Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 10 December 2011

JANGAN SAMPAI KENA HALAU,PESAN TUN M PADA SHARIZAT.


Bila aku tengok dah ramai orang minta Sharizat Fidlot ni berundur...
aku ingatkan Sharizat akan berundur...
rupanya dia buat keras dia jer...

Sharizat diam seribu bahasa selepas dari Perhimpunan Agung UMNO hari tu..
baca artikel ni..

Agak-agak Sharizat faham tak apa yang nak disampaikan oleh Tun M ni..?
Mahathir siap pesan...
jangan sampai orang halau kita keluar...
KUALA LUMPUR, 9 Dis — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sewajarnya berundur daripada politik berhubung kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarganya, jika ia perlu bagi membantu partinya.
 
Bekas perdana menteri berkata, Ketua Wanita Umno (gambar) itu perlu meninggalkan sebelum “dihalau” keluar oleh partinya.
“Jika kita merasakan ia adalah penting demi parti, kita berundur. 

Ketika saya hendak berundur, saya tidak bertanya sesiapa.
“Saya berharap yang lain akan berbuat begitu. 

"Jangan tunggu orang menghalau anda keluar....
Ya, ukur baju di badan sendiri,” kata beliau ketika ditanya sama ada menteri bertaraf senator itu wajar berundur ekoran isu berkenaan.

Shahrizat, bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai mendapat sokongan daripada kedua-dua sayap Pemuda dan Wanita Umno ketika perhimpunan agung tahunan minggu lalu selepas menafikan wujud salah guna kuasa dalam projek berkenaan yang menggunakan dana awam RM250 juta.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dua kali menggesa Shahrizat agar meletakkan jawatan.

Ketua Umno Cheras juga menggesa beliau berundur.

Mungkin Sharizat bimbang....
kalau dia letak jawatan,kemungkinan skandal keluarga dia akan terbongkar kesemuanya..

Sumber : [TMI]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive