muka pengadilan demi survival parti pemerintah Umno,” katanya lagi.

Biasalah..
pembersihan perlu dilakukan sebab PRU13 dah dekat...
yang haram kena selindung supaya nampak ianya tidak haram...
agar orang melayu kampung akan terus mengundi BN lagi dalam PRU13 nanti...
kah..kah..kah..

Sumber : Malaysian Insider

4 comments:

  1. SELAMAT MALAYSIA
    Ketua Pemuda Gombak MCA Yip Jiun Hann
    “U” Punya Bapa YIP KUM FOOK melakukan hal jahat, tipu wang orang, tipu WANITA, merosakan keluarga orang lain, makan duit Tokong………….telah membangkitkan orang ramai naik marah.
    “U” sepatut menasihat Bapa berkelakuan baik tetapi dengan dukacita sebaliknya “U” membangkitkan nama pemimpin Negara kita PM Najib Tun Razak dan Ketua MCA Dr chua Soi Lek pun bersama kelakuan mengapa orangramai tidak menyoalkan?
    “U” memang kurang ajar, sebagai seorang ketua pemimpin Pemuda MCA Gombak sepatutnya menjunjung pemimpin dan hormat Negara, bukan membusukan pemimpin dan menburokkan nama kebaikan Malaysia.
    Sekiranya “U” tak suka Negara Malaysia, lebih baik “U” dan Bapa “U” keluar Negera ini.
    Kita harap pemimpin kita mengambil tindakan kepada dia. Supaya nama kebaikan Malaysia dapat di pertahankan.
    Sekian, Terima Kasih.
    YANG BENAR,
    RAKYAT YANG SAYANGI MALAYSIA
    GOMBAK, SELANGOR

    SAVE MALAYSIA
    MCA Youth chief Gombak Yip Jiun Hann
    "U" Your father YIP KUM FOOK do evil, cheated money, deceit WOMEN, family confuses others, eat Temple money ............. Temple crowd are very angry.
    "U" should advise your father to do good things but with sadly "U" try to put bad name of our PM Najib Tun Razak and MCA chief Dr Chua Soi Lek , why people did not question it?
    "U" was rude, as head of MCA Youth leader should honour and respect our leaders, not try to destroy our leaders and make bad name of Malaysia.
    If "U" does not like Malaysia, the better "U" and your father can out of this Country.
    We expect our leaders to take action on him. So that the good name of Malaysia can be defended.

    Thank you,
    THE TRULY,
    People Who Love Malaysia
    Gombak

    ReplyDelete
  2. Attractivе component of contеnt. ӏ juѕt stumbled upon
    your site and in accеssiоn cаpital to сlaіm that I аcquirе in faсt loved account your weblog ρosts.

    Anу way I wіll bе subscribing in
    your feeds or even I fulfillment you get entry to constantlу raρidlу.


    Also visit my web pagе: short term loans

    ReplyDelete
  3. I wаs recommended this web site by my cοusіn.
    I am not surе whеther this poѕt is ωritten by hіm as nobody elsе knοw such detailed about my difficulty.

    You're incredible! Thanks!

    Here is my blog; Same Day Payday Loans

    ReplyDelete
  4. What a stuff of un-ambіguity and prеserveness of ρrеcious
    knoωledge concеrning unexpecteԁ emοtions.



    my blog - payday loans

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive