Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 23 December 2011

HAMID OTHMAN MENINGGAL DUNIA JAM 5:00PM TADI




Al - Fatihah...

Bekas Penasihat Agama Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman, 72, meninggal dunia akibat strok di pejabat beliau di Maju Junction, di sini, pada kira-kira 5 petang tadi.

Allahyarham yang juga Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) mengalami serangan strok ketika sedang bertugas.

Selain jawatan Penasihat Agama Perdana Menteri, Allahyarham pernah memegang jawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. 

Sementara itu, Pegawai peribadi Allahyarham..
Nor Azhar Yusof dipetik oleh Bernama sebagai berkata, sebelum meninggal dunia Abdul Hamid kelihatan seperti biasa sahaja sehinggalah beliau tiba-tiba mengalami kesukaran bernafas.

Ketika kejadian Allahyarham berada di pejabatnya di Maju Junction di sini.

"Kakitangan pejabat memanggil saya apabila melihat Allahyarham mengalami sesak nafas dan kami semua cuba memberi bantuan kecemasan termasuk bantuan pernafasan namun lima minit kemudian Tan Sri telah tiada.

 Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Puan Seri Jamilah Mohd Said, 68, seorang anak, Wafi Nazrin dan serta lima orang cucu.

Menurut sumber, jenazah beliau akan dibawa pulang ke rumah anaknya di Puchong.

Dari Allah kita datang..
kepada Allah kita kembali..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive